Nuffnang Ads

Sunday, April 20, 2014

Alor Setar, Bandar Sakura

Dua minggu yang sangat hectic! Mengejar submission tapi malas nak buat assignment (sigh). Ingat tak cerita Pelajar Hebat yang Wani tulis dulu? Situasi berulang kembali. Huhu. Walaupun banyak masa yang boleh diperuntukkan untuk fokus kepada penyiapan assignment tapi dah memang pe’el, esok nak submit harini baru kelam kabut nak buat sampai whatsapp-whatsapp group-group terabai ← statement bajet femes muhaha! In between, menyempat pula balik kampung (sebab dah book flight ticket) and naik Genting Highlands and Bukit Tinggi, Pahang. Hiksss nanti kiter citer okay.

Balik kampung untuk tiga hari. Lama sikit dari kebiasaan sebab nak habiskan cuti sebelum kerja kat tempat baru. Korang tau kampung Wani kat mana? Tak bagitahu mana lah nak tahu kan? (tepuk dahi). Kita tahu kita blogger tak femes T_T. Haha. Anyway, currently parents Wani menetap di Alor Setar, Kedah Darul Aman ← tempat asal usul abah Wani, and mungkin kami sekeluarga tidak akan berpindah ke mana-mana lagi. Every month, Wani akan balik ke sana (maklumlah hidup merantau) and few weeks before, dah bising-bising pasal “Fenomena Bunga Sakura” di Alor Setar sampaikan ada keluar statement kiamat dah dekat bagai ← mentality sesetengah manusia berfikiran luar batasan. Benci tau.

Actually, fenomena bunga sakura ni memang dah sebati since dulu lagi di bandaraya Alor Setar. It is because pokok tabebuia atau pokok tecoma yang bercambah bunga selepas musim kemarau. Pokok ini ditanam di kebanyakkan kawasan bandaraya dan sepanjang jalan negeri. So bagi kami penduduk Alor Setar, memang dah biasa environment Korea ni. Hehe. Dengar kata kerajaan negeri nak jadikan "musim bunga sakura" sebagai tarikan pelancongan baru di Kedah.
Posing kerrrlass kau. Siap pakai shades gitew. Lol!
Dah alang-alang di Alor Setar ni, meh Wani tunjukkan tempat-tempat menarik yang ada di sekitar bandaraya. First place yang korang should visit is Menara Alor Setar. Located at the centre of the city, menara ini menjadi mercu tanda bandaraya Alor Setar dan juga Negeri Kedah. Ia sebenarnya sebuah menara telekomunikasi yang kedua di Malaysia yang berketinggian 165.5 meter. Terdapat dek tinjau, pejabat dan juga restoran berputar pada tingkat paling atas ← macam konsep KL Tower juga lah. Adik beradik katakan. Hiksss.
Pemandangan Menara Alor Setar ketika waktu malam
Second place is Masjid Zahir. Masjid negeri dan juga masjid diraja Kedah. Lokasinya berhampiran dengan Menara Alor Setar (20 minit berjalan kaki). Di sekitar kawasan masjid ada Dataran Alor Setar dan juga bangunan bersejarah seperti Balai Nobat, Menara Jam dan juga balai besar (currently known as Galeri Sultan Abdul Halim Muadzam Shah). Pada waktu malam, kawasan ini akan diterangi dengan lampu neon dan lagu reggey. So nampak macam mini i-city plus ada replika Pintu Gerbang Istana Kota Tengah. Cun baq hang! ← loghat utagha sikit. Huhu.
Driver sepanjang balik kampung. Thank you twins !!
And di bandaraya Alor Setar juga ada Kompleks Perniagaan Pekan Rabu ← macam Pasar Payang, Terengganu dan Pasar Siti Khadijah, Kelantan. Tarikan pelancong luar dan dalam negeri juga sebab di sini tempat paling senang nak cari kuih muih tradisional, kain baju dan juga telekung sembahyang. Setiap kali nak raya puasa, ramai peniaga akan menjual kuih dan biskut raya di sepanjang kaki lima kompleks. Wani tak pernah terlepas peluang setiap kali malam raya. Pukul 2, 3 pagi pun sanggup keluar datang ke sini sebab suasana tika itu memang meriah semacam. Syok ooooo!!
Pintu masuk utama ke Pekan Rabu
Ada lagi tempat menarik yang ada berdekatan dengan pusat bandar Alor Setar. Nak tahu boleh click kat SINI hehe. Nak tengok backyard view rumah abah Wani tak? Tadaaa..
Musim menuai padi so tak dapat la gambar sawah menghijau terbentang luas
Cantikkan? If musim semai padi lagi cantik, nampak macam satu hamparan hijau yang sangat luas terbentang. Tenang dan nyaman (macam tengok pokok teh kat Cameron Highlands tu ← nak repeat lagi!). Gunung Keriang merupakan tempat rekreasi dan beriadah. Banyak aktiviti boleh dibuat di sini contohnya berbasikal, berjoging dan juga memanjat. Gunung Keriang terkenal dengan proses penghasilan semulajadi batu kristal (dalam gua). Dah habis membebel pasal negeri kesayangan. Nanti update pasal bercuti di Genting Highlands dan Bukit Tinggi, Pahang pula.




