Nuffnang Ads

Sunday, April 27, 2014

Mabul, Syurga Dunia #Part 4

Final entry untuk Mabul, sedih rasanya. Tak puas bercuti di sana. Repeat mungkin entah bila. Wani dapat tahu James dan Budak sudah tidak bekerja dengan Uncle Chang lagi. Sisal dan Lee mungkin masih di sana. Wani tak ada Facebook untuk berhubung dengan mereka. Hanya dengar khabar dari Ain dan Eija. InshaAllah ada jodoh kita ketemu kembali.

Sambungan dari Mabul, Syurga Dunia #Part 3 ¬ Click link to read :)

Selesai makan malam, kami mulakan langkah dengan berjalan di persisiran pantai. Budak, Lee dan Sisal menemani kami. Keriuhan mereka bertiga sangat menghiburkan. Dalam hati Wani, "..alangkah bahagianya hidup seperti mereka, tak perlu fikir masalah-masalah seperti Wani. Agak-agak stress, terjun ke laut. Tenang.." Mereka bertiga merupakan staff Uncle Chang yang sangat happening and menceriakan pelancong-pelancong di Chalet Uncle Chang (banyak kali dah promote, agak-agak bila boleh bagi free package? haha). Begitu juga dengan James. Tapi James ni agak berumur so tak geng sangat la. Haha.

Untung Wani, Ain dan Eija berkepit dengan dorang time snorkeling tadi. So dapat la berjalan-jalan mengelilingi satu pulau free. Mereka membawa kami singgah di chalet-chalet yang ada di tepian pulau. Antaranya Sipadan Water Village. Di sini kami boleh lihat ikan-ikan di laut tanpa perlu snorkeling. Pembukaan, kami disambut oleh sekumpulan ikan bilis. Sebenarnya warna ikan bilis adalah biru sewaktu hidup di dalam air tetapi bertukar putih apabila keluar dari air laut. And sewaktu di dalam Sipadan Water Village, kami dapat lihat ikan pari, dragon fish and macam-macam lagi tanpa perlu snorkeling.

Sekumpulan ikan bilis menyambut kedatangan. Naik geli 
tengok. Banyak sangat!

Antara hidupan yang dapat di lihat
Dari kiri: Sisal, Lee and Budak
Wani belum ready lah!
Bergambar kenangan bersama. Takder tripod, takder monopod, takder pole. Lee jadi tukang ambil
gambar. Nak suruh staff kat situ kerek semacam jer. Ain tengah buat apa tu? Haha :D
Then berjalan lagi sampai la ke Sipadan Mabul Resort - tempat kami snorkeling petang tadi. Cantik bai! Memang betul-betul private lah. Kat sini Budak cerita pasal hantu and nenek moyang dorang, nanti laluan nak balik kena lalu kubur lah.. bla.. bla.. bla.. Terus bangun nak balik. Terpaksa juga lalu kubur sebab Budak cakap nanti kalau jumpa apa-apa dia akan minta tolong nenek moyang dia jaga. On the way balik, kami melalui perkampungan dorang. Rumah kecil-kecil and comel-comel. Rata-rata penduduk menjalankan aktiviti peruncitan. Ramai kanak-kanak masih leka bermain tanpa sebarang gangguan. Tak perlu risau keselamatan mereka. Tiada jenayah seperti di semenanjung. (Pasal lalu kubur tu, Wani dah balik semenanjung baru dapat tau lokasi kat mana and memang kami melalui kawasan tersebut. And baru Wani teringat ada satu tempat tu dorang bertiga diam tak bercakap meaning, tengah berjalan di kawasan perkuburan!). Singgah kat satu kedai, beli ABC. Ingatkan macam kat semenanjung. Wani dah terbayang cendol, jagung, kacang and isi-isi yang biasa ada dalam ABC tu. Seronok lah sekejap. But when tukang kedai tu datang, dia hidangkan kami sirap bandung. Pelik kejap. Actually, it's their ABC. Haha. Terkena! Harga satu cawan RM 1. Minum sampai perut kembung. Then balik ke chalet. Tidur. Ada bunyi something malam tu yang agak mengganggu tidur. Nak tahu, kena tunggu Wani beli iPhone 6 dulu. Hehe.

Bangun pagi, kemas barang nak check-out. Berat rasanya nak meninggalkan Mabul. Baju lipat slow-slow. Mandi pon lambat-lambat. Tapi bila fikirkan kena balik naik flight, gagah juga repacking. If naik bas, mahu minta unpaid leave ni. Haha. 


