Nuffnang Ads

Tuesday, October 14, 2014

Island Escape - Pulau Tioman #Part2

Wuah wuah wuah wuahhh!! Belum sempat habis update pasal Tioman dah fly ke tempat lain pulak ye Wani? Destinasi? Rahsia. Lol! Nanti Wani update. Bila? Hahaha. Persoalan yang tak tahu nak jawab. Mungkin next week? Next month? Yang lebih worst, next year. Haha. To readers, be patient okay. Sabarkan separuh daripada iman. Hehe. Okay tak nak membebel panjang, kita sambung cerita dari Island Escape - Pulau Tioman #Part1

Hari kedua,


Setelah kepenatan seharian, balik chalet tidur tak sedar diri. Air liur basi jangan cakap lah. Ntah-ntah siap berdengkur. Haha. Masing - masing hanyut plus aircond yang menambahkan kesejukkan. Enak tidur. Tapi dalam keenakkan tidur tu, ada pulak yang bangun tutup aircond. Hoi! Mentang-mentang la tidur bawah aircond, remote control pon ada kat dia, suka suki jer ea. Tak hengat orang yang tidur kat ceruk bilik ni! Anyway, location of the aircond dalam chalet kami sangatlah tidak strategik. Bilik besar, ada dua biji katil king, tapi aircond tu macam letak tak balance between both beds. Haih. 

Pagi - pagi dah bangun. Breakfast pukul 8:00 pagi, pukul 7 lebih macam tu kami dah terpacak kat cafe. Sementara menunggu sarapan, jalan - jalan  dulu dekat pantai. Posing - posing. Heh ^_^"

Chilla, tutup aircond jer pon. Peace yo!
Ehhhhhh... LOL!
Untuk sarapan pada pagi itu, kami disajikan dengan bihun goreng, mee goreng dan air kopi dan teh. Walaupun simple tapi sedap. Makan sampai habis. Hehehe. Selesai bersarapan, balik semula ke chalet untuk tukar pakaian. Snorkeling time!! Yeayyyhhh!!
Before pergi snorkeling, kami diberikan taklimat terlebih dahulu. Taklimat ini penting terutamanya untuk first-timer. Antara perkara yang disentuh ialah cara pernafasan, cara penggunaan goggle dan life jacket yang betul, imbangan badan, cuaca dan keadaan laut dan sebagainya lagi. Main dengan open sea ni kan tak tentu. Anything can can happen walaupun kepada peserta yang berpengalaman.


Dah selesai, jom snorkeling! Anyway, kami dibawa ke tiga tempat yang berlainan untuk menikmati panorama hidupan laut. Lokasi pertama TAK INGAT!!! Haha. Either Pulau Rengis or Coral Island. Tapi tempat dia superb! Cantik gila plus air jernih membiru, hidupan laut jangan cakap lah. Cantik! Perfect!
Tak banyak sangat yang dapat ambil gambar kat sini sebab time kami sampai tu ramai lagi tourists dari another chalet yang drop kat situ. So, if korang nak tengok the best, do visit Tioman Island. Iklan Cuti-cuti Malaysia kejap. Hehe. Bila nak dapat sponsor bercuti from Tourism Malaysia ni?

Almost sejam juga kami melayan ikan-ikan di situ. Bagi makan roti lah, belai-belai ikan lah. manja sangat ikan-ikan kat sini. Then next kami dibawa ke Monkey Bay. Nak tengok monyet ke? Oh no no no! (sambil goyang jari telunjuk kiri kanan). Monkey Bay ini sebenarnya suatu kawasan snorkeling juga. Tapi kita boleh turun ke persisiran pantainya. Pasir lembut sangat. Air macam kristal jernihnya. Layan gambar jom!

Kanak - kanak riang tengah main. Lol! :P

Kesemua gambar adalah original without 360 edited! Cantik kan? We have our lunch here then berenang - renang sambil indulge the sea view. Kat sini tak banyak coral tapi banyak ikan. 

Selepas puas, kami dibawa ke satu lagi tempat which is Taman Laut. Antara yang ada di dalam Taman Laut Tioman ini adalah pelbagai jenis replika hidupan laut termasuklah ikan - ikan yang tak pernah nampak pun selama ini. Ada juga pameran kerangan laut dan sebagainya lagi. Banyak manfaat yang boleh didapati di Taman Laut ini.
Gambar shaking because snap dengan sebelah tangan jer. Lol! :p
Selesai meronda kawasan, aktiviti seterusnya ialah snorkelinglah. Apa lagi kan? Hiksss! Tapi time ni Wani dah tak ada mood nak berenang. So Que, Effy and Farah jer yang berjimba. Wani tengok dari atas sambil snap gambar. From atas pon dah boleh nampak ikan - ikan berenang sebenarnya. Ikan - ikan di sini sangat besar dan sangat cantik. Taman Laut kan. Huhu.
See, besarkan ikan - ikan kat sini?
Nah! Tiga ekor ikan yang jarang ditemui. Haha kiddin' >.<
Lama juga di sini sampai naik boring Wani tunggu. Diorang kat bawah sibuk berselfie dalam air. Okay tak nak upload gambar korang yang dalam air tu. Muhaha. Dah hampir petang, maka pulanglah kami ke Slang Beach Resort. Ingatkan dah balik boleh la terus mandi and tidur. Tapi ter'stop' pula kat pantai Salang ni. Tak tau lah round yang ke berapa snorkeling haritu. Layannn