DAAaa.. ^_^

Tuesday, April 8, 2014

Tarikh Keramat #MH370

8 April 2014

Sebulan berlalu. Operasi mencari dan meyelamat masih diteruskan tanpa putus asa. Doa dan harapan tidak putus-putus dipinta moga pencarian Berjaya. Sepanjang tempoh pencarian, pelbagai spekulasi dan tohmahan dilemparkan especially kepada negara tercinta kita Malaysia. Kecewa, memang sangat kecewa. Mentality manusia ni kadang-kadang very out of the box. Fikir dan imagine yang bukan-bukan. Ntah apa-apa.

Rentetan tragedi kehilangan pesawat boleh dibaca di website Malaysia Airlines untuk maklumat yang sahih.
Gambar ihsan Instagram/weweynei
PhotoRepost from fieyahmads Instagram

Doa untuk penumpang dan kru pesawat MH370

Ya Allah. Bantulah kami Ya Allah. Jika ia masih dilangit, turunkan lah. Jika ia di dasar laut, timbulkan lah. Jika ia di darat, bukakanlah mata kami untuk melihat. Bantulah kami Ya Allah, tanpa bantuan Mu Ya Allah, kami buta untuk melihat, kami hilang arah untuk mencari. Hidupkanlah mereka, selamatkanlah mereka. Supaya mereka membantu kami memberitahu betapa hebatnya kuasa Mu Ya Allah. Bantulah kami, hamba Mu Ya Allah.

Aamiin aamiin Ya Rabbala'lamin.





DAAaa.. ^_^

Monday, April 7, 2014

Backpack Thriller - Cameron Highlands #Part 3

Semalam Wani pergi trekking lagi (bagi fit and ringankan sikit badan). Location, Forest Research Institute Malaysia (FRIM). Tempatnya cantikkk bangat! ← slang Indon. Pepohon menghijau, udara yang nyaman dan segar. Ingatkan jauh lahai dari rumah, rupanya dalam 20 minit dah sampai ikut jalan Sg Buloh. Nice place to visit either with friends or family. Nanti nak pergi lagi sebab belum habis tawaf. Hehe.

Ni nak sambung cerita basi Cameron Highlands. Last part of Backpack Thriller - Cameron Highlands #Part 2

After minum teh and had some cookies at Cameron Bharat Tea Valley, Farhan tak puas hati sebab tak jumpa tempat shooting Ombak Rindu. Dia nak cari juga tempat tu sampai jumpa katanya ← spesis lagi tak dapat lagi passionate nak dapatkan. Wani follow saja because steering is on him. Tapi memang bukan rezeki kami. Tak jumpa pon tempat tu. Try punya try last sekali nampak signboard 'Ladang The Boh Farlie'. Before shoot ke ladang teh, ktorg drop by sekejap kat Highlands Apiary Farm (ladang strawberry plus honey bee) sebab nak cari madu yummy lagi macam kat Pasar Siang Brinchang ← eh tak cerita pon pasal beli madu kat  #Part 1 Hehe. Terlupa :p