View pagi. Bot menanti untuk pulang ke Semporna
Click gambar untuk view lebih jelas
Selamat tinggal Mabul. Sehingga berjumpa lagi
Sampai Semporna, beli souvenir sikit (keychain and fridge magnet jer pon) then Din hantar semula ke airport. Flight pukul 2:00 petang, pukul 1:30 boleh order nasi goreng kat cafe lagi. Hebat kan? Dalam flight memang membuta (and takder orang berani nak snap picture Wani tidur lagi hehe). Letih tapi seronok, enjoy. Dah sampai LCCT, semua diam tak bersuara sebab terpaksa balik ke kehidupan nyata. 

Mabul - Pulau yang cukup indah, menyimpan berjuta kenangan, mengajar erti kehidupan, makna sebuah persahabatan. Memori yang takkan dilupakan sampai bila-bila.




DAAaa.. ^_^ 

Thursday, April 24, 2014

Mabul, Syurga Dunia #Part 3

Feeling-feeling nak pergi pulau lagi. That's why rajin jer bercerita pasal experience di Mabul. Amboi rancaknya berjalan. Haha. Tumpang tengah free. After start kerja baru kena 'puasa' enam bulan ← during probation tak boleh ambil cuti -_-". Okay hilang mood sekejap. Tapikan, confirm nanti ada selit-selit juga. Haha.

Sambungan dari Mabul, Syurga Dunia #Part 2.

Balik dari pantai, siap-siap mandi and buat apa yang patut, then pergi dinner. Makanan macam "..eleh, bayar mahal-mahal tapi macam ni jer??". Tapi after dah makan, rasa macam nak tambah lagi! Makan sampai kenyang. Aktiviti malam tu just ambil angin laut depan chalet kami. Tengah syok borak dengan Ain kat bench depan bilik (Eija dah masuk - bergayut) tiba-tiba ada la penghuni chalet sebelah datang menyapa, standard la kan. Cerita pasal experience kat Mabul. Tapi makcik ni over cakap Mabul tak cantik la, kotor la, bla..bla..bla.. ← ada lagi yang tak berapa nak elok yang membuatkan kami rasa annoying sangat. Dalam hati Wani "..lantaklah, cantik ke tak cantik  ke aku peduli apa, janji apa yang aku google tak pernah mengecewakan!". Ain bijak mengundur diri and tinggal la Wani melayan makcik tu berseorangan. Last sekali terpaksa kurang ajar sikit lah. Buat derk jer apa yang dia cakap. Dah tak dilayan, maka makcik tu pon berlalu pergi. Ketenangan kembali. Sungguh! Angin laut, bunyi desiran ombak, diterangi cahaya bulan sayup-sayup, sesekali dengar bunyi enjin bot dari kejauhan. Perghhh! Rindu Mabul like crazy!

Pagi esok seawal 5:00 pagi dah bangun ← dah subuh gajah dah kat Sabah ni! Bhaha. Sementara nak sesuaikan diri. Solat then tidur semula. Letih semalam masih belum recover sepenuhnya. Pukul 8:00 pagi siapkan diri then go for breakfast. Makanan sedap. Nak tambah lagi tapi takut tenggelam pula time berenang nanti. Haha. If tak salah menu pagi tu mee sanggul. Lepas makan terus ke bot untuk aktiviti snorkeling di perairan Pulau Mabul.
On the way untuk aktiviti snorkeling. Posing poyo jer walhal tak
dengar pon instruction dari James - diving instructor

Kat belakang Wani tu Eija, ditemani Budak - instructor (pakai topi Santa) and Lee (rambut blond). Eija and Ain asyik berkepit jer dengan dorang tak lepas-lepas. Tengok Wani ha. Independent. Tak perlu guide pon. Pandai berenang sorang-sorang okay! Tapi pakai life jacket juga. Bhaha.