Wani
Farah
Effy
Sebenarnya waktu nak balik dari Taman Laut, speed boat yang kami naik hampir hilang kawalan. Cuaca laut tak berapa elok. Ombak kuat dan besar. Apa lagi, kedebuk la jatuh tergolek tengah - tengah bot tu. Hahaha! Petang sebelum having dinner, kami sempat berjalan - jalan ambil angin petang and tengok sunset. Gambar? Tunggu next entry okay. Dah almost 7:00pm and I still at the office. Towers of work to do. Itulah siapa suruh berjalan banyak sangat? Ehhh? Lol!





DAAaa.. ^_^

Wednesday, October 1, 2014

Island Escape - Pulau Tioman #Part1

Aauuuu cakkk!! Haaaaa.. Bersawang sudah blog ni. Maaf to the readers sebab dah lama tak update and berceloteh panjang kat sini. Masa sangat mencemburui. Eh, Takder kaitan okay! Huhu. Kesibukan berkerja sambil belajar ni memang kena ikut jadual orang jer. Tak ada masa langsung untuk spend kat diri sendiri. Last skali pergi beriadah was almost three months ago. Itu pun pergi Sungai Chiling balik hari. Selit-selit time final exam second semester. Then terus continue third semester without break (ada one week semester break tapi on weekdays, so macam tak wujud break tu - sigh) Struggle lagi tiga bulan then memang tak boleh belah la jalan-jalan kat kota metropolitan Kuala Lumpur jer. Hati and fikiran dah menjerit-jerit "I NEEEEEEEDDDDDD A VACAAAYYYYYYYYYYYY!!"

Usya-usya blog, pergi pulau macam best jer. Walhal kulit baru saja putih, lembut, gebu and mulus recover from Mabul bulan Februari haritu. Haih. Gamble! Roger Farah, Que and Effy. Sekali dorang ON!! So pilih tarikh. Tengok calendar middle of September macam cun plus Wani ada two weeks semester break (walhal time pergi ni class untuk forth semester dah mula - first week! Haha). As usual, Wani adalah mastermind. Starting from googling pasal Pulau Tioman, chalet, activities, makan minum and semuanyalah then Wani decided untuk ambil package dari Salang Beach Resort. Tengok review pon macam okay jer. Package pon affordable. Total MYR 1,400.00 untuk 4 orang for 3D2N including meals and snorkeling. Tapi ada Pakcik sebelah dapat harga lagi murah. Katanya booked dari cuti.my. So korang compare lah mana yang terbaik. Beza banyak juga harganya. Sobs T_T

Hari yang dinanti telah tiba. Habis kelas on that Saturday, Wani terus pecut ke rumah Farah di Kota Damansara. Semua janji berkumpul kat sana. Class on Sunday skipped! hikhikhik (senyum gigi sebaris). Malam tu semua dah berangan berenang kuak lentang kat pulau. Excited gila lah! 


Ada orang siap beli swimming suit lagi tau! Haks! Excited lebih. LOL
Dah ready! From left: Que's, Wani's, Effy's and Farah's
Wani bawa beg paling kecil! Haha. Everybody wondering how I can manage all my cloths in such this size of bag. Tau jer lah, pergi pulau, baju mesti banyak nak guna sebab main air kan? Hehe. Nanti Wani story yea.

Tidur pon dah lewat sebab lama tak stay up together. So banyak la benda yang diborakkan. Zaman belajar kat Seri Iskandar jer dapat peluang macam ni. Menggamit memori sangat! Haha. Then pukul 3 pagi bangun, get ready. Pukul 4 pagi tepat, maka kami berempat sudah melepasi tol Kota Damansara menuju ke Mersing. Dalam perjalanan Farah dgn Que sambung membuta. Effy jer teman Wani tapi separuh jalan. Kecundang jua akhirnya haha. Perjalanan plus minus 5 jam termasuk berhenti kat R&R Ayer Keroh sejam. Pukul 9 pagi sampai di pekan Mersing.

