Nuffnang Ads

Monday, May 26, 2014

The Historical City of Ho Chi Minh City, Vietnam #Part 1

Hurm. Dah lama sangat simpan dalam draft wakaka. Besides lately ni busy establish career and study. Taufan melanda dalam hidup. Ombak tinggi and ganas menghempas bertalu-talu. Nasib baik rumah tidak dibadai. Haha. Apa yang Wani merapu ni? Tak ada idea (sambil letak simbol L kat dahi) Sedikit intro sadis. Nak kongsi pasal travelling Wani ke Ho Chi Minh City. Layannn.

Percutian di Ho Chi Minh City, Vietnam pada December 2013 selama 4D3N adalah di atas pelawaan Kak Akmal yang menetap di sana. Wani kenal Kak Akmal ketika zamam praktikal diploma. Sudah beberapa kali dia ajak since dia berada di Jakarta lagi tapi kekangan keadaan terpaksa postpone. So when Kak Akmal dah pindah ke HCM and Wani pon dah free so after 'chit-chat's ('s' menunjukkan gandaan kekerapan) maka ticket ke sana ditempah melalui penerbangan AirAsia. Sampai tarikh, maka berlepas lah Wani ke sana. Jadual penerbangan Wani adalah pada waktu petang and in the morning, Wani still kerja. Rushing juga lah ke LCCT. Nasib baik ada perkhidmatan ERL dan juga shuttle bus yang konsisten. Perjalanan mengambil masa selama dua jam lebih. Sampai ke Tan Son Nhat International Airport, Kak Akmal dah tunggu. Teksi pon banyak di sini. Prefer perkhidmatan dari Vinasun ← advice dari Kak Akmal.
Sayonara Malaysia
Puas cari tempat nak tangkap gambar. Takder signboard besar stated
"This is 
Tan Son Nhat International Airport"
Before keluar dari arrival hall, ada pelbagai booth telekomunikasi untuk pelancong menukar talian mereka disediakan. Wani pilih perkhidmatan dari Vettel (selepas membuat research tentang service dan package yang ditawarkan). Harga simcard di airport lebih mahal berbanding di kedai-kedai luar airport. After salam peluk cium, kami terus ke Ben Thanh untuk mencari hotel. Banyak jer hotel di kawasan ni. Petik jer. Lagipon Ben Thanh memang terkenal dikalangan pelancong luar terutamanya dari Malaysia dan Indonesia. So rasa lebih selamat. Wani menginap di Mai Gia Huy Hotel. Satu malam USD30. Selesa, bersih, ada tv, internet free tapi if nak iron baju, ada extra charge.

Lepas dah tengok and berpuas hati dengan bilik, Kami terus pergi ke Ben Thanh Market. Di situ ada pasar malam yang menjual pelbagai jenis barangan dan harganya jauh lebih murah daripada barangan di dalam Pasar Ben Thanh. Hehe.
With Kak Akmal at Ben Thanh Night Market
Lepas berjalan-jalan di sekitar pasar malam, Wani pulang ke hotel dan Kak Akmal bersama keluarga pulang ke rumah. Seharian bekerja, mengejar flight, travel and membeli-belah, kaki dah letih, badan pon penat, landing jer badan atas tilam, terus lenyap dari dunia. Haha. Esok pagi, Kak Akmal datang then bawa jalan-jalan, makan and shopping di sekitar HCM. Di sebelah pagi kami pergi ke kedai kawan Kak Akmal. Sempat juga Wani beberapa pasang kain cotton untuk dibawa pulang ke Malaysia. Harga memang murah jika dibandingkan dengan kain yang dibawa masuk ke Malaysia. Ye lah, plus tambang flight, luggage lagi. So berbaloi lah harga yang ditawarkan di Malaysia. Betul tak? Nak murah, kena datang beli sendiri. Shopping di Ben Thanh sampai malam.
Pelancong dari Malaysia yang menginap di hotel yang sama dengan Wani
Berlatar belakangkan bangunan Bitexco Financial Tower. Macam Menara TM di Bangsar kan?
Mercu tanda Bandaraya Ben Thanh
Aktiviti berikutnya bersambung dalam The Historical City of Ho Chi Minh City, Vietnam #Part 2.




DAAaa.. ^_^

Thursday, May 15, 2014

Selamat Datang Rejab

Assalamu'alaykum

Pejam celik pejam celik dah tengah bulan Rejab. Baru terasa nak buat welcoming. Hurm. Sekejap saja masa berlalu. Nak start menulis pon tak berapa ada mood. Sebab rasa kerdil, rasa hina, rasa jahil, rasa semua yang amat teruk. Malu dengan Tuhan. Sungguh!
 
Bulan Rejab ialah bulan Allah.
 
*pandang screen monitor*
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
*lama*
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Nak taip pon tak tahu. Sebab Wani masih belum fasih berbicara tentang hal agama walaupun dilahirkan dalam Islam. Mungkin juga sekatan dari dosa-dosa lalu. Malunya aku Ya Allah.
 