Gaya mesti ada beb! kuak kupu-kupu
Budak dive ke dasar and pick up starfishes for us. Satu warna
biru (kat tangan Eija), satu lagi warna oren
Wani just sentuh jer starfish ni sebab takut when pegang dia melekat
kat tangan. Haha. Walhal tak pon. Keras macam batu
Muka dah start MERAH! Apsal Wani duduk macam tu eh? (feeling-feling nak kahwin. Hiks)
After more than one hour spending time kat Pulau Mabul kami pulang semula ke Chalet Uncle Chang. Experience of snorkeling tak dapat digambarkan. Best GILERRR! Cantiknya Subhanallah! Tengok dalam gambar kat atas pon dah tau macam manakan? Jealous tak? Hehe. Air jernih menghijau, ikan warna-warni, terumbu karang, landak laut, ish nak ulang lagi, ikan warna-warni, ikan warna-warni, IKAN WARNA-WARNI!!! Pelbagai spesis IKAN WARNA-WARNI (okay, annoying) bebas berenang. Tak dapat nak cerita. Better book Uncle Chang cepat!

Balik ke chalet, makan-makan sikit. Discuss dengan Ain and Eija either nak pergi ke Pulau Kapalai ke tak. Green light yeah! Nak ke Pulau Kapalai ada additional cost. Dah alang-alang datang, kami sebat jer. Ambil purse, pergi kaunter then terus bayar. Anyway, google untuk snorkeling kena sewa (total cost still under RM 500) and tak payah gedik sangat lah nak sewa fin bagai. Bukan nak diving pon kan. Huhu. Then bergeraklah kami ke Pulau Kapalai.
This is Kapalai!
Pulau Kapalai merupakan pulau persendirian. Harga penginapan untuk satu malam boleh mencecah ribuan ringgit. Corals kat sini memang terbaik. Waktu berenang kena hati-hati takut luka atau gatal bila kulit tersentuh dengannya. Kaki kite luke kene karang T_T ← kesian la pleaseee. Huhu. Ikan lagi banyak! Cantik warna-warni, LAGI WARNA-WARNI! 
'Blusher' semulajadi. Panas weyh!
Lama juga berenang menikmati keindahan laut di sini. Balik semula ke chalet untuk lunch. Lepas lunch rehat sekejap then sambung snorkeling lagi kat perairan Pulau Mabul. Tapi bukan kat tempat tadi. Oh lupa nak bagitahu. Makcik malam tadi pon join kami ke Kapalai. Terngiang di telinga Wani apa yang dia cakap semalam "..Mabul tak canti, nak pergi snorkeling guna private bot.. bla.. bla.. bla.." Ergh! Annoying. Just nak pesan to all of you, jangan cakap sombong kat tempat orang sebab kita tak ada apa-apa kat sini. If tempat sendiri boleh juga start engine lari sembunyi malu. Huh.

Petang seperti yang dijanjikan, kami dibawa pula ke satu lagi perairan di sekitar Pulau Mabul. Private beach! Kat sini corals tak banyak sebab laut dalam. Tapi masih boleh nampak beberapa terumbu tiruan yang ditenggelamkan dalam laut. Ikan bersaiz besar berkumpulan. Air sedikit keruh but still tak mengecewakan. Tak snap gambar berenang sebab boat berhenti agak jauh and boleh kurus swimming dari boat ke tempat snorkeling and return. Private beach lah katakan. Huhu. On the way balik kami dapat lihat perkampungan Bajau Laut yang hidup di dalam bot. Kesian pula. Rasa bersyukur dengan kehidupan sekarang ni. Tapi Tuhan  Maha Adil. Walaupun tak diberikan kesenangan harta benda tapi mereka hidup dalam 'kesenangan' yang lain. Laut tuuu. Jealous! 
Rumah bot
And kami dapat lihat penyu-penyu berenang juga. Comel siot! Dah sampai ke chalet, Budak, Lee and Sisal mempelawa kami untuk menikmati environment malam di Pulau Mabul. Dorang bawa kami mengelilingi pulau dengan private bot. Okay set! Balik bilik, mandi and tunggu after dinner. Yeehaa!
Sunset view. Gambar sedikit kabur, terpaksa di'compress'kan. If tak compress lagi cantik!
Click gambar untuk view yang lebih jelas
Malam tu kami disajikan dengan nasi putih berlaukkan ikan masak lada sweet-sweet. Ada buah and sayur juga rasanya. Tak ingat. Makan sampai kenyang lagi. Siap makan, Budak, Lee and Sisal tunjuk signal "..jom gerak.." ke arah kami ← faham okay signal dorang. Haha. So bergeraklah kami berenam ke persisiran pantai untuk naik private bot mengelilingi pulau. Nak to be continued in Mabul, Syurga Dunia #Part 4 boleh? Sakit jari kite menaip ni ha. Haha.




