Woah! Penatnya semalam. Mata masih
mengantuk lagi tapi sebab nak kejar masa ku gagahkan jua untuk menaip. Untuk
makluman korang, Wani berpindah tempat kediaman (ayat Bahasa Melayu sangat!)
from Subang Impian to Seksyen 7, Shah Alam. Maka mengangkutlah barang-barang
Wani satu bilik ke sana ← angkut barang waktu malam sebab maluuu. Nasib baik
Ain sampai awal from Melaka. Dia la penyelamat Wani tolong angkat wardrobe,
kerusi and meja study, luggage, baju, kotak-kotak kasut and macam-macam lagi.
Sebab Wani pindah? Jeng jeng jeng.. Gua dapat kerja baru bro! Alhamdulillaah. Tapi
lain bidang sikit lah dari apa yang Wani buat sekarang. Tak apalah for gaining
experience kan and better offer juga (kachinggg ← bunyi duit). Nak beli BMW 3
Series katanya ← berangan tak sudah! Tapi tak salah kan simpan angan-angan. Dari
angan-angan lah menjadi kenyataan. LOL.
Berbalik kepada tajuk kita hari ini,
Wani nak sambung cerita pasal "Backpack Thriller - Cameron Highlands #Part 1". Agak
lama tertangguh. Hehehe. To those who missed the story, you can click the link.
Sambungan Episod Satu! ← Tona suara
macam cerita Upin&Ipin
Lepas kami berlari ke kereta dalam
hujan lebat tu, nak dijadikan cerita, when tutup jer pintu kereta rapat-rapat,
hujan pon berhenti. Walawei! ”..Alhamdulillah. Ada chance nak posing Hindustan.
Yeah!!“ Wani dalam hati. ← tak habis-habis.
Then next destination, kami pergi ke
Taman Rama-rama. Tak jauh pon dari Pasar Siang Brinchang. Ambil jalan menghala ke
Gopeng semula. Kira pusing balik la. Well, from our hotel to Pasar Brinchang
pon dah memang pusing balik dah pon kan. Hahaha. Itulah, unplanned, memang
huru-hara jadinya. Tiket masuk ke Taman Rama-rama berharga RM5/person. Dalam taman
tersebut, terdapat satu kawasan khas berjaring (macam bilik) yang menempatkan
rama-rama ← nak elak rama-rama terbang bebas pastu lesap entah ke mana. Tak banyak
sangat rama-rama time Wani pergi tu. Sedih (mulut muncung itik). Tapi boleh la
tengok spesis rama-rama pelbagai warna. Cantik! Siap hinggap kat jari Wani
lagi. Manja tau!
Gambar ihsan Instagram/weweynei
Hinggap juga rama-rama kat jari after penat kejar
Selain rama-rama, ada juga dipamerkan
pelbagai spesis serangga yang jarang ditemui di rumah. Kebanyakan serangga ini
hidup meliar di dalam hutan. Ada juga reptilia seperti katak daripada sekecil
duit syiling 10 sen sampai laaa sebesar dua belah tapak tangan Wani! Pelbagai jenis,
bentuk, saiz dan warna. Terdapat juga kura-kura dan ular. Kawasan ular dalam
aquarium tu memang tak dapat nak tolong. Surrender awal. Wani tak boleh tengok
silap haribulan pengsan! Farhan jer yang excited melayan ular-ular melingkar
tu. Daripada tengok ciptaan Allah yang satu tu, baik Wani layan squirrels and
arnab yang comel-comel tu. Geram nak peluk sebab gemuk and their fur kembang
semangkuk. Di sini juga ada pelgai spesis kaktus yang ditanam sebagai
landscape. Pandai tuan tanah decorate. Owh anyway Wani and Farhan tak singgah
pon di Cactus Farm yang femes tu sebab sesak and bukan tujuan utama ke Cameron
Highlands.
Dah puas berjalan dalam Butterfly
Farm, kami berpatah balik ke Brinchang menuju ke Tanah Rata. Next activity,
strawberry plucking! We guys pergi ke satu kawasan baru. If korang recognize,
ada satu kawasan perumahan with Europe architecture kat bahagian kanan atas
bukit. Boleh nampak dari jalan utama. Korang boleh singgah at that residential
area to take a look of the architecture. Setiap rumah berbeza reka bentuk, warna
dan saiz. Di bahagian belakang kawasan perumahan tersebut ada ladang strawberry.
Tapi baby-baby lagi. Kecil and tak berapa menarik perhatian Wani.
Disebabkan alasan tersebut, kami
beralih ke kawasan seterusnya. Wani nak juga petik strawberry dengan tangan
sendiri. Then Farhan bawa ke kawasan homestay yang popular di Cameron Highlands (untung ada driver kan? Cakap jer ke mana nak pergi. Mesti dapat. Hahaha ←
gelak jahat). Homestay-homestay di sini ada private strawberry farm. So ada
chance lah nak pluck strawberry. Homestay terkenal di sini is “Opah Strawberry
Farm”. Tapi Wani and Farhan tak singgah situ. Kami lepak kat farm sebelah “Opah
Strawberry Farm” sebab tak ramai and for sure there are seats for us to sit
sambil makan strawberry ice cream. Tapi when masuk ke strawberry farm, makcik
tu cakap
‘’..Strawberry tinggal yang muda-muda jer dik, yang besar semua dah
dipetik pagi tadi..” ← time tu dah almost 4.00pm tapi weather macam bru pukul
11 pagi. Sejuk and redup (baru lepas hujan). Memang tak ada rezeki Wani nak petik
sendiri strawberry or nak suruh Wani datang lagi? Hurm.
Gambar ihsan Instagram/weweynei
Sempat posing sambil minum teh background tea estate
Gambar ihsan Widelense
Ladang teh Cameron Bharat Tea Valley
Sila 'click' gambar untuk pemandangan lebih jelas
Nak tengok Wani posing Hindustan kat ladang teh? Boleh click Backpack Thriller - Cameron Highlands #Part 3. Sorry badan letih and tak cukup tidur. Sel-sel otak tak berhubung hari ini. Idea nak menaip sengkek.
DAAaa.. ^_^