Harini
Wani demam. Meleleh-leleh air hidung (Yek!! Itu pun nak bagitahu ke??) Ambil
toilet tissue kat pantry..lap.. ← sadisss
Semua
orang tahu yang Wani suka tulis caption panjang-panjang kat Instagram (ehem..ada
orang tegur okay). Wani akan describe se”detail” mungkin sampai kadang-kadang
tu kena scroll ke bawah dua tiga kali, baru habis (walhal gambarnya satu saja ←
kedekut gamaknya..hehe). Masalah betulkan? Blog malas nak update, Instagram pon
jeling-jeling je)
Oleh
kerana followers kat Instagram dapat notice pasal ‘karangan’ Cikgu Wani and
travelling activities yang selalu Wani pergi, suatu hari Ain, (merangkap
housemate, merangkap pool car member merangkap personal advisor merangkap
bla..bla..bla..) bersuara,
“..Why
not Wani active balik blogging. Cerita pasal experience Wani pergi jalan-jalan.
Boleh share dengan people out there..” kata Ain. ← buku cerita sangat. Tapi betul
okay memang Ain cakap macam tu. Hhee (sengeh gigi sebaris)
Mula-mula
malas sangat. Ya lah, dah kerja kan? Plus dah start further study. Bertambah commitment.
Mana lah nak ada masa untuk semua tu. Tapi
when rethink about this, best juga idea Ain tu daripada Wani taip tak tentu
hala. Besides, Wani nak travel mana-mana pun Wani akan do the same thing (baca
blog and get as much information). So dalam hidup ni perlu ada sikap and sifat “give
and take”. Tak boleh kedekut. Tak baik nanti Tuhan marah ← bukan menipu je tau.
First
backpacking (kira start semula lah ni) tahun lepas bulan May tak salah. First nak minta maaf kat Ain sebab tipu. Time tu belum bersedia nak announce perhubungan terlarang Wani and partner. Destination - Cameron Highlands. Ini backpack berani mati punya. Tak digalakkan
untuk buat. Sebab apa, cerita dia macam ni;
Weekend tu, Wani lepak dengan classmate UiTM kat Seksyen 7, Shah Alam. Niat nak bermalam kat sana lah, then esoknya balik semula ke rumah Wani. Tengah-tengah lepak kat Pakli Kopitiam dengan Farah, Effy, Farahan, Erry and sorang lagi Wani tak kenal sebab bukan classmate (gila kerek..kenal budak-budak kelas je. Kelas sebelah tak kenal) ← Orang yang betul-betul kenal Wani saja tahu who I am; sambil tunggu Nasi Goreng Ayam Lemon sampai, Wani pun men”whatsapp” Farhan (merangkap soulmate ← hek eleh cakap je la boyfriend kan senang..haha *facepalm) Wani info Farhan yang Wani lepak kat Seksyen 7 then he said,
“..Okay..malam
sikit boleh la keluar..” ← cakap je la nak dating-mating.huh -_-“
Gambar ihsan Instagram/weweynei
From left: Effy, Farah, Farahan, Tak kenal, Erry
Bab
makan kat Pakli Kopitiam selesai. Balik rumah Farah, mandi, sembahyang then
tunggu Farhan pick up. (banyak betul orang sekeliling nama “gembira”; Farah,
Farahan, Farhan and adik Wani pun nama Farah juga. Don’t get confused). Before that
Wani text Farhan suruh bawak baju spare sebab kami memang unpredictable boleh
je jalan-jalan round satu KL and Selangor balik pukul 3-4 pagi then esok pergi
kerja. Apa kaitan dengan bawak baju spare? Sebabnya haritu weekend so kebarangkalian
untuk balik pukul 3-4 pagi adalah tipis dan destinasinya mungkin lebih jauh.
And
yes memang betul! After round KL siap transit kat Wangsamaju makan Burger Bakar
Kaw-Kaw bawah pokok tu, kami terus shoot ke Cameron Highlands. Tengah-tengah
malam. Eh! Dah lepas pukul 12 malam so our journey started early in the
morning. Perjalanan lebih kurang empat jam setengah. Ambil Exit 137 – Simpang Pulai-Batu Gajah. Ikut
jalan baru sebab lebih landai dan tak banyak selekoh. Driving waktu pagi memang
lah, plus both of us kerja during day tak rest langsung (yes kerja hari Sabtu.