DAAaa.. ^_^

Mabul, Syurga Dunia #Part 2

Wani tengah planning dengan kawan-kawan when I was studied in UiTM, Seri Iskandar untuk mengulangi aktiviti tahunan ber'BBQ' kami. Last year senang, dorang arrange, cukup time Wani sampai. Tak involve in any preparation pon. Bhaha. Sorry guys time tu memang busy handing over kerja ← tukar kerja lagi. Hehe. This year macam susah sikit sebab masing-masing dah habis study and dah kerja. Tempat kerja pula ada yang luar dari Klang Valley. Hopefully jadilah walaupun hakikatnya tak semua yang dapat join. Lokasi BBQ bukan di Shah Alam seperti tahun lepas dan juga bukan di Klang Valley. Nak tahu di mana? Tunggu.

Enough for intro. Kita sambung cerita Mabul, Syurga Dunia #Part 1 ← boleh 'click' link untuk sesiapa yang terlepas.

Sesampainya di Tawau Airport, ketibaan kami sudah ditunggu oleh staff Uncle Chang. Cost transportation ke Semporna termasuk sekali dengan package yang kami book tempoh hari. Nak emphasize lagi sekali total cost dekat Uncle Chang less than RM 500/person for 3D2N. Before bergerak ke Semporna or lebih tepat still dalam flight tapi flight dah berhenti sesi tangkap gambar dimulakan. Tapi yang tinggal hanyalah gambar airport jer. Yang lain entah ke mana dah delete menyemak memori sebab tak cantik.

Lapangan Terbang Tawau. Kecil jer macam Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim juga
Nasib baik ada juga gambar ni. Berangan nak posing habis ber'background'kan tulisan TAWAU tu tapi hampeh. Staff AirAsia (perempuan) dah menjerit-jerit siap tiup wisel lagi suruh masuk ke arrival hall. Chill la babe, bukan selalu datang ← pihak airport mohon pertimbangan. Lagipun kapal terbang yang kitorg naik tu jer the only flight yang ada time tu. Hurm. Biarkanlah hal tadi tu. Then check-out kat counter. Situasi macam nak check-in or check-out ke obersi. For domestic travel (Malaysian) tunjukkan IC then nanti officer akan bagi sekeping kertas kecil sebagai passport untuk stay di Sabah valid selama 90 hari. Jangan hilangkan! Sebab nanti nak balik dorang akan minta semula. Keluar dari airport, sesi suai kenal dengan staff Uncle Chang bermula. Namanya Din, baik, banyak kongsi info tentang Sabah, tempat-tempat menarik yang dia pernah diving and story Shamsul Yusoff nak kahwin dengan Siti Sara. Sepanjang perjalanan memang takder mood nak ambil gambar sebab nak menikmati kehijauan pokok-pokok di kiri and kanan jalan, ladang kelapa sawit and perkampungan masyarakat Tawau. Cantik, tenang, tak jem walaupun jalan raya reserve untuk satu kereta sahaja and takder traffic light. Perjalanan ke Semporna mengambil masa satu jam dengan menaiki kereta. 

Dah sampai Semporna check in kat office Uncle Chang. Pastu kena tunggu boat pukul 2:30 petang. Sementara menunggu kami pergi makan dulu kat restoran hujung jeti. Restoran atas air boleh nampak ikan berenang-renang kat bawah. Air jenih siot!
Pintu masuk ke restoran, jalan terus sampai lepas kedai cenderahati
then belok kanan. Pelayan pakai tudung tapi ada jual beer
If tak nak stay di Mabul, di Semporna juga ada chalet untuk disewa
Sesi meng'update' status di laman sosial. Balas dendam snap gambar candid dorang
Hahahahaha. Eija! Ain! Wani letak gambar ni! Buekkk! Pukul 2:30 petang boat dah nak gerak. Service Uncle Chang setakat ni tiptop. Masa tepat, nice and friendly customer service. Semua info di'update' dengan teliti and bagus. Perjalanan ke Pulau Mabul mengambil masa lebih kurang satu jam dengan menaik speed boat.

