Nuffnang Ads

Thursday, October 30, 2014

Soulescape - Jakarta Bandung #Part1

Entry kali ini Wani namakan #soulescape. Cewahhh! Ada hashtag uolsss (gaya orang zaman sekarang). Actually iolsss tak reti nk ber'iolsss' and 'uolsss' ni. Memang eden tak goma sangatla. Bukan tak goma, geli terus! Gelenyar bak kata orang Kelantan. Haihhh cannot go words cegitu. Yekkk!

Travel kali ni Wani pergi seorang sahaja. Tanpa contact dengan sedara mara or kawan - kawan yang stay kat sana. Saja tak bagitau sesiapa sebab rasa macam nak melayan perasaan sorang - sorang. Nama pon soulescape kan? So memang pergi sendirian. Ke mana? Ke Indonesia sahaja. Haha. Macam jauh sangat jer kan? Hihihi (sengeh tutup mulut dengan tangan). This travel took 4D3N which covered Jakarta and Bandung (sekali harung).

On 8th October, 2014 berangkatlah Wani ke Jakarta. Berdebar pon ada sebab this is my first time traveling alone! Before this bukannya tak pernah, flashback pergi Vietnam, when sampai kat airport, Kak Akmal dah tunggu. In term of transport, pon Kak Akmal bagi driver. So cakap jer nak pergi mana, driver akan bawa. So tak risau. Tapi this time, semuanya guna PUBLIC TRANSPORT! First thought, macam mana nak naik teksi? Wani memang tak pernah naik teksi sorang - sorang walaupun kat Malaysia sendiri. Takut weyh! Perempuan and tak ada kawan (lone ranger). Memang taklah. If naik public bus macam mana pula? Berhenti kat stesyen mana? Dah la non-familiar area. Jauh ke stesyen bas dengan hotel nanti? Kena tukar - tukar bas ker? Dah la budget jer ni. Nanti tak boleh balik Malaysia ke macam mana?

Seriously, macam - macam ada dalam kepala ni. Dalam flight Wani doa mudah - mudahan ada la sorang dua backpacker macam Wani. Boleh share naik cab ke bandar Jakarta. Dari departure hall KLIA2 sampai la ke Soekarno Hatta International Airport, puihhh! Sorang backpacker pon tak jumpa. Alamatnya memang redha naik cab sorang - sorang la nanti. Tapi Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Time Wani tukar simcard (simPATI, IDR100,000 and topup IDR145,000) kat kedai telefon, ada seorang businessman, Chinese. Mula - mula berborak biasa, borak punya borak kebetulan dia juga dari Malaysia. First time juga ke Jakarta. Then he asked me for the ride since hotel Wani just few kilometers from his hotel. Meaning sharing naik cab sama - sama lah. Dia cakap boleh saving cost Wani (as I introduced myself as part time student and travel alone here). Wani pon okay jer share. Memang nak save cost pon. Kikiki. Tips travel alone, kena peramah and mudah bertegur sapa dengan tourist yang lain (walaupun sebenarnya tidak). Tak kisah la korang guna bahasa apa untuk communicate. If you are good enough to speak English, it is an advantage for you! Jangan sombong. Sebab apa? Sebab Wani tak payah bayar tambang teksi pon walaupun mula - mula kitorang agree nak share. Hehehe. Bukan Wani lari okay! But during the travel time from the airport to the hotel, banyak yang kami borakkan. For sure la dia impress dengan Wani sebab berani. Travel sorang - sorang, perempuan pulak tu kan? Tak show off okay! Tapi sekadar share, if we refuse to take risk, sampai bila pon kita takkan berjaya. Betul? Dah la malas nak cerita pasal ni sebab ada orang tu cakap "..dia tak kena lagi takper la.." Tak baikkan orang tu? Sedih Wani when dapat tau orang tu cakap macam tu (nangis) T_T.
Safely landed
Perkhidmatan bas ke Arrival Hall walhal boleh jalan kaki jer. Logistic punya pasal
As usual, kena isi Arrival Card before check out from the airport
Suggested cab from Blue Bird Group

