Nuffnang Ads

Sunday, March 30, 2014

Backpack Thriller – Cameron Highlands #Part 2

Woah! Penatnya semalam. Mata masih mengantuk lagi tapi sebab nak kejar masa ku gagahkan jua untuk menaip. Untuk makluman korang, Wani berpindah tempat kediaman (ayat Bahasa Melayu sangat!) from Subang Impian to Seksyen 7, Shah Alam. Maka mengangkutlah barang-barang Wani satu bilik ke sana ← angkut barang waktu malam sebab maluuu. Nasib baik Ain sampai awal from Melaka. Dia la penyelamat Wani tolong angkat wardrobe, kerusi and meja study, luggage, baju, kotak-kotak kasut and macam-macam lagi. Sebab Wani pindah? Jeng jeng jeng.. Gua dapat kerja baru bro! Alhamdulillaah. Tapi lain bidang sikit lah dari apa yang Wani buat sekarang. Tak apalah for gaining experience kan and better offer juga (kachinggg ← bunyi duit). Nak beli BMW 3 Series katanya ← berangan tak sudah! Tapi tak salah kan simpan angan-angan. Dari angan-angan lah menjadi kenyataan. LOL.

Berbalik kepada tajuk kita hari ini, Wani nak sambung cerita pasal "Backpack Thriller - Cameron Highlands #Part 1". Agak lama tertangguh. Hehehe. To those who missed the story, you can click the link.

Sambungan Episod Satu! ← Tona suara macam cerita Upin&Ipin

Lepas kami berlari ke kereta dalam hujan lebat tu, nak dijadikan cerita, when tutup jer pintu kereta rapat-rapat, hujan pon berhenti. Walawei! ”..Alhamdulillah. Ada chance nak posing Hindustan. Yeah!!“ Wani dalam hati. ← tak habis-habis.

Then next destination, kami pergi ke Taman Rama-rama. Tak jauh pon dari Pasar Siang Brinchang. Ambil jalan menghala ke Gopeng semula. Kira pusing balik la. Well, from our hotel to Pasar Brinchang pon dah memang pusing balik dah pon kan. Hahaha. Itulah, unplanned, memang huru-hara jadinya. Tiket masuk ke Taman Rama-rama berharga RM5/person. Dalam taman tersebut, terdapat satu kawasan khas berjaring (macam bilik) yang menempatkan rama-rama ← nak elak rama-rama terbang bebas pastu lesap entah ke mana. Tak banyak sangat rama-rama time Wani pergi tu. Sedih (mulut muncung itik). Tapi boleh la tengok spesis rama-rama pelbagai warna. Cantik! Siap hinggap kat jari Wani lagi. Manja tau!

Gambar ihsan Instagram/weweynei
Hinggap juga rama-rama kat jari after penat kejar

Selain rama-rama, ada juga dipamerkan pelbagai spesis serangga yang jarang ditemui di rumah. Kebanyakan serangga ini hidup meliar di dalam hutan. Ada juga reptilia seperti katak daripada sekecil duit syiling 10 sen sampai laaa sebesar dua belah tapak tangan Wani! Pelbagai jenis, bentuk, saiz dan warna. Terdapat juga kura-kura dan ular. Kawasan ular dalam aquarium tu memang tak dapat nak tolong. Surrender awal. Wani tak boleh tengok silap haribulan pengsan! Farhan jer yang excited melayan ular-ular melingkar tu. Daripada tengok ciptaan Allah yang satu tu, baik Wani layan squirrels and arnab yang comel-comel tu. Geram nak peluk sebab gemuk and their fur kembang semangkuk. Di sini juga ada pelgai spesis kaktus yang ditanam sebagai landscape. Pandai tuan tanah decorate. Owh anyway Wani and Farhan tak singgah pon di Cactus Farm yang femes tu sebab sesak and bukan tujuan utama ke Cameron Highlands.

Dah puas berjalan dalam Butterfly Farm, kami berpatah balik ke Brinchang menuju ke Tanah Rata. Next activity, strawberry plucking! We guys pergi ke satu kawasan baru. If korang recognize, ada satu kawasan perumahan with Europe architecture kat bahagian kanan atas bukit. Boleh nampak dari jalan utama. Korang boleh singgah at that residential area to take a look of the architecture. Setiap rumah berbeza reka bentuk, warna dan saiz. Di bahagian belakang kawasan perumahan tersebut ada ladang strawberry. Tapi baby-baby lagi. Kecil and tak berapa menarik perhatian Wani.

Disebabkan alasan tersebut, kami beralih ke kawasan seterusnya. Wani nak juga petik strawberry dengan tangan sendiri. Then Farhan bawa ke kawasan homestay yang popular di Cameron Highlands (untung ada driver kan? Cakap jer ke mana nak pergi. Mesti dapat. Hahaha ← gelak jahat). Homestay-homestay di sini ada private strawberry farm. So ada chance lah nak pluck strawberry. Homestay terkenal di sini is “Opah Strawberry Farm”. Tapi Wani and Farhan tak singgah situ. Kami lepak kat farm sebelah “Opah Strawberry Farm” sebab tak ramai and for sure there are seats for us to sit sambil makan strawberry ice cream. Tapi when masuk ke strawberry farm, makcik tu cakap 

‘’..Strawberry tinggal yang muda-muda jer dik, yang besar semua dah dipetik pagi tadi..” ← time tu dah almost 4.00pm tapi weather macam bru pukul 11 pagi. Sejuk and redup (baru lepas hujan). Memang tak ada rezeki Wani nak petik sendiri strawberry or nak suruh Wani datang lagi? Hurm.

After finish indulging the strawberry ice cream and baked macaroni, kami menuju ke next destination iaitu “Cameron Bharat Tea Valley” ← sebab tak jumpa/terlepas tempat shooting Ombak Rindu. Anyway kat sini pon cantik juga pemandangan ladang the plus topografi tanah yang berbukit. Hijau! Hilang stress kota!

Gambar ihsan Instagram/weweynei
Sempat posing sambil minum teh background tea estate


Gambar ihsan Widelense
Ladang teh Cameron Bharat Tea Valley
Sila 'click' gambar untuk pemandangan lebih jelas

Nak tengok Wani posing Hindustan kat ladang teh? Boleh click Backpack Thriller - Cameron Highlands #Part 3. Sorry badan letih and tak cukup tidur. Sel-sel otak tak berhubung hari ini. Idea nak menaip sengkek.





DAAaa.. ^_^