Kebetulan dah teringat ni nak cerita sikit, kat Pasar Siang Brinchang tu, ktorg ada beli Madu Pure Superb! (bukan nama sebenar) either dalam bentuk straw (RM 1/straw stick) or dalam bentuk cube (RM2/cube). Tapi madu kat Highlands Apiary Farm ni, quality of the honey kureng sikit. Sekadar boleh laaa ← tapi beli juga 4 sticks, if I’m not mistaken. Hehe

Dah habis round the farm yang tak seberapa, ktorg teruskan perjalanan ke Ladang Teh Boh Farlie and it is also known as Ladang Teh Habu Ringlet. Kat sini pon okay juga. Sepanjang perjalanan ke puncak ladang teh, pemandangan cantik sangat! Rasa macam pergi ke kawasan perkampungan dwarfs pula. Macam fairytales pon ada. Seriously tak menyesal datang  ke  ladang ni. Ktorg indulde the view kat sini besides memang tak ramai orang berkunjung ke sini. Mungkin tak ramai yang tahu. So posing sikit (tapi bukan posing ala Hindustan)
Gambar ihsan Instagram/weweynei
Perkampungan "drawfs"

Hari dah petang, nak tak nak kena pulang ke Kuala Lumpur. Tak puas rasanya berjalan di Cameron Highlands. Ktorg balik ikut jalan ke Tapah. Jalan lama and berliku-liku. Nasib baik siang. Fuhhh semangat juga lah. Then before shoot KL singgah RnR Tapah makan nasi ayam. Sampai KL terbungkang. Mentally and physically tired but enjoy. Anyway esok 8th April 2014. Tarikh keramat sempena sebulan pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang. Sama-sama kita berdoa semoga misi pencarian pesawat dipermudahkan. Aameen.




DAAaa.. ^_^

Wednesday, April 2, 2014

Dunia Berputar atau VERTIGO!

Keadaan paling kritikal untuk Wani sekarang. Hectic dengan nak catch up ilmu tentang Primavera P6 (software periuk nasi seorang planner) and also assignment. Tapi banyaknya Wani beratkan ke arah assignment. Maybe terlalu focus on the literature study, case study and so on. Sometimes Wani rasa pening. Pening semacam tapi bukan migraine. Korang pernah tak bangun tiba-tiba and suddenly rasa berpusing? Haaa.. Wani rasa lebih kurang macam tu lah and sampai satu tahap when Wani berhenti kat traffic light and dah tarik handbreak dah pon tapi tiba-tiba rasa kereta bergerak. Kerap sangat and in one day tiga empat kali it happen to me. And semalam Wani seek for the doctor.

Situasi di dalam bilik doktor

Doktor
:
Nurhazwani.. Sila duduk.
Wani
:
Ya saya (sambil duduk atas kerusi sebelah meja doktor).
Doktor
:
Ada apa yang saya boleh bantu?
Wani
:
Saya rasa macam demam nak datang semula. Pening semacam jer.
Doktor
:
Erm..let me check the record (sambil scroll kat komputer). Awak dah buat xray and cough test dengan Dr. Ashikin kan? So how was it?
Wani
:
Result normal dokte. Tapi tak tahu lah saya kenapa tak nak sembuh. Habis jer ubat, demam datang balik. Lagi satu kan dokte, kenapa saya selalu pening ea?
Doktor
:
Pening macam mana tu?
Wani
:
Selalu rasa pening. Berpusing. Kat traffic light when berhenti dah Tarik handbreak pon tiba-tiba rasa macam kereta bergerak. Pelik lah dokte.
Doktor
:
Keadaan awak kita panggil as vertigo. (Wani blur kejap. Mula lah macam-macam fikir dalam      kepala. Serious ke penyakit ni? Doctor continue his explanation while I’m listen to it carefully)                
Vertigo ini terjadi mungkin disebabkan kandungan cecair dalam telinga tak stabil. Saluran telinga kan dalam bentuk membulat (sambil buat pusingan guna jari telunjuk)

Wani imagine macam ni
Pusing pusing pusing macm gula-gula lolipop!!