 
*google
 
 
"Kelebihan Bulan Rejab"
 
> bulan yang disunatkan beramal terutamanya berpuasa kerana manusia biasa lalai di bulan ini.
> bulan yang diangkat amalan kepada Allah SWT.
> doa dikabulkan pada malam pertama bulan Rejab.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
*menggigil jari menaip
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Ya Allah. Dosaku. T_T

designed by muhamadazrulali





DAAaa.. ^_^

Thursday, May 8, 2014

Taman Botani Negara, Shah Alam - First Attempt


Buka post list, nampaknya bilangan pembaca semakin meningkat. Alhamdulillah, terima kasih semua. And entri vacation Wani ke Vietnam on December last year pon dah almost complete. Nak touch up sikit-sikit jer lagi sebelum post. Kena tunggu lagi huhu. Tapi entri kali ini tak payah tunggu lama sebab cerita pendek jer.
 
On last Sunday, Wani berkesempatan pergi ke Taman Botani Negara, Shah Alam. Kalau budak-budak UiTM panggil tempat ni Bukit Cerakah jer. Hehe. Apa yang best kat sini? Macam-macam aktiviti boleh buat such as walking, jogging, and yang femesnya cycling. Wani? Cycling? Oh no! Dah berapa lama tak berbasikal. Memang tak la! Wani just jalan-jalan pusing-pusing and jogging-jogging jer. Besar giler area taman ni. Macam-macam tempat telah dikhaskan. Satu hari nak berjogging dalam ni memang boleh pengsan! If naik basikal berkemungkinan boleh. Lepas tu balik rumah sakit bontot. Haha. Ada juga berkhidmatan trem yang boleh bawa pengunjung travel around the park (and untuk sesiapa berjogging yang penat nak patah balik ke entrance hakhak!).
 
Sebab terlalu amat la luasnya taman ni, Wani just berkesempatan pergi ke Taman Haiwan, Kampung Idaman and Taman Perikanan sahaja sebab dah pancit. Muhaha. Sempat snap few pics jer this time and angle tak berapa menjadi. Sobs!

 
Nak buat yoga tapi tiba-tiba boleh terbang!

Dah round sesat sampai tak jumpa jalan keluar kat Taman Perikanan, pastu pusing keluar balik beli air 100plus satu. Separuh hari lepak dalam ni still tak cukup masa untuk tawaf habis. Next time explore tempat lain pula. Katanya Taman Cendawan and Taman Kaktus ada port menarik.
 
Entri pendek tapi tiga kali masuk dalam draft. Haha. Almaklumlah, sejak-sejak naik pangkat ni meeting dengan boss sedia (setiap masa kononnya). Target nak jadi kesayangan ni. Muhaha!
 
 
 
 
 
DAAaa.. ^_^

Saturday, May 3, 2014

Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Kepong

Kunjungan ke Forest Research Institute (FRIM), adalah di sebabkan hajat untuk mandi air terjun di Blue Lagoon, Puchong tempoh hari tidak kesampaian. Google tentang FRIM and dapat beberapa informasi then perancangan tentang trekking kali ini dihantar ke whatsapp group as usual. Berkelah sambil main air terjun. Hureyyy! Perjalanan dari Subang Impian hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit (guna khidmat GPS) melalui Sungai Buloh. Ingatkan jauh la ha Kepong tu dengan rumah kami. Rupanya sejengkal jer. Chaittt! Usually nak ke sebelah sana tu Wani akan masuk Jalan Duta lah then masuk DUKE terus ke MRRII. Kos minyak and tol tuh! 

Pukul 8:00 pagi dah gerak dari rumah. Bukan apa, based on research if pergi lambat nanti terlepas naik ke canopy walk. For info, seramai 250 orang pelawat sahaja yang dibenarkan untuk menaiki canopy walk untuk satu hari dan dibuka dari 9:00 pagi sehingga 1:00 petang sahaja. Tak susah untuk mencari jalan ke FRIM ini. Banyak signboard tunjukkan arah ke sini tapi sesat juga sampai ke Bandar Manjalara. Bayaran masuk RM 5 dikenakan untuk sebuah kereta termasuk pemandu dan RM 1 dikenakan untuk setiap penumpang di dalam kereta. Wani pergi dengan Ain satu kereta. So, RM 6 dikenakan. Zati kena bayar RM 5 sebab dia dari Melawati.
Dah sampai. Yeayyy!
Because of this is our first time kami datang ke sini, so no ideas where the canopy walk is. Tanya guard. Dah dapat info kami teruskan perjalanan. Masuk sahaja ke dalam kawasan FRIM kami dihujani dengan pemandangan HIJAU! Sangat cantik! Di kiri dan kanan bahu jalan, terdapat ramai pengunjung melakukan aktiviti riadah. Ada yang berjalan kaki, berjogging mahupun berbasikal. Banyak aktiviti yang boleh dibuat di sini. Kami meneruskan perjalanan sampailah ke Zone D di mana tempat menjual tiket ke canopy walk di jual. Park kereta kat kawasan berdekatan then  kena menapak sedikit ke bangunan jualan tiket (bangunan satu tingkat and it's souvenir shop too). Kaunter dibuka pada pukul 9:00 pagi. Oleh kerana kami sampai awal, kami ke tasik bersebelahan dengan bangunan jual tiket. Apa yang menarik di tasik tersebut ialah terdapat tiga ekor ikan arapaima gigas. BESAR!
Drive sampai jumpa Zone D and cari parking. Tempat jualan ticket kat sebelah orang baju merah tu
Kolam Ikan Arapaima Gigas
Ikan ni malu nak tunjuk muka kena tepuk tangan dulu baru dia keluar. Dapat snap ekor jer
Tengok ikan and compare dengan bayang-bayang kami. Besarkan? 2 metres okay!
Dah pukul 9:00 pagi, office pon dah buka. Then beli ticket untuk naik ke canopy walk. Harga untuk dewasa RM 5/person and RM 3/person. Ticket Wani berharga RM 3 sebab Wani bawa student card and Ain pula RM 5, Zati tak naik. Lepas beli tiket, drive semula kereta ke kawasan masjid. Cari parking kat area situ sebab laluan untuk trekking and naik ke canopy walk ada di belakang kawasan masjid tersebut.

