Nuffnang Ads

Tuesday, October 14, 2014

Island Escape - Pulau Tioman #Part2

Wuah wuah wuah wuahhh!! Belum sempat habis update pasal Tioman dah fly ke tempat lain pulak ye Wani? Destinasi? Rahsia. Lol! Nanti Wani update. Bila? Hahaha. Persoalan yang tak tahu nak jawab. Mungkin next week? Next month? Yang lebih worst, next year. Haha. To readers, be patient okay. Sabarkan separuh daripada iman. Hehe. Okay tak nak membebel panjang, kita sambung cerita dari Island Escape - Pulau Tioman #Part1

Hari kedua,


Setelah kepenatan seharian, balik chalet tidur tak sedar diri. Air liur basi jangan cakap lah. Ntah-ntah siap berdengkur. Haha. Masing - masing hanyut plus aircond yang menambahkan kesejukkan. Enak tidur. Tapi dalam keenakkan tidur tu, ada pulak yang bangun tutup aircond. Hoi! Mentang-mentang la tidur bawah aircond, remote control pon ada kat dia, suka suki jer ea. Tak hengat orang yang tidur kat ceruk bilik ni! Anyway, location of the aircond dalam chalet kami sangatlah tidak strategik. Bilik besar, ada dua biji katil king, tapi aircond tu macam letak tak balance between both beds. Haih. 

Pagi - pagi dah bangun. Breakfast pukul 8:00 pagi, pukul 7 lebih macam tu kami dah terpacak kat cafe. Sementara menunggu sarapan, jalan - jalan  dulu dekat pantai. Posing - posing. Heh ^_^"

Chilla, tutup aircond jer pon. Peace yo!
Ehhhhhh... LOL!
Untuk sarapan pada pagi itu, kami disajikan dengan bihun goreng, mee goreng dan air kopi dan teh. Walaupun simple tapi sedap. Makan sampai habis. Hehehe. Selesai bersarapan, balik semula ke chalet untuk tukar pakaian. Snorkeling time!! Yeayyyhhh!!
Before pergi snorkeling, kami diberikan taklimat terlebih dahulu. Taklimat ini penting terutamanya untuk first-timer. Antara perkara yang disentuh ialah cara pernafasan, cara penggunaan goggle dan life jacket yang betul, imbangan badan, cuaca dan keadaan laut dan sebagainya lagi. Main dengan open sea ni kan tak tentu. Anything can can happen walaupun kepada peserta yang berpengalaman.


Dah selesai, jom snorkeling! Anyway, kami dibawa ke tiga tempat yang berlainan untuk menikmati panorama hidupan laut. Lokasi pertama TAK INGAT!!! Haha. Either Pulau Rengis or Coral Island. Tapi tempat dia superb! Cantik gila plus air jernih membiru, hidupan laut jangan cakap lah. Cantik! Perfect!
Tak banyak sangat yang dapat ambil gambar kat sini sebab time kami sampai tu ramai lagi tourists dari another chalet yang drop kat situ. So, if korang nak tengok the best, do visit Tioman Island. Iklan Cuti-cuti Malaysia kejap. Hehe. Bila nak dapat sponsor bercuti from Tourism Malaysia ni?

Almost sejam juga kami melayan ikan-ikan di situ. Bagi makan roti lah, belai-belai ikan lah. manja sangat ikan-ikan kat sini. Then next kami dibawa ke Monkey Bay. Nak tengok monyet ke? Oh no no no! (sambil goyang jari telunjuk kiri kanan). Monkey Bay ini sebenarnya suatu kawasan snorkeling juga. Tapi kita boleh turun ke persisiran pantainya. Pasir lembut sangat. Air macam kristal jernihnya. Layan gambar jom!

Kanak - kanak riang tengah main. Lol! :P

Kesemua gambar adalah original without 360 edited! Cantik kan? We have our lunch here then berenang - renang sambil indulge the sea view. Kat sini tak banyak coral tapi banyak ikan. 

Selepas puas, kami dibawa ke satu lagi tempat which is Taman Laut. Antara yang ada di dalam Taman Laut Tioman ini adalah pelbagai jenis replika hidupan laut termasuklah ikan - ikan yang tak pernah nampak pun selama ini. Ada juga pameran kerangan laut dan sebagainya lagi. Banyak manfaat yang boleh didapati di Taman Laut ini.
Gambar shaking because snap dengan sebelah tangan jer. Lol! :p
Selesai meronda kawasan, aktiviti seterusnya ialah snorkelinglah. Apa lagi kan? Hiksss! Tapi time ni Wani dah tak ada mood nak berenang. So Que, Effy and Farah jer yang berjimba. Wani tengok dari atas sambil snap gambar. From atas pon dah boleh nampak ikan - ikan berenang sebenarnya. Ikan - ikan di sini sangat besar dan sangat cantik. Taman Laut kan. Huhu.
See, besarkan ikan - ikan kat sini?
Nah! Tiga ekor ikan yang jarang ditemui. Haha kiddin' >.<
Lama juga di sini sampai naik boring Wani tunggu. Diorang kat bawah sibuk berselfie dalam air. Okay tak nak upload gambar korang yang dalam air tu. Muhaha. Dah hampir petang, maka pulanglah kami ke Slang Beach Resort. Ingatkan dah balik boleh la terus mandi and tidur. Tapi ter'stop' pula kat pantai Salang ni. Tak tau lah round yang ke berapa snorkeling haritu. Layannn

Wani
Farah
Effy
Sebenarnya waktu nak balik dari Taman Laut, speed boat yang kami naik hampir hilang kawalan. Cuaca laut tak berapa elok. Ombak kuat dan besar. Apa lagi, kedebuk la jatuh tergolek tengah - tengah bot tu. Hahaha! Petang sebelum having dinner, kami sempat berjalan - jalan ambil angin petang and tengok sunset. Gambar? Tunggu next entry okay. Dah almost 7:00pm and I still at the office. Towers of work to do. Itulah siapa suruh berjalan banyak sangat? Ehhh? Lol!





DAAaa.. ^_^