Sorry Wani tak belajar biology SPM dulu so macam ni la kot. Hehe.
Doctor continues his explanation. 

"..Dalam saluran telinga ada rerambut and cecair akan bergerak di dalam saluran tersebut. Bila cecair tu terkena rerambut tapi kandungannya tak balance, keadaan itu akan buat awak rasa berpusing.."

Then Wani imagine mungkin macam ni. Hikhikhik.


Gambar sekadar imaginasi Wani jer tau


Dah habis consultation, doktor bagi ubat ni kat Wani. 
Ubat ni kena ambil BEFORE makan tapi Wani 
selalu 'ter'makan dulu. ngeh!

Consume sampai habis. If dah habis tapi still tak sembuh, beli lagi ubat ni makan sampai hilang. Hurm makan ubat lagi   -_-“
Wani ada google beberapa website and blog antaranya dari Metro, Kosmo and blog. Makanan macam ni patut dielakkan. Korang boleh click the link for further information. Doakan Wani cepat sembuh ya.




DAAaa.. ^_^

Sunday, March 30, 2014

Backpack Thriller – Cameron Highlands #Part 2

Woah! Penatnya semalam. Mata masih mengantuk lagi tapi sebab nak kejar masa ku gagahkan jua untuk menaip. Untuk makluman korang, Wani berpindah tempat kediaman (ayat Bahasa Melayu sangat!) from Subang Impian to Seksyen 7, Shah Alam. Maka mengangkutlah barang-barang Wani satu bilik ke sana ← angkut barang waktu malam sebab maluuu. Nasib baik Ain sampai awal from Melaka. Dia la penyelamat Wani tolong angkat wardrobe, kerusi and meja study, luggage, baju, kotak-kotak kasut and macam-macam lagi. Sebab Wani pindah? Jeng jeng jeng.. Gua dapat kerja baru bro! Alhamdulillaah. Tapi lain bidang sikit lah dari apa yang Wani buat sekarang. Tak apalah for gaining experience kan and better offer juga (kachinggg ← bunyi duit). Nak beli BMW 3 Series katanya ← berangan tak sudah! Tapi tak salah kan simpan angan-angan. Dari angan-angan lah menjadi kenyataan. LOL.

Berbalik kepada tajuk kita hari ini, Wani nak sambung cerita pasal "Backpack Thriller - Cameron Highlands #Part 1". Agak lama tertangguh. Hehehe. To those who missed the story, you can click the link.

Sambungan Episod Satu! ← Tona suara macam cerita Upin&Ipin

Lepas kami berlari ke kereta dalam hujan lebat tu, nak dijadikan cerita, when tutup jer pintu kereta rapat-rapat, hujan pon berhenti. Walawei! ”..Alhamdulillah. Ada chance nak posing Hindustan. Yeah!!“ Wani dalam hati. ← tak habis-habis.

Then next destination, kami pergi ke Taman Rama-rama. Tak jauh pon dari Pasar Siang Brinchang. Ambil jalan menghala ke Gopeng semula. Kira pusing balik la. Well, from our hotel to Pasar Brinchang pon dah memang pusing balik dah pon kan. Hahaha. Itulah, unplanned, memang huru-hara jadinya. Tiket masuk ke Taman Rama-rama berharga RM5/person. Dalam taman tersebut, terdapat satu kawasan khas berjaring (macam bilik) yang menempatkan rama-rama ← nak elak rama-rama terbang bebas pastu lesap entah ke mana. Tak banyak sangat rama-rama time Wani pergi tu. Sedih (mulut muncung itik). Tapi boleh la tengok spesis rama-rama pelbagai warna. Cantik! Siap hinggap kat jari Wani lagi. Manja tau!