Jalan nak ke Mersing ni fuhhh! Mencabar. Nasib baik drifter hekhekhek. Berliku and kecil. Hampir terbabas dibuatnya sebab bas lalu kat sebelah takut tak lepas - sigh. Dah sampai, terus ke jeti (in between ada la berhenti kt petrol station sebab tak tau jalan and dua tiga kali pusing balik salah jalan..heeee). Harga untuk parking selama tiga hari ialah RM30.00. Nasib menyebelahi kami, dapat naik feri pukul 10 pagi. Sepatutnya tiket pukul 12 tengah hari. Masak nak menunggu -_-"
Muka ceria puas tidur dalam kereta
In front of Mersing Jetty Entrance. Untungla muka korang tiga orang ceria jer. Muka aku jer sembab! (abaikan kebulatan di situ)
Dah settle ticket and pass semua then bermulalah pengembaraan kami. Actually before naik feri, kami kena melalui beberapa proses which are ticketing (pengesahan tiket), registering (kena tulis nama, no kp, nationality semua tu kat next counter), boarding (dah register baru dapat boarding pass  macam naik flight kan?) and before depart kena bayar RM10.00/head untuk tiket taman laut. Dah settle semua tu kena lah beratur dan berpanas, berasak- asak sebab musim cuti sekolah mengikut warna boarding pass (ada tiga warna; hijau, putih dan pink).


Boarding Pass warna putih untuk ke Kg Salang, Kg Tekek and Berjaya
Masuk jer dalam feri, duduk, sandar, pastu, teruuuuussssssssss. Dibuai ombak kan. Faham - faham jer lah. Hahaha. Sedar -sedar dah sampai ke pulau (after two hours). Air dia fuhhh! Menggamit! Jernih sangat plus warna hijau kebiru-biruan. Tak sabar pulak nak berjimba. Haha. Nah enjoy the view!
Benda wajib! Selfishhhhh! Hahaha
Entrance to Kg Salang

Maka menapaklah kami ke Salang Beach Resort. Ingatkan dekat jer because before this dah tanya kat agen yang tunggu kat jeti Mersing and he said "..senang saja..after you turun feri, you jalan terus and you belok kiri and you terus nanti you jumpa Salang Beach Resort sebelah kanan.." Sekali terus-terus tu jadi "lambat lagi ke nak sampai ni??" Dah la lapar. Few times juga Farah tanya bila nak sampai. Walhal Wani pon tak tau jauh mana lagi kami perlu menapak. Hahaha.
Inilah rupanya Salang Beach Resort tuuu
Menapak punya menapak sampai hujung dunia, then kami pon sampai kat tempat ni ha. Check in, ambil kunci and lilbit briefing regarding our snorkeling activities for tomorrow then cari bilik! For you guys information, counter dia kecik jer. As you guys can see from the above picture, tempat yang ada life jacket tu la check in check out counter. Hehe. 
The chalets. Chalet kami yang belakang tu!
Jalan ke bilik, letak-letak barang semua ingatkan nak landing sekejap, tapi ada orang tu excited gila nak main laut! Terus, tukar baju, menapak semula ke sisir pantai. Layan jer la, yang penting enjoy!


Saper yang senyum nampak gigi banyak tu la yang excited nak mandi laut. Haha. LOL!


Snap-snap gambar, posing sana sikit, situ sikit, pastu ada la orang tu tak tahan nak mandi laut pulak. Tup-tup siap pergi ambil life jacket lagi nak snorkeling. Tak menyempat nak tunggu esok. almaklumlah, nak rasmi swimming suit baru. Haha. layannnnn.


Motif gambar ni??
Orang yang excited adalah orang yang snap gambar ni!
Que just watch us from the beach. Wani tak pergi jauh-jauh pon, just main-main air paras pinggang jer. Tak tahan weyh tengok air cantik, bersih plus sejuk even though matahari terpacak tengah kepala. Mandi laut sekejap then naik lepak dengan Que. Farah and Effy sibuk melayan ikan - ikan. Sampai la petang matahari dah nak terbenam baru la dorang nak balik bilik. Sebab lapar kan? :P


Ini chalet kami. Abaikan towel Lilo and Stitch tu. Saper punya lahai -_-"
Sementara menunggu dinner
For dinner memang sangat puas hati. Banyak sangat makanan yang dihidangkan dan sedappp! Oh anyway, through this package, it includes 2 dinner, 2 breakfast and one lunch! Haaa berbaloi kan?
Sotong masak kicap, ayam masak lemon, telur dadar and sayur! Yummeyhhh!
Sup jagung. Nampak simple jer tapi ya ampunnn!
Dah makan kenyang, then kami jalan-jalan ambil angin malam di sekitar kawasan Kampung Salang. Meriah dan riuh sangat. Tak macam kat Mabul, sunyi, tenang (haih..rindu Mabul!). Mungkin di sini industri lebih besar dan kemudahan lebih banyak. Borak punya borak, tengok gelagat dan ragam manusia. Wani memang tak tahan dah mengantuk gila! Ajak Que balik chalet dulu nak membuta. Tinggal lah Farah and Effy feeling-feeling Titanic tepi pantai sambil naik buaian. Letih weyh, belum sempat rest since balik kelas on Saturday tuuu. Good night la jawabnya. Cerita pasal snorkeling esoknya boleh click kat sini >>> Island Escape - Pulau Tioman #Part2!






DAAaa.. ^_^