Nuffnang Ads

Wednesday, January 7, 2015

Soulescape - Jakarta Bandung #Part4

Finally, part terakhir di negara Indonesia telah pon tiba. Fuhhh! Dua bulan baru nak habis cerita. Hihihi. Sambungan dari Part 3.

Bangun pagi, check out dari hotel then terus ambil angkot ke Kota Bandung. Nak shopping katanya. From TransStudio nak ke Kota Bandung kena tukar dua kali angkot. Wani saja tak nak naik kereta api. Lambat. Tempat pertama Wani tuju mestilah Pasar Baru Trade Centre. Banyak barang, kain, telekung, souvenir, entah macam - macam lah ada jual kat sini. Harga superb murah. Nasib baik tak check in luggage. Kalau tak, jenuh la nak mengangkut.


Second place kat Bandung is Braga Street. Famous sebab senibina bangunan di sepanjang jalan ini just like in Paris (describe macam pernah pergi jer) - orang kata lah. Hihi. Sepanjang jalan kat Jalan Braga ni Wani rasa macam biasa jer. Tapi tengok gaya, malam macam happening jer. Jom layan gambar.

Eh! Kereta Wira lah!
Habis Jalan Braga dari hujung ke hujung. Lenguh jugalah kaki ni. Plus bawa barang kiri kanan lagi. Semangat gilerrr! Then next location issssssss? Belum breakfast kan? Jom kita makan. Makan kat mana? jeng jeng jeng!

Food's Heaven! Kartika Sari

Jom serbu!!
Here the food yang Wani order. Ambil yang berat sikit sebab nak jalan jauh ni (konon - konon). Wani makan Nasi Rames and for the drinks Cimory Yogurt Guava and tak lupa makanan wajib which is pisang cheeeeeeeeessseeeeeeee.
Nasi Rames
Here we go!
Then next place is Paris Van Java! Nama gah sangat kan? It's actually a shopping mall. Just A SHOPPING MALL. Paling gah pon yang ada kat sini is SOGO. If kat Malaysia, memang payah sikit Wani nak jejak kaki sebabnya terlalu ramai yang teramat sangat haaa. If kat sini, heaven! Naik angkut biru dari depan Kartika Sari and straight away to Paris Van Java and pay IDR 4,000. Jom shopping! Ngheee


Welcoming ^_^
And on the top of roof of this shopping complex, there are located flower farm, animal farm, bird park and ice-skating rink. Wani explore semuanya! Tambah - tambah kat bird park and animal farm tu. Gebu - gebu binatangnya. Paling geram of course la rabbits.
Nanti nak rabbit satu kandang cc to bakal suami. Hehe
Budak ni kecik jer tapi power!!
It almost 2.00 pm and I need to go back to Jakarta because Wani ambil return flight. Actually Airport Bandung dekat jer. So untuk ke Jakarta semula, Wani decided untuk experience perkhidmatan jalan raya pula which is dengan menaiki van. Wani menggunakan perhidmatan daripada Cipaganti. From Paris Van Jaya, Wani naik angkut ke BTC Shopping Mall. Dua kali tukar. Then baru la sampai ke sini. Masa Wani sampai ke OneStop Centre Cipaganti, ticket ke Jakarta dah habis! GOD! Time tu terfikir, takkan kot kena stay sini. Memang tak lah. Merayu kat abang counter tu sampai sanggup duduk tepi tangga pon cukuplah. Janji dapat balik ke Jakarta and lebih specificnya MALAYSIA! Flight pukul 8.00pm. Bandung - Jakarta pula 3 jam perjalanan and for you guys information, speed limit maximum 90km/h sahaja even though kat highway. GOOODDD! Memang berdoa doa doa doa doa doa doa doa doa doa doalaaahhh!

Lastly abang counter call main centre of Cipaganti. Fuhhh! Alhamdulillah. There is seat for me. Maka berlari pula Wani ke Main Centre which is located two buildings from BTC Shopping Mall.

Sekeping kertas yang teramat bernilai
Vans provided to many destinations
Finally I'm on the ride. Hehe
Tips untuk korang semua yang beli return ticket (KL-Jakarta) tapi pergi ke Bandung, korang boleh buat tempahan tiket awal di website Cipaganti ataupun call main centre. Boleh gugel. If tak, jadi macam Wani. But I'm so lucky. Thank God!

Perkhidmatan Cipaganti ni terus ke Soekarno Hatta Airport. Service memang tiptop! Selesa, seat pon besar, ruang between the seats pon luas sampai budak kecil pon boleh bersila. Ticket Wani pukul 4.00pm and cun-cun sampai airport pukul 6.30pm. Sepanjang jalan tu memang tengok pemandangan yang sangat cantik. Daripada kehijauan hutan di kiri and kanan highway sampai lah ke sunset (airport dekat dengan laut). Kagum!

Sementara menunggu the flight, singgah makan sekejap dekat mart dalam airport tu. Wani makan instant noodle and teh kotak. Here their looks.
Maka selesailah trip Wani ke Indonesia kali ini. Fuhhh! Lama gila ambil masa untuk entry ni. Kite busy la wak, keje kite tunggang langgang. Study kite entah ke mana, Final exam hentam jer. Sebab kite jalan merate. Huhu. Doakan kite lulus dengan cemerlang ye wak. Muah ciked.






DAAaa.. ^_^