Wani stay kat Fave Hotel, Pasar Baru Jakarta. Booked kat Agoda.com. Wani stay dua malam di sini.
Boleh contact nombor ni juga untuk tempahan bilik
The Lobby
My room! Yeah!
Memang puas hati stay kat hotel ni. Perkhidmatan wifi yang sangat laju, environment yang sangat best, cantik and memang terbaiklah! Sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Wani sampai masih awal. Dalam pukul 9:30 pagi waktu Jakarta. Anyway, flight pon tiba - tiba jadi laju. Sepatutnya perjalanan dari Kuala Lumpur ke Jakarta mengambil masa lebih kurang dua jam, but at that moment sejam setengah dah sampai! So before check in, Wani pergi jalan - jalan di sekitar kawasan hotel. Ambil map kat hotel and google sikit - sikit pasal surrounding, the location of the attractions di Jakarta dan sebagainya. Note book satu, pen sebatang, sling bag, maps, sun glass on! Jom berjalan!  Backpack tinggal kat receptionist. Hehehe. Before that, singgah makan dulu kat Rumah Makan Putri Bundo. Inipun sumber dari gugel. Ehehe. Just walking distance from the Favehotel, Pasar Baru Jakarta.

Direction: keluar hotel, belok kiri, jalan terus sampai jumpa traffic light, tengok seberang jalan (before sampai flyover foodcourt Pasar Baru Mall).
Tadaa!! This is the kedai
Dah sampai Indon ni memang nak rasa masakan asli dorang lah. So Wani makan masakan padang asli di sini. And tak lupa, teh botol! (walaupun kat Malaysia dah banyak orang jual, nak minum kat Indon jugak!) Lol! Harga memang murah just IDR16,000 equals to RM4.40! Rasa, Yummeyh!!
Nasi putih, ayam masak rempah, sambal hijau, sambal merah, sayur sikit
plus teh 'o' panas and teh botol
Lepas makan, maka berjalanlah Wani di sekitar Jakarta Pusat. First place pergi is Masjid Istiqlal, masjid terbesar di Jakarta. Memang besar dan luas, mempunyai empat tingkat ruang untuk sembahyang. Sembahyang Zohor dan Asar sekali. Anyway waktu Zuhur di Indonesia adalah lebih awal, sekitar 12 tengah hari. Sama macam di Sabah & Sarawak. Perkhidmatan sewa telekung disediakan. Bayaran, seikhlas hati. Di aras bawah masjid terdapat pusat asuhan kanak - kanak. Lebih kurang taska kat Malaysia. Kebetulan masa Wani sampai di masjid, cun - cun waktu Zuhur. So dapatlah lihat bagaimana kanak - kanak Indonesia diberikan didikan agama. Bagi Wani, masjid ni lengkap. Fully occupied dengan aspek keagamaan. Di bahagian atas pula terdapat ceramah agama sedang berlangsung. Anyway, pemisah antara muslimin dan muslimat hanyalah pagar besi paras pinggang. Bukan langsir seperti yang dipraktikkan di Malaysia. So pandai - pandai la sembunyi kat belakang tiang if nak bukak seluar ke kain ke (if rasa seluar kotor) before solat. Lagi satu nak pesan, if datang sini bawa lah plastic bag untuk isi kasut. Bukan apa, takut kena curi. Hehehe.
Entrance
Pusat Asuhan 
Kanak-kanak asuhan diajar mengambil wuduk dan bersembahyang
The dome. Tengok tiang seri pon dah tau besar mana masjid ni kan?
Kuliah agama
Masjid ini juga terdapat beberapa ruang terbuka yang membolehkan aktiviti - aktiviti atau majlis agama/acara keramaian dijalankan. Selepas selesai semuanya, Wani berjalan - jalan di kawasan sekitar. Anyway, Wani berkenalan dengan Lina, dia Indonesian tapi kebetulan berkursus di Masjid Istiqlal ni. Kebetulan dia dah habis kursus time tu, so kami berdua berjalan - jalan together gether la. Ada juga teman berborak. Orang Indonesia ni baik - baik sebenarnya. Masa ataupun wang ringgit. Wang ringgit? Yesss! Part ni nanti Wani cerita in next entry okay?