Gambar ihsan Instagram/weweynei
Hinggap juga rama-rama kat jari after penat kejar

Selain rama-rama, ada juga dipamerkan pelbagai spesis serangga yang jarang ditemui di rumah. Kebanyakan serangga ini hidup meliar di dalam hutan. Ada juga reptilia seperti katak daripada sekecil duit syiling 10 sen sampai laaa sebesar dua belah tapak tangan Wani! Pelbagai jenis, bentuk, saiz dan warna. Terdapat juga kura-kura dan ular. Kawasan ular dalam aquarium tu memang tak dapat nak tolong. Surrender awal. Wani tak boleh tengok silap haribulan pengsan! Farhan jer yang excited melayan ular-ular melingkar tu. Daripada tengok ciptaan Allah yang satu tu, baik Wani layan squirrels and arnab yang comel-comel tu. Geram nak peluk sebab gemuk and their fur kembang semangkuk. Di sini juga ada pelgai spesis kaktus yang ditanam sebagai landscape. Pandai tuan tanah decorate. Owh anyway Wani and Farhan tak singgah pon di Cactus Farm yang femes tu sebab sesak and bukan tujuan utama ke Cameron Highlands.

Dah puas berjalan dalam Butterfly Farm, kami berpatah balik ke Brinchang menuju ke Tanah Rata. Next activity, strawberry plucking! We guys pergi ke satu kawasan baru. If korang recognize, ada satu kawasan perumahan with Europe architecture kat bahagian kanan atas bukit. Boleh nampak dari jalan utama. Korang boleh singgah at that residential area to take a look of the architecture. Setiap rumah berbeza reka bentuk, warna dan saiz. Di bahagian belakang kawasan perumahan tersebut ada ladang strawberry. Tapi baby-baby lagi. Kecil and tak berapa menarik perhatian Wani.

Disebabkan alasan tersebut, kami beralih ke kawasan seterusnya. Wani nak juga petik strawberry dengan tangan sendiri. Then Farhan bawa ke kawasan homestay yang popular di Cameron Highlands (untung ada driver kan? Cakap jer ke mana nak pergi. Mesti dapat. Hahaha ← gelak jahat). Homestay-homestay di sini ada private strawberry farm. So ada chance lah nak pluck strawberry. Homestay terkenal di sini is “Opah Strawberry Farm”. Tapi Wani and Farhan tak singgah situ. Kami lepak kat farm sebelah “Opah Strawberry Farm” sebab tak ramai and for sure there are seats for us to sit sambil makan strawberry ice cream. Tapi when masuk ke strawberry farm, makcik tu cakap 

‘’..Strawberry tinggal yang muda-muda jer dik, yang besar semua dah dipetik pagi tadi..” ← time tu dah almost 4.00pm tapi weather macam bru pukul 11 pagi. Sejuk and redup (baru lepas hujan). Memang tak ada rezeki Wani nak petik sendiri strawberry or nak suruh Wani datang lagi? Hurm.

After finish indulging the strawberry ice cream and baked macaroni, kami menuju ke next destination iaitu “Cameron Bharat Tea Valley” ← sebab tak jumpa/terlepas tempat shooting Ombak Rindu. Anyway kat sini pon cantik juga pemandangan ladang the plus topografi tanah yang berbukit. Hijau! Hilang stress kota!

Gambar ihsan Instagram/weweynei
Sempat posing sambil minum teh background tea estate


Gambar ihsan Widelense
Ladang teh Cameron Bharat Tea Valley
Sila 'click' gambar untuk pemandangan lebih jelas

Nak tengok Wani posing Hindustan kat ladang teh? Boleh click Backpack Thriller - Cameron Highlands #Part 3. Sorry badan letih and tak cukup tidur. Sel-sel otak tak berhubung hari ini. Idea nak menaip sengkek.





DAAaa.. ^_^



Thursday, March 27, 2014

Pelajar Hebat

After more than 20 days plus plus plus plus plus plusssss…baru dapat jengok ke blog semula. Maaf la ye, I am busy doing nothing. Hahaha. Tak ada lah, Wani tengah struggling siapkan assignment. Kejar submission date. Biasalah, bukan student la if tak buat assignment last minutes kan? Korang pon mesti pernah kan?

