Nuffnang Ads

Friday, November 14, 2014

Soulescape - Jakarta Bandung #Part2

Mood nak menaip and mengerah idea untuk entry sangat laaa down. Bukan apa, assignment tak bersentuh lagi. Dateline dah makin dekat. Pejam celik, pejam celik dah nak habis semester empat. Wuahhh! Lajunya. Balik dari Indon bukan London pon dah sebulan. Tapi cerita baru satu hari. Hahaha! Nasib baik plan ke next country last minute cancel. If tak, tak tahu la macam mana nak simpulkan semua entry sekali. Boleh migrain nak recall balik semuanya. Cewahhh! Budget traveller tegar gitewww.

Dah dah! Sambung entry dari Part 1 

Esoknya bangun seawal 5:15 pagi. Dah Subuh dah time tu. Nasib baik tak terlajak (budget alim lol!). Selak langsir hotel, matahari dah mula naik. And when tengok kat bawah pula, dah ada orang tengah buat senaman Tai Chi. Wuahhh! ùPatutla orang Indonesia ni kecik jer. Then siap - siap nak ke tempat jauuuhhh nun di hujung Jakarta. Because of kena naik public transport, jadinya memang kena keluar seawal mungkin. Dah la tak tahu naik public bus, stesyennya pon ntah kat mana. Dah breakfast, around 7:30am Wani bergerak keluar dari hotel. Google sikit, then from the blog, dorang cakap boleh naik bas dari Stasiun Harmoni ke Pinang Ranti. Kat mana tu?? -_-"

Kaki pon belum hilang lenguh lagi, so Wani decide nak ambil Angkutan Kota nombor M12 sahaja ke Stasiun Harmoni. Gamble! Oh anyway, Angkutan Kota ni ialah van zaman dulu - dulu. Sangat unik! Takder aircond yer. Natural ventilation. Hahaha! But ada juga yang dah moden tapi tak banyak. Wani pilih naik yang oldschool punya sebab baru la adventure!
Keadaan dalam Angkutan Kota
Senang cerita, dorang kat sini panggil 'angkot' jer. Pendek sikit kan? As usual, sebab tak tahu arah tujuan, Wani tanya la kakak kat dalam angkot ni, how to get to Stasiun Harmoni. And kebetulan sangat dia pon nak ke situ. So I followww. On the way ke sana, ada la borak - borak sikit dengan kakak tu basically tanya how's the transportation system in Jakarta lah. 

Plan Wani hari ini adalah untuk ke Taman Mini Indonesia Indah di bahagian Jakarta Selatan. Dari Pasar Baru Jakarta, Wani naik bas Transjakarta transit di Bendungan Hilir and ambil bas ke Pinang Ranti. Untuk naik bas Transjakarta, setiap penumpang perlu ada kad kartu which is like Touch N Go kat Malaysia. Harga kad kartu is around IDR 30,000 (tapi Wani tak perlu beli sebab kakak tadi bagi free..hehe) and kena isi kartunya IDR 20,000. Kad boleh dibeli di stesyen bas and boleh guna for whole day! 



Bas Transjakarta
While waiting for the bus
If dah nampak Shopping Complex (tak tau nama apa) macam kat bawah ni, korang dah boleh ready untuk turun bas, then tukar ambil bas yang lebih pendek untuk ke Pinang Ranti

Transit at Bendungan Hilir before proceed to Pinang Ranti
When dah sampai di Stasiun Pinang Ranti, perlu naik angkot lagi terus ke Taman Mini Indonesia Indah.
Yeayyy! Dah sampai. Bayaran masuk IDR 10,000 per head. Tapi I'm very lucky because no need to pay. Wani naik angkot sekali dengan one of the staff kat sini. So dia cakap


"..kamu jalan sambil ngobrol sama aku saja. ngak perlu berhenti di post guard sana ya.."