Tengah-tengah syok layan angin laut, tiba-tiba bot berhenti. Tekejut den! Panic sekejap. Rupanya pemandu bot berhenti kat tempat penternakan rumpai laut ternak ke? Banyak lah botol-botol kosong terapung. Ingatkan sampah. Haha. Bot berhenti selama lebih kurang lima minit. Dapat juga melihat masyarakat Bajau Laut yang menaiki bot-bot kecil (macam sampan kat Sg Mekong tapi lagi kecil) menjalankan aktiviti harian mereka. Mood nak ambil gambar alam sekeliling kureng time ni sebab perasaan nak balas dendam tangkap gambar Eija and Ain tengah ralit dibuai angin laut lebih tinggi. Bhaha.
Trio-selfie dulu satu kali!
On the way nak sampai ke Pulau Mabul, ada pulau-pulau kecil lain disepanjang laluan kami. Juga terdapat perkampungan laut dan perkampungan di tengah laut. Macam mana dorang buat piling pon tak tahu lah. Tapi kagum! Selepas almost satu jam, maka sampai lah kami ke Chalet Uncle Chang. Cantik! Sebiji macam dalam gambar yang tengok dalam internet.
Yeay! Dah sampai!
Dah check-in ambil kunci bilik, terus ke chalet. Condition okay, bilik air tu mula-mula macam tak best sangat tapi lama-lama used to it. Air paip rasa masin sedikit sebab dorang pam air dari dalam tanah bawah laut. Backpacker kental kena adapt semua benda ni! Tapi tak kental mana pon. Beli juga air mineral kat kedai untuk buat cuci muka and berus gigi. Aktiviti hari ini just jalan-jalan tepi pantai sambil tengok matahari terbenam sebab bekalan elektrik hanya beroperasi dari pukul 5.00 petang sampai 8:00 pagi sahaja. On the way ke pantai singgah beli air kelapa RM 2 sebiji and pisang goreng RM 1/10 pieces kat perkampungan masyarakat Mabul. Kat KL mana nak dapat harga macam ni T_T.
Chalet yang kami duduk. Comelkan?
Air kelapa sebiji duehengget!
Air jernih sampai nampak dasar. Boleh tengok terumbu karang and ikan berenang bebas di laut
Lepak pantai sampai nak masuk maghrib then balik ke chalet  before that singgah beli air mineral RM 2/bottle sebab harga air kat chalet RM 7/bottle and jajansss sebagai bekalan untuk mengunyah waktu malam ← chalet takder tv T_T. Tak sabar nak tunggu esok. Nak pergi snorkeling. 
Pasir lembut memutih
Yeahhh!! Nak tengok gambar cantik time snorkeling, tunggu Mabul, Syurga Dunia #Part 3. Entry yang penuh dengan gambar photographer professional ni. Hehe.


Model tudung Saripah Markonah @nawbywizawahab. Do visit her instashop. Bhaha




DAAaa.. ^_^

Wednesday, April 23, 2014

Mabul, Syurga Dunia #Part 1

Haish. Envy pula bila tengok En Nyamuk dok trobek gambar-gambar kat instagram trip group dorang pergi Mabul. Gambar cantik-cantik. Almaklumlah, professional photographer la katakan plus dia ni geng #dakdakgopro. Untunglaaa. Wani ni tangkap gambar guna handphone Sony Ericsson jer. Nak nampak macam gopro sikit kena guna fisheye camera ← download free kat apps store. Sadis T_T

Trip ke Mabul ni Wani just gamble plan time Wani book ticket balik kampung and Vietnam (belum ada feel nak story, nanti la ek). Dah beli dua tiket ke dua destinasi, tangan ni macam gatal pula nak cuba-cuba harga ticket. Before tu Ain ada menyuarakan hasrat nak pergi bercuti. Ke pulau katanya. Wani pon teringat pasal tu. Google image sikit (almost everyday actually bhaha) pasal Mabul. Then bagitahu Ain suruh google sendiri (Wani taknak cerita expression Ain after dia google sebab memang boleh gelak pecah perut! Bhahaha. Sorry Ain). Destination locked and Ain pon dah bagi sign 'thumbs up' on selected date. Tumpang AirAsia tengah buat promotion, maka ticket untuk kami berdua telah ditempah dengan jayanya (empat bulan sebelum vacation). Thanks AirAsia. Selalulah buat promotion boleh terbang lagi. Hehe. Harga ticket roundtrip ke Tawau untuk seorang kurang dari RM 200. Murah bai!