Construction kan. What to do). Wani dah mengantuk tahap maksimum dah. Pandangan
kabur walaupun mata celik. Tapi cuba juga borak dengan Farhan takut-takut nanti
dia terlelap. Memang gigih la kami ni. Dah la sejuk, kabus tebal, dengan tak
dapat signal radio lagi ← krik krik krik (bunyi cengkerik)
Gambar ihsan Instagram/weweynei
Exit baru untuk ke Cameron Highlands dah siap.
Rindu UiTM Seri Iskandar tiba-tiba.
Around
4.30am kami sampai ke Cameron Highlands (fuh..finally!!). Then satu masalah timbul
which is “..cari HOTEL!!” Dari Tanah Rata sampai Brinchang pusing dua tiga kali
semua hotel fully booked! (over budget) ← datang weekend siapa suruh? Hurmm pasrah.
Dalam hati Wani dah fikir, park kereta kat petrol station then tidur (I don’t
mind). At last terpaksa juga la ambil bilik yang berapa ratus ntah ← Farhan
bayar semua sebab dia tak nak tidur dalam kereta. Hurm orang senang (annoying
sikit lah time ni)
*Moral
of the story jangan backpack kat tempat famous without proper plan.
Esoknya
lepas pukul satu jugak la, Wani siap boleh tengok Melodi kat TV3 lagi sebab
tunggu Farhan (lelaki mananya nak bangun awal especially cuti ←plus weather
sejuk memang layanlah) Then Wani dah bising lapar bagai dah. Memang jenis perut
tak boleh tahan lapar. After check out ← wuah!! Hati gumbira tak terkata sebab
nak petik daun teh and posing ala-ala Hindustan kat ladang teh tu nanti. First plannya
nak pergi breakfast plus lunch sekali (matahari dah tinggi tapi still sejuk,
kan best if kat KL pon macam ni). Okay set, Farhan suggest pergi kat Pasar
Brinchang. I followwww wweeee..
On the way naik ke sana jalan pulak jem!! Hoi la. Perut dah tahap memekik dah ni. ← Sadis okay time ni. If kat rumah bangun-bangun dah ada breakfast and air Milo sejug atas meja. Cari-cari dalam handbag ada apple sebiji ← tak tau bila punya but condition still okay. Share la kami dua orang ← part ni sweet sebab Farhan pakai braces so dia tak boleh gigit buah tu sebijik-sebijik. Wani la yang “cut into pieces” - guna natural knife, my teeth (lantak la..tak nak sudah) But he was cool. Makan je.
Sejam
jugak la dalam kereta, baru sampai ke Pasar Siang Brinchang. Park kereta then celapak
kami ke gerai-gerai kat situ. Beli nuggets, cendawan celup tepung, frankfurter,
strawberry (wajib beli okay!!) 5 boxes, chocolate cair (nak celup dengan
strawberry) and air. Banyak okay!! Macam lima orang nak makan ← tahap kebulur. Tak
ingat beli air apa sebab kononnya nak minum teh Cameron kat tempat shooting
Ombak Rindu tu. Kerlas kau Jijah. Hehe. Dah beli semua makanan then on the way
back ke kereta hujan lebat turun tiba-tiba. Ya Tuhan memang dah macam dalam
filem Hindustan (tak sempat nak guling-guling kat ladang teh pun lagi). Dalam hati
ni “..Jauh lagi weyh nak sampai kat kereta! Lari selaju mungkin. Nak beli payung
memang tak mungkin lah sebab semuanya corak strawberry. Imagine Wani and Farhan
bawah satu payung STRAWBERRY dalam hujan. Hahaha. Boleh pecah perut!!
Banyak
lagi cerita thriller tapi have to be continued dalam Backpack Thriller - Cameron Highlands #Part 2
DAAaa.. ^_^