Hahaha! Mission accomplished! Jalan selamber masuk jer. Lol! First place I'm heading to mesti la ke kereta gantungnya. pernah tengok Qi Razali naik dalam program Destinasi Budget. Huhu. Fare is IDR 30,000 per head. Jom layan views from the kereta gantung.

Naik satu round then pusing semula ke tempat naik tadi. Stesyen kereta gantung ni ada tiga tempat tetapi menuju ke arah dua kawasan yang berbeza. Now kita round kat bawah pula ye. Anyway, korang boleh pilih either nak naik basikal, motosikal, kereta or van untuk mengelilingi kawasan Taman Mini Indonesia Indah ni. Wani pilih JALAN KAKI. Bukan apa, senang mak stop kat mana - mana tempat yang berminat nak singgah lama. Nak tangkap gambar lagi, nak posing lagi. gambar mesti la nak yang tiptop jer kan. Haaa. First thing and a must when touch down is pergi ke Pusat Informasi dulu ambil maps. From the maps kita dapat tau la bangunan - bangunan yang ada kat dalam ni.
Pusat Informasi located beside the kereta gantung station
One of the kereta gantung stations
The maps. Plus minus 8km distance all around

Imax Theatre

Masjid Pangera Diponegoro

Dah habis pusing semua tempat kat Taman Mini ni. Semua rumah Wani masuk. Haha. Cantik sangat! Especially yang ukir by hand tu! Kagum! Almost jam 3 petang, it's the time to go to the next location. Kita ke Jakarta Utara pula which is located around 50 km plus (by bus route) from the Taman Mini. Before that, jom makan dulu!

Keluar dari pintu gerbang, Wani nampak banyak kedai makan di sepanjang jalan. Stop at one of them, order bakso original from Indonesia. Minum pula S-tee sejuk tengah panas litlit orang Kedah kata. Fuhhh! Heaven!
Selesai makan, IDR 15,000 naik angkot semula ke Pinang Ranti and naik Transjakarta terus ke Ancol. Tak perlu transit di Bendungan Hilir. Ancol ni terkenal dengan beach yang cantik. Hurmmm memang ke mana - mana destinasi pon, Wani akan make sure singgah ke pantai. Satu nikmat yang tak boleh ungkap when indulge the view. Tranquil! indeed!

Bas akan berhenti di Pluit. Dari Pluit, naik bas Transjakarta ke Ancol. On the way tu boleh la nampak Bandar Kota, Mangga Dua and so on. Tak ambil port sangat sebab nak cepat - cepat sampai ke pantai.
Dah sampai Ancol. Cari juga signboard entrance nak snap gambar tapi tak perasan. Time nak balik tu baru la nampak. Tapi tak snap pic. Allahu Rabbi ramai manusia dalam bas time tu. Teruk lagi dari ikan sardin dalam tin! Cerita sikit pasal Ancol ni. bayaran masuk IDR 25,000 per head. It's actually a theme park tapi berkonsepkan air. Lebih kurang Sunway Lagoon. Memang tak masuk mana - mana pon la because datang sehelai sepinggang tak bawa baju spare pon (boleh jer beli sebenarnya tapi memang niat datang sini nak tengok pantai jer #soulescape kaaannn).

Boleh naik gondola thru the sea. Best!
Dunia Fantasi (Dufan) one of the theme parks
Entrance Dufan
Atlantis Water Park
Dah sampai pon! B.E.A.C.H yeah!!
Dermaga Hati. Don't forget to bring your own padlock ^_^
Stay kat Ancol Beach ni sampai nak malam. Matahari pon dah nak terbenam. Indahnya! Tenangnya! Dengan angin bertiup lagi. Haihhh susah nak lepas. Before balik ke hotel, ada satu lagi tempat yang Wani sempat singgah. Nanti kita sambung cerita okay. Nak layan perasaan kejap (feeling - feeling dok kat tepi pantai sambil depa tangan macam dalam filem Titanic).

Sambung ke Part 3





DAAaa..  ^_^