Cuba ingat balik. Time lecturer mula-mula sekali bagi task. Semangat berkobar-kobar tahap Gunung Kinabalu tingginya. Konon-kononya habis kelas, balik rumah terus nak buat. Siapkan saaaampai habis sebab lepas ni mesti ada lagi task yang lecturer nak bagi lagi. Mesti korang akan fikir macam tu punya lah. Kan..kan..kan? korang jangan tipu okay. Wani tahu semua tu. Hahaha (sambil goyang jari telunjuk kiri kanan kiri kanan)

Gambar ihsan Instagram/weweynei
Taking off yang tak sudah-sudah walaupun bukan seorang QS

Tapi when sampai kat rumah, cerita lain pula jadinya. First-first masuk rumah nampak apa? Ruang tamu kan? Kat ruang tamu ada apa? TV betul? Haaa..

Pitstop pertama : “.. Duduk kejap lah layan tv. Dah lama tak tengok tv ni sampai habuk tebal seinci dah. Apa drama baru ea?.. ” sambil picit-picit remote control tengok kiri kanan. Ruang tamu dekat dengan dapur betul?

Pitstop kedua : “.. Erm lapar la pulak perut ni. Tadi nak beli kat cafĂ© beratur panjang sangat. Diorg masak apa harini?.. “ jalan menuju ke dapur bukak periuk. “.. Wuah!! Ayam masak asam pedas!! “ ← Ain and Faezah selalu masak menu ni. Orang Melaka memang pandai masak asam pedas. Terbaikkk!! Apa lagi, makan sampai perut buncit lah. Dah makan lepas tu kenyang kan? Lepas kenyang, rasa mengantukkan? Bila mengantuk apa jadi? Nak tidur kan? When nak tidur kita pergi mana? Mestilah bilik kan? Hehehe.

Pitstop ketiga : Burppp!! ← sendawa keluar bau asam pedas. Jalan semula ke living hall, ambil beg and segala mak nenek bawak balik dari kelas tadi, naik ke bilik. Buka pintu bilik, ada satu bau semacam saja kan? Bau yang akan menarik-narik kita untuk landing atas tilam. Betul? (setiap bilik mesti ada baunya tersendiri lah. Suatu bau yang macam feeeeellll sangat kan..kan..kan??) Tambah pula pagi tadi keluar bilik tak buka curtain. Cahaya sayup-sayup jer kat dalam bilik. Memang mood tidur meningkat drastic sampai Gunung Everest. Lepas letak beg kat study table, terus henyak badan ke tilam (hempas badan gaya macam nak buat bungee jump). Ini memang best! When badan jatuh saja atas tilam, tilam akan bouncing naik turun naik turun. Macam tengah kena dodoi bro!! Layan habis. Kekeke.

Menurut kajian yang telah dibuat (tak tau kat mana entah Wani terbaca) manusia hanya mengambil masa tujuh (7) minit sahaja untuk lena selepas mereka melabuhkan badan ke atas tempat tidur.

In my situation, memang tak sempat sampai tujuh minit Wani dah sampai kat Hong Kong Disneyland. Hahaha. Mana semangat berkobar-kobar nak buat assignment tinggi Gunung Kinabalu tadi? Mana? Mana? Semangat tu akan datang semula bila tinggal tiga hari sahaja lagi nak sampai submission due date kan..kan..kan? Hhaaaa.. Baik korang angguk. Hahaha. Standard student la kan, baru stylo milo neslo. Sep sikit! (buat gaya high five). Lepas submit and present, qada’ tidur lagi sehari sebab malam before submit kena stay up. If submission on Sunday, maka tiadalah Monday blues sebab automatically korang akan pergi klinik ambil MC on that Monday, balik klinik sambung tidur kan..kan..kan? ← senyum gigi sebaris.

Ohh by the way before Wani lupa, last week Wani pergi tracking and hiking. Uji stamina bro. Lama tak buat activity ni. Last skali masa sekolah menengah naik Gunung Jerai. Kat mana lokasi? Pernah dengar Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong tak? Cuba google. Nanti Wani update tapi tak tahu bila masanya nak menaip lagi. Bhahaha. Tapi bro, tempat tu wa cakap lu, terbaik bro! Memang best! Balik rumah tiga hari jalan macam penguin. Ekekeke.


