Semalam
Wani pergi trekking lagi (bagi fit and ringankan sikit badan). Location, Forest
Research Institute Malaysia (FRIM). Tempatnya cantikkk bangat! ← slang Indon. Pepohon menghijau,
udara yang nyaman dan segar. Ingatkan jauh lahai dari rumah, rupanya dalam 20 minit
dah sampai ikut jalan Sg Buloh. Nice place to visit either with friends or
family. Nanti nak pergi lagi sebab belum habis tawaf. Hehe.
Ni nak
sambung cerita basi Cameron Highlands. Last part of Backpack Thriller - Cameron Highlands #Part 2
After minum
teh and had some cookies at Cameron Bharat Tea Valley, Farhan tak puas hati
sebab tak jumpa tempat shooting Ombak Rindu. Dia nak cari juga tempat tu sampai
jumpa katanya ← spesis lagi tak dapat lagi passionate nak dapatkan. Wani follow
saja because steering is on him. Tapi memang bukan rezeki kami. Tak jumpa pon
tempat tu. Try punya try last sekali nampak signboard 'Ladang The Boh Farlie'. Before
shoot ke ladang teh, ktorg drop by sekejap kat Highlands Apiary Farm (ladang
strawberry plus honey bee) sebab nak cari madu yummy lagi macam kat Pasar Siang
Brinchang ← eh tak cerita pon pasal beli madu kat #Part 1 Hehe. Terlupa :p
Kebetulan
dah teringat ni nak cerita sikit, kat Pasar Siang Brinchang tu, ktorg ada beli
Madu Pure Superb! (bukan nama sebenar) either dalam bentuk straw (RM 1/straw
stick) or dalam bentuk cube (RM2/cube). Tapi madu kat Highlands Apiary Farm ni,
quality of the honey kureng sikit. Sekadar boleh laaa ← tapi beli juga 4
sticks, if I’m not mistaken. Hehe
Dah habis
round the farm yang tak seberapa, ktorg teruskan perjalanan ke Ladang Teh Boh
Farlie and it is also known as Ladang Teh Habu Ringlet. Kat sini pon okay juga.
Sepanjang perjalanan ke puncak ladang teh, pemandangan cantik sangat! Rasa macam
pergi ke kawasan perkampungan dwarfs pula. Macam fairytales pon ada. Seriously tak
menyesal datang ke ladang ni. Ktorg indulde the view kat sini
besides memang tak ramai orang berkunjung ke sini. Mungkin tak ramai yang tahu.
So posing sikit (tapi bukan posing ala Hindustan)
Gambar ihsan Instagram/weweynei
Perkampungan "drawfs"
Hari dah
petang, nak tak nak kena pulang ke Kuala Lumpur. Tak puas rasanya berjalan di
Cameron Highlands. Ktorg balik ikut jalan ke Tapah. Jalan lama and berliku-liku.
Nasib baik siang. Fuhhh semangat juga lah. Then before shoot KL singgah RnR
Tapah makan nasi ayam. Sampai KL terbungkang. Mentally and physically tired but
enjoy. Anyway esok 8th April 2014. Tarikh keramat sempena sebulan
pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang. Sama-sama kita berdoa semoga misi
pencarian pesawat dipermudahkan. Aameen.
DAAaa.. ^_^