Misi mencari air terjun hujung minggu lepas terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab munasabah. Evidence kukuh tanpa keraguan (eh, macam budak Law la plak hehe). But now Wani nak kongsi experience trekking di Hutan Simpan Ayer Hitam di Puchong yang ktorang pergi past few weeks.
Nak tahu apa yang menarik kat sini? Dalam Hutan Simpan ni ada air terjun best. It's called 'Blue Lagoon'. Macam biasa Wani akan tanya En G dulu. Wuahhh! Jerit lompat-lompat. Then plan macam biasa. Ahli yang menyertai aktiviti bertambah kepada empat orang iaitu Wani, Ain, Eija and Zati ← jealous sebab tak dapat pergi Mabul together. Berkonsepkan potluck tapi macam Wani seorang jer yang masak spagheti -_-". Don't mind. I enjoy cooking. Plan asal nak gerak pukul 8:00 pagi tapi jadi pukul 9:00 pagi sebab Wani baru nak prepare food semua tu and malas mandi pagi. Hehe. Zati sampai ke rumah kami on time. Siap semua, kami bergerak ke lokasi melalui Federal Highway dan juga LDP. Ini kali pertama trekking kat sini so khidmat GPS diberi keutamaan. Banyak kekurangan di entry ini. Harap dimaafkan. Set GPS ke Jalan Wawasan 5/1, Puchong tapi senang jer sebenarnya. If korang dari Sunway, lepas bayar tol korang terus sampai ke simpang highway, ambil laluan ke Putrajaya. Then turun highway korang akan nampak IOI Mall sebelah kanan. Terus lagi sampai jumpa bangunan pencakar langit baru siap PFCC then ambik susur ke sebelah kiri.
www.google.com/maps |
www.google.com/maps |
First mendaki nampak curam, Eija dah mula semput. Wani, Ain and Zati still okay. Nak taknak Eija teruskan juga pendakian selepas semangat yang padu diberikan. Sampai pitstop pertama korang boleh nampak bandar Puchong (sorry tak ambil banyak gambar sebab first trial, nak enjoy keadaan sekeliling dulu). Selepas berehat and menikmati panorama kami terus mendaki (in between banyak berhenti sebab bagi Eija relax). Then jumpa junction pertama (Wani assume as pitstop kedua). Kami ambil laluan kanan selepas diberitahu laluannya lebih landai. Laluannya juga lebih pendek. Suasana dalam hutan mengagumkan! Rasa macam berada di dunia asing. Sejuk, nyaman, segar. Jalan, panjat, turun bukit, jalan lagi, panjat lagi then sampai la ke pitstop ketiga which is peak of the hill. Ramai juga yang bertegur sapa dengan kami sepanjang perjalanan. Almaklumlah bawa bekal nak pergi berkelah kat air tejun. Rata-rata pengunjung sangat ramah.
Gambar ni paling okay tapi terselit pula additional members at the back. Huhu |
Papan tanda sebagai pitstop ke air terjun. Tapi belum sampai lagi |
"..Takper kita terus lagi. if lagi 15 minit tak jumpa kita pusing balik.." Wani cakap kat Ain.
Naik fedup juga lah. Dah la penat panjat bukit ← tak expect seteruk tu. Kami berjalan sampai lah berjumpa dengan seorang pengunjung yang tengah bagi ikan makan atas titi kecil. Titi tu comel sangat plus air sungai jernih kehijauan. Nampak ikan berenang-renang. Then bertegur sapa. Rupanya kami tersalah jalan. Sepatutnya kami ikut arus laluan air untuk ke blue lagoon. Sebab dalam kepala air terjun mestilah kat puncak bukit. Tidak sama sekali okay! Beliau berbesar hati mahu tunjukkan kami air terjun tersebut. So, pusing balik! Lalu semula ke papan tanda tadi. Finally sampai and renjer tak ada! Yeehhhaaaa! Dari atas dah dengar deruan air. Time tu jadi gedik kejap. Hehehe. Turun ke bawah and
Tadaaa! Dah jumpa pon Blue Lagoon. Hiks |
Air sejuk sangat. Kat belakang tu ada team yang tegar macam Wani and Ain. Nak juga turun walaupun dah tahu ada renjer. Dorang mandi, berenang kuak lentang bagai. Wani and Ain just snap few pictures. Nak mandi dengan dorang memang tak lah plus beg baju semua ada dengan Eija and Zati.
Hasrat nak mandi air terjun tak tercapai ← perlu repeat. Hehe. Hari dah nak petang. Sebelum balik kami singgah di Masjid As Salam, Puchong. Mandi and buat apa yang patut. Masjid ni femes kat Puchong and from apa yang Wani search, masjid yang paling aktif dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan kerohanian di Selangor.
Masjid As Salam, Puchong |
DAAaa.. ^_^