Backpack Thriller - Cameron Highlands #Part 2 sudah di'update'. Jangan marah. Lol! :D






DAAaa.. ^_^

Wednesday, March 5, 2014

Backpack Thriller – Cameron Highlands #Part 1

Harini Wani demam. Meleleh-leleh air hidung (Yek!! Itu pun nak bagitahu ke??) Ambil toilet tissue kat pantry..lap.. ← sadisss

Semua orang tahu yang Wani suka tulis caption panjang-panjang kat Instagram (ehem..ada orang tegur okay). Wani akan describe se”detail” mungkin sampai kadang-kadang tu kena scroll ke bawah dua tiga kali, baru habis (walhal gambarnya satu saja ← kedekut gamaknya..hehe). Masalah betulkan? Blog malas nak update, Instagram pon jeling-jeling je)

Oleh kerana followers kat Instagram dapat notice pasal ‘karangan’ Cikgu Wani and travelling activities yang selalu Wani pergi, suatu hari Ain, (merangkap housemate, merangkap pool car member merangkap personal advisor merangkap bla..bla..bla..) bersuara,

“..Why not Wani active balik blogging. Cerita pasal experience Wani pergi jalan-jalan. Boleh share dengan people out there..” kata Ain. ← buku cerita sangat. Tapi betul okay memang Ain cakap macam tu. Hhee (sengeh gigi sebaris)

Mula-mula malas sangat. Ya lah, dah kerja kan? Plus dah start further study. Bertambah commitment. Mana lah nak ada masa untuk semua tu.  Tapi when rethink about this, best juga idea Ain tu daripada Wani taip tak tentu hala. Besides, Wani nak travel mana-mana pun Wani akan do the same thing (baca blog and get as much information). So dalam hidup ni perlu ada sikap and sifat “give and take”. Tak boleh kedekut. Tak baik nanti Tuhan marah ← bukan menipu je tau.

First backpacking (kira start semula lah ni) tahun lepas bulan May tak salah. First nak minta maaf kat Ain sebab tipu. Time tu belum bersedia nak announce perhubungan terlarang Wani and partner. Destination - Cameron Highlands. Ini backpack berani mati punya. Tak digalakkan untuk buat. Sebab apa, cerita dia macam ni;

Weekend tu, Wani lepak dengan classmate UiTM kat Seksyen 7, Shah Alam. Niat nak bermalam kat sana lah, then esoknya balik semula ke rumah Wani. Tengah-tengah lepak kat Pakli Kopitiam dengan Farah, Effy, Farahan, Erry and sorang lagi Wani tak kenal sebab bukan classmate (gila kerek..kenal budak-budak kelas je. Kelas sebelah tak kenal) ← Orang yang betul-betul kenal Wani saja tahu who I am; sambil tunggu Nasi Goreng Ayam Lemon sampai, Wani pun men”whatsapp” Farhan (merangkap soulmate ← hek eleh cakap je la boyfriend kan senang..haha *facepalm) Wani info Farhan yang Wani lepak kat Seksyen 7 then he said,

“..Okay..malam sikit boleh la keluar..” ← cakap je la nak dating-mating.huh -_-“

Gambar ihsan Instagram/weweynei
From left: Effy, Farah, Farahan, Tak kenal, Erry

Bab makan kat Pakli Kopitiam selesai. Balik rumah Farah, mandi, sembahyang then tunggu Farhan pick up. (banyak betul orang sekeliling nama “gembira”; Farah, Farahan, Farhan and adik Wani pun nama Farah juga. Don’t get confused). Before that Wani text Farhan suruh bawak baju spare sebab kami memang unpredictable boleh je jalan-jalan round satu KL and Selangor balik pukul 3-4 pagi then esok pergi kerja. Apa kaitan dengan bawak baju spare? Sebabnya haritu weekend so kebarangkalian untuk balik pukul 3-4 pagi adalah tipis dan destinasinya mungkin lebih jauh.