Settle ticket, then search pula transportation, accommodation and activities yang boleh kami buat di sana (basically aktiviti laut, snorkeling, berjalan di tepi pantai, berjemur pakai bikini and mandi laut). Wani pilih package dari Uncle Chang. Puas hati and tak rugi langsung. Cost kat sana plus minus RM 500/person untuk 3D2N including meals - breakfast, lunch and dinner. Satu bab lagi selesai. Now tunggu masa nak fly jer. Yeeehhhaaa!!

Lagi dua bulan nak berangkat, perancangan trip kami telah diketahui oleh pihak musuh Eija. Maka datanglah beliau ke workstation Wani di tingkat tiga (workstation Eija di tingkat satu) dengan membawa senjata untuk meyerang sambil berlengang lengok.

"..Wani..nak ikut jugak.." Eija merayu.
"..Eeeee.. tak malu.." jawapan biasa Wani if sesiapa nak ikut trip.
"..Alaaa..nak ikut.." Eija merayu lagi sambil hentak kaki.
"..Bla.. bla.. bla.." perbualan dipendekkan. And finally setelah sebulat suara, Wani berkata kepada Eija,
"..Eija check ticket on that date and book okay, pasal chalet nanti Wani tanya dorang macam mana.." Wani suggest.
"..Thanks darling.." Eija meloncat kegembiraan.

Wani and Ain memang nak Eija ikut sekali sebab baru cukup korum - geng pollcar pergi office, if seorang takder feeling tu lain sikit. Settle lagi satu bab. Horay!! 

Februari 2014, hari yang dinantikan telah tiba, maka dalam pukul 5:00 pagi lebih sikit berangkatlah kami bertiga ke ERL Salak Tinggi. Perjalanan melalui NKVE and Elite mengambil masa 45 minit. Park kereta then naik shuttle bus ke LCCT. Oh nak naik shuttle bus kena beli ticket kat counter RM 5.50/person per trip. If round trip RM 11/person. Sementara tunggu bas nak gerak, kami berborak dengan pakcik bas. Cerita macam-macam dari zaman tadika sampai la zaman dah berkerjaya ← tipu!! Tapi pakcik bas ni best sebab dia tak ambil ticket kami waktu pergi ke LCCT so boleh guna waktu balik nanti. Jimat kos. Hehe.

Macam panjang la pula mengarang. Tapi gambar takder. Hehe saja buat suspense. Tungguuu..

Macam biasa if Wani nak fly, Wani akan check-in seminggu sebelumnya by online web check-in. Senang jer pon and jimat RM 10 compare to check-in kat counter. Nak travel ni memang kena berjimat and well-spend money. If tak memang hancus. Flight pukul 7:15 am tapi 6:50 am masih dalam bas. Dah nampak pintu masuk LCCT tapi tak boleh turun lagi. Kereta berlambak beratur kat depan. Oh damn.  Berdebar weyh time ni takut tertinggal flight. Pakcik bas ni pula parking jauh sampai ke depan nun haaa. Berlari anak la juga kami bertiga ke pintu masuk. Tapi Wani buat muka chill and relax jer. Saja nak tunjuk poyo kat Ain and Eija. Bhahaha. Menyempat lagi pergi ke The Zone beli breakfast. Lepas bayar terus ke security check, masuk ke departure hall. Gate dah buka and orang yang beratur pun dah mula bergerak menuju ke kapal terbang. So tak payah tunggu lama. Hihi. Dalam flight acara wajib dimulakan which is SELFIEEE!
Motif senyum macam tu nak cover mata tak cukup tidur malam before fly
Ain control tahi lalat. Eija tu bagi flying kiss kat saper? errkk!
View 15 000 feet in the sky, bawah tu hamparan awan. Amazing huh!
Speechless
Ni memang lentok habis. Tak sedar langsung pastu ada pulak orang
tolong buat selfie kat kite
Kredit to Ain and Eija untuk gambar selfie ni. Hebat!
Zzzzzz. Separuh perjalan Wani tidur jer la. Sebab malam before fly tak boleh tidur. Memang pe'el macam tu before nak travel. Tak tahu lah kenapa. Boarding almost three hours, seperti yang dijadualkan tepat pukul 10:05 am kapal terbang safely landed at Tawau Airport. Eh, nak pergi Mabul, tapi landed kat Tawau. So how? Continue in Mabul, Syurga Dunia #Part 2.