Next location is Tugu Monas. Biasa jer tempatnya. Macam Dataran Merdeka lebih kurang. And di tengah - tengah kawasan Tugu Monas ni ada Tugu Monas la. Hahaha! Wani tak naik pon. Tak berminat and penat sebenarnya. Sebab malam before fly ke Indon Wani susah nak tidur. As usual. Huhu.
Dah naik bosan, pastu Wani bergerak pula ke Museum Gajah ataupun telah di'upgrade'kan sebagai Museum Nasional Jakarta. Bayaran masuk IDR5,000 and dapat satu buku tentang sejarah Indonesia. Basically ia menceritakan mengenai patung - patung yang ada kat dalam muzium ni. Banyak sangat patung. Sampai naik takut pula. Hahaha. Jom tengok apa yang ada dalam muzium ni ^_^
Tok Janggut ker? Meremang bulu roma time snap patung ni
Kawasan tengah laman Museum Nasional Jakarta
Ini pula antara pameran yang terdapat di dalam bangunan Museum Nasional Jakarta.
Seni wayang kulit
Majlis perkahwinan
Seni muzik tradisional
Perahu salah satu suku kaum di Papua. Tak ingat nama, tapi sangat panjang!
Terdapat beberapa ruang di dalam Museum Nasional Jakarta yang mempamerkan tentang sejarah Indonesia. Antaranya kesenian Islam, kaligrafi, ukiran malahan mengenai gunung berapi pon ada. Korang kena la datang sendiri ke sini. Baru feel! Jalan - jalan dalam muzium sampai tutup. Sementara menunggu Lina selesai solat, Wani lepak kat luar bangunan muzium tu. Then terserempak pula dengan pelajar SekolahTinggi Akuntasi Negara (STAN). Tengah pose nak ambil gambar. Haha. Kelakar tengok dorang. At last, Wani offer dorang untuk snapkan gambar mereka berempat. 
Arez, Yusuf, Indra and Faiz
Hari pon dah lewat, maka beransur pulanglah kami. Before sampai ke hotel, Wani singgah dulu kat stall bergerak yang ada di sepanjang jalan. Nak try rasa lah kuih dorang! And Wani beli kuih cubit and kuih pancung. Sedap!
Stall bergerak. Xtau nama apa. But dorang akan tolak jer benda ni dari satu tempat ke satu tempat lain
Atas: Kuih cubit
Bawah: Kuih pancung
Bungkus bawa balik ke hotel. Rasa kuih cubit ni macam "pau kiss" yang ada dijual di Malaysia. Ala, yang jual sekali dengan apam balik tu. Bentuk macam kuih pancung tuuu. And kuih pancung pula rasa macam kuih dangai terlebih santan. Tekstur lembut dan ianya dimakan dengan gula. Sebab memang rasa santan tu sangat laaa berlemaknya. Selesai siapkan diri semua, baru lah boleh landing kat atas katil. Fuhhh! Lega. Serta merta kaki jadi lenguh and rasa nak tercabut. Hahaha. Malamnya cadang nak bergi ke Passar Baroe tapi when latak jer kepala kat bantal, sambil layan cerita modelling aper ntah, terusss. Lenyap! Hahaha! Get ready untuk aktiviti keesokkan harinya okay!

Sambungan ke Soulescape - Jakarta Bandung #Part2




DAAaa.. ^_^