And yes memang betul! After round KL siap transit kat Wangsamaju makan Burger Bakar Kaw-Kaw bawah pokok tu, kami terus shoot ke Cameron Highlands. Tengah-tengah malam. Eh! Dah lepas pukul 12 malam so our journey started early in the morning. Perjalanan lebih kurang empat jam setengah. Ambil Exit 137 – Simpang Pulai-Batu Gajah. Ikut jalan baru sebab lebih landai dan tak banyak selekoh. Driving waktu pagi memang lah, plus both of us kerja during day tak rest langsung (yes kerja hari Sabtu. Construction kan. What to do). Wani dah mengantuk tahap maksimum dah. Pandangan kabur walaupun mata celik. Tapi cuba juga borak dengan Farhan takut-takut nanti dia terlelap. Memang gigih la kami ni. Dah la sejuk, kabus tebal, dengan tak dapat signal radio lagi ← krik krik krik (bunyi cengkerik)

Gambar ihsan Instagram/weweynei
Exit baru untuk ke Cameron Highlands dah siap. 
Rindu UiTM Seri Iskandar tiba-tiba.

Around 4.30am kami sampai ke Cameron Highlands (fuh..finally!!). Then satu masalah timbul which is “..cari HOTEL!!” Dari Tanah Rata sampai Brinchang pusing dua tiga kali semua hotel fully booked! (over budget) ← datang weekend siapa suruh? Hurmm pasrah. Dalam hati Wani dah fikir, park kereta kat petrol station then tidur (I don’t mind). At last terpaksa juga la ambil bilik yang berapa ratus ntah ← Farhan bayar semua sebab dia tak nak tidur dalam kereta. Hurm orang senang (annoying sikit lah time ni)

*Moral of the story jangan backpack kat tempat famous without proper plan.

Esoknya lepas pukul satu jugak la, Wani siap boleh tengok Melodi kat TV3 lagi sebab tunggu Farhan (lelaki mananya nak bangun awal especially cuti ←plus weather sejuk memang layanlah) Then Wani dah bising lapar bagai dah. Memang jenis perut tak boleh tahan lapar. After check out ← wuah!! Hati gumbira tak terkata sebab nak petik daun teh and posing ala-ala Hindustan kat ladang teh tu nanti. First plannya nak pergi breakfast plus lunch sekali (matahari dah tinggi tapi still sejuk, kan best if kat KL pon macam ni). Okay set, Farhan suggest pergi kat Pasar Brinchang. I followwww wweeee..

On the way naik ke sana jalan pulak jem!! Hoi la. Perut dah tahap memekik dah ni. ← Sadis okay time ni. If kat rumah bangun-bangun dah ada breakfast and air Milo sejug atas meja. Cari-cari dalam handbag ada apple sebiji ← tak tau bila punya but condition still okay. Share la kami dua orang ← part ni sweet sebab Farhan pakai braces so dia tak boleh gigit buah tu sebijik-sebijik. Wani la yang “cut into pieces” - guna natural knife, my teeth (lantak la..tak nak sudah) But he was cool. Makan je.

Sejam jugak la dalam kereta, baru sampai ke Pasar Siang Brinchang. Park kereta then celapak kami ke gerai-gerai kat situ. Beli nuggets, cendawan celup tepung, frankfurter, strawberry (wajib beli okay!!) 5 boxes, chocolate cair (nak celup dengan strawberry) and air. Banyak okay!! Macam lima orang nak makan ← tahap kebulur. Tak ingat beli air apa sebab kononnya nak minum teh Cameron kat tempat shooting Ombak Rindu tu. Kerlas kau Jijah. Hehe. Dah beli semua makanan then on the way back ke kereta hujan lebat turun tiba-tiba. Ya Tuhan memang dah macam dalam filem Hindustan (tak sempat nak guling-guling kat ladang teh pun lagi). Dalam hati ni “..Jauh lagi weyh nak sampai kat kereta! Lari selaju mungkin. Nak beli payung memang tak mungkin lah sebab semuanya corak strawberry. Imagine Wani and Farhan bawah satu payung STRAWBERRY dalam hujan. Hahaha. Boleh pecah perut!!

Banyak lagi cerita thriller tapi have to be continued dalam Backpack Thriller - Cameron Highlands #Part 2




DAAaa.. ^_^