Entrance untuk trekking dan ke canopy walk
Trek yang luas
Berjalan sampai jumpa signboard ni
Trek menuju ke canopy walk
Untuk ke canopy walk, perlu melalui trek seperti di atas. Agak licin dan curam. Di sesetengah tempat, kami terpaksa melalui batu-batu besar dan akar-akar pokok. Naik semput jugak la. Huhu. Berhenti kat beberapa tempat untuk berehat walaupun trek hanya sepanjang 300 meter. Huhu. Agak curam. Tapi bagi yang dah biasa it just a small the matter jer. Ada sorang kakak tu bertabah panjat sambil dukung anak buah dia. If masih kecil okay lah tapi budak tu dah pandai bersembang dah pon. Dah sekolah rasanya. Pergh! Kental!
Finally sampai. Ni la kakak kental dukung anak buah dia tu. Kecil jer
badan dia tapi kuat! Minum Milo agaknya
Ain dengan muka kepenatan tapi masih tersenyum maniiiisss :) 
Canopy Walk!
Canopy Walk ini merupakan laluan gantung berketinggian 30 meter dan sepanjang 150 meter serta mempunyai tiga tempat berhenti. Kami berkesempatan menikmati panorama seluruh hutan dan juga bandar Kepong. Orang kata boleh nampak KLCC tapi Wani tak nampak pon. Mungkin cuaca yang sedikit jerebu. Kami mula bergelak ke bawah iaitu tempat berkelah. Laluan licin, berbatu, sedikit sempit dan banyak akar pokok. Jadi setiap langkah perlu berhati-hati (untuk yang first time macam kami ni). Huhu. Then berjalan sampai lah jumpa penunjuk arah ke 'picnic area'.
Ambil ke kanan dan turun ke bawah. Sampai jumpa air terjun yang pertama. Ada kawasan lapang. Tapi belum sampai lagi ke tempat berkelah. Untuk ke kawasan itu, kami terpaksa melalui laluan yang agak mencabar - Wani tergelincir T_T. Laluan mengikuti paip air, berbatu-batu dan memang tak rata. Then sampai la ke air terjun kedua tapi tak mandi kat sini.


After few minutes menyusuri gigian air terjun, maka sampai lah kami ke kawasan berkelah. Di sana Zati dah menunggu. Rest kejap, makan nasi berlaukkan sambal telur and sambal tempe Zati masak plus air jambu letak asam. Thanks Zati! Really appreciate it! (mata ke atas) Haha. Sebelah tempat kami duduk tu ada sekumpulan pengunjung datang celebrate birthday. So rezeki kami, dapat seorang satu slice cheese cake. Yummeh! After makan, Wani and Ain turun mandi air terjun. Air terjun jatuh ke badan macam kena massage. Sedap baq hang! Zati landing, tidur.
The 'Kami' before Zati tidur
Dapat port baik punyer!
Tengah-tengah sedap mandi, tiba-tiba ada la datang satu group ni. Dok usya-usya port kami mandi tu. Cara dorang tengok tu macam "..udah-udah le mandi tu, bagi kami pula..". Tapi Wani and Ain buat jahat. Kami mandi LAMAAA kat situ. Sampai menggigil. Hahaha. Dah puas mandi, pergi cari tempat persalinan. Berkunci! Pastu kena pergi kat toilet. Toilet well-maintain actually but maybe ramai orang berkunjung pada hari tersebut. Tak salin baju, terus jalan ke tempat letak kereta. Dah sampai, baju pon dah kering then terus balik. Hahaha! 

Banyak lagi yang belum kami terokai di FRIM antaranya terlepas peluang tengok 'crown shyness', cycling, melawat animal park dan lain-lain lagi. Repeat, repeat, repeat yeah!




DAAaa.. ^_^