After
more than 20 days plus plus plus plus plus plusssss…baru dapat jengok ke blog
semula. Maaf la ye, I am busy doing nothing. Hahaha. Tak ada lah, Wani tengah
struggling siapkan assignment. Kejar submission date. Biasalah, bukan student la
if tak buat assignment last minutes kan? Korang pon mesti pernah kan?
Cuba ingat
balik. Time lecturer mula-mula sekali bagi task. Semangat berkobar-kobar tahap
Gunung Kinabalu tingginya. Konon-kononya habis kelas, balik rumah terus nak
buat. Siapkan saaaampai habis sebab lepas ni mesti ada lagi task yang lecturer
nak bagi lagi. Mesti korang akan fikir macam tu punya lah. Kan..kan..kan?
korang jangan tipu okay. Wani tahu semua tu. Hahaha (sambil goyang jari
telunjuk kiri kanan kiri kanan)
Gambar ihsan Instagram/weweynei
Taking off yang tak sudah-sudah walaupun bukan seorang QS
Tapi when
sampai kat rumah, cerita lain pula jadinya. First-first masuk rumah nampak apa?
Ruang tamu kan? Kat ruang tamu ada apa? TV betul? Haaa..
Pitstop
pertama : “.. Duduk kejap lah layan tv. Dah lama tak tengok tv ni sampai habuk
tebal seinci dah. Apa drama baru ea?.. ” sambil picit-picit remote control tengok
kiri kanan. Ruang tamu dekat dengan dapur betul?
Pitstop
kedua : “.. Erm lapar la pulak perut ni. Tadi nak beli kat cafĂ© beratur panjang
sangat. Diorg masak apa harini?.. “ jalan menuju ke dapur bukak periuk. “..
Wuah!! Ayam masak asam pedas!! “ ← Ain and Faezah selalu masak menu ni. Orang
Melaka memang pandai masak asam pedas. Terbaikkk!! Apa lagi, makan sampai perut
buncit lah. Dah makan lepas tu kenyang kan? Lepas kenyang, rasa mengantukkan? Bila
mengantuk apa jadi? Nak tidur kan? When nak tidur kita pergi mana? Mestilah
bilik kan? Hehehe.
Pitstop
ketiga : Burppp!! ← sendawa keluar bau asam pedas. Jalan semula ke living hall,
ambil beg and segala mak nenek bawak balik dari kelas tadi, naik ke bilik. Buka
pintu bilik, ada satu bau semacam saja kan? Bau yang akan menarik-narik kita
untuk landing atas tilam. Betul? (setiap bilik mesti ada baunya tersendiri lah.
Suatu bau yang macam feeeeellll sangat kan..kan..kan??) Tambah pula pagi tadi
keluar bilik tak buka curtain. Cahaya sayup-sayup jer kat dalam bilik. Memang mood
tidur meningkat drastic sampai Gunung Everest. Lepas letak beg kat study table,
terus henyak badan ke tilam (hempas badan gaya macam nak buat bungee jump). Ini
memang best! When badan jatuh saja atas tilam, tilam akan bouncing naik turun
naik turun. Macam tengah kena dodoi bro!! Layan habis. Kekeke.
Menurut
kajian yang telah dibuat (tak tau kat mana entah Wani terbaca) manusia hanya
mengambil masa tujuh (7) minit sahaja untuk lena selepas mereka melabuhkan
badan ke atas tempat tidur.
In my
situation, memang tak sempat sampai tujuh minit Wani dah sampai kat Hong Kong
Disneyland. Hahaha. Mana semangat berkobar-kobar nak buat assignment tinggi
Gunung Kinabalu tadi? Mana? Mana? Semangat tu akan datang semula bila tinggal
tiga hari sahaja lagi nak sampai submission due date kan..kan..kan? Hhaaaa..
Baik korang angguk. Hahaha. Standard student la kan, baru stylo milo neslo. Sep sikit! (buat gaya high five). Lepas
submit and present, qada’ tidur lagi sehari sebab malam before submit kena stay
up. If submission on Sunday, maka tiadalah Monday blues sebab automatically
korang akan pergi klinik ambil MC on that Monday, balik klinik sambung tidur kan..kan..kan? ←
senyum gigi sebaris.
Ohh by
the way before Wani lupa, last week Wani pergi tracking and hiking. Uji stamina
bro. Lama tak buat activity ni. Last skali masa sekolah menengah naik Gunung
Jerai. Kat mana lokasi? Pernah dengar Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong tak?
Cuba google. Nanti Wani update tapi tak tahu bila masanya nak menaip lagi. Bhahaha.
Tapi bro, tempat tu wa cakap lu, terbaik bro! Memang best! Balik rumah tiga
hari jalan macam penguin. Ekekeke.
Backpack Thriller - Cameron Highlands #Part 2 sudah di'update'. Jangan marah. Lol! :D
DAAaa.. ^_^