DAAaa.. ^_^

Tuesday, April 22, 2014

Short Trip - Genting Highlands and Bukit Tinggi, Pahang #Part 2

Wuahhh. Rajin pula menaip sekarang ni. Almost everyday ada entry baru, idea nak mengarang pon banyak. Time tak busy, memang free goyang kaki jer. Tapi bila ada task memang tak menang tangan (eleh macam buat kerja jer kat office). Okay lah sementara ada ruang untuk berceloteh ni, Wani nak sambung Short Trip - Genting Highlands and Bukit Tinggi, Pahang #Part 1

On the way ke Japanese Village, hujan mulai turun. Tapi gagah jua kami tempuhi. Sampai tempat parking macam pelik sikit sebab ada tangga tinggi naik ke atas pastu siap ada macam tempat sembahyang Buddha jer banyak pulak macamnya. Wani tengok Farhan, Farhan tengok Wani jatuh cinta garu kepala, confuse. Pusing satu round dekat parking nak tanya guard tapi belum sempat tanya dah ternampak signboard kicik terpampang Japanese Village. Park kereta then mencanak lah kami naik tangga. Lepas tu kena jalan lagi mendaki curam. Bagi Wani jauh juga la maybe sebab pakai skirt meleret dengan hujan bagai. Jalan punya jalan sambil tercungap-cungap finally sampai juga ke pintu masuk perkampungan Jepun ni. Cantik menghijau, sejuk dan tenang. Landscape memang superb! Plus elemen air terjun and ikan koi berenang - renang dalam kolam. Nak rumah macam ni please!

Pintu masuk ke perkampungan Jepun. Pengembaraan bermula!
Melting tengok air terjun ni. I want this!
And this too!
Rumah Jepun ada kimono boleh cuba tapi dah hujan plus tourist dalam tu lama nak mapoih!
Next time pula (nak suruh repeat letew. Hihi)
Model Perodua

Tenang sangat!
Signboard yang melegakan hati and gambar ni telah membuktikan bahawa
Wani berjaya naikkan lagi berat badan. Sigh T_T
Dah tawaf Japanese Village, kami berpindah pula ke Colmar Tropicale. Turun dari Japanese Village, jumpa simpang tiga belok kiri. Jumpa post guard bayar RM 12/person. Then parking kat bangunan The Chateau Spa and Organic Wellness Resort  Carpark bersebelahan dengan kawasan Colmar Tropicale. Sebab memang kat situ jer yang boleh parking. Then menapak la ke dalam kawasan ala-ala Europe ni.
Pintu masuk penjalan kaki
View from the bridge. White and black swans
Nak tengok view keseluruhan bandar Eropah ni kena naik ke menara tinjau. Lokasinya di hujung kawasan hotel-hotel dan cafe-cafe dalam bandar ni. Lift rosak so kena panjat tangga sampai tingkat tiga ke empat entah tapi tingkat paling atas lah.
View keseluruhan bandar Colmar Tropicale
After turun, kami melepak di cafe La Boulangerie. Self service, customer service 3/5. Dia buat layan tak layan jer walhal tak ramai pon kat cafe tu. Order coffee semua takder. Ada yang biasa-biasa sahaja. Minum coffee and have some biscuits (nasib baik sedap) sambil tengok acrobatic performance kat stage sebelah cafe. Ada orang snap wedding pictures juga. Tengok teletah dorang sampai naik bosan (jealous). Dah petang, kami beransur pulang ke Shah Alam. Apa-apa pon it is a nice place to visit especially yang nak honeymoon. Kita bila lagi? T_T 




DAAaa.. ^_^

Monday, April 21, 2014

Short Trip - Genting Highlands and Bukit Tinggi, Pahang #Part 1

Phewww.. Tajuk nak omputih jer kan. Almaklumlah pergi bercuti dekat tempat ala-ala Europe gitew. Walhal penulisan rojak Mak Bee keke. Short trip ini memang telah dirancang oleh Wani dan juga Farhan tapi tak lah sampai ke Bukit Tinggi. Plan kami hanyalah ke Genting Highlands sekadar untuk enjoy sebab percutian mestilah berdekatan dengan kawasan saja disebabkan kekangan masa. Tempat sejuk, bukit menghijau, udara nyaman ← reasons Wani pilih destinasi kali ini walaupun telah sedia maklum taman temanya sedang diubah suai. Bagi Wani takper lah ada indoor game pon dah okay. So google google google check harga hotel (sebab tak nak jadi macam kat Cameron Highlands) so best price yang Wani dapat RM138/night untuk Deluxe Room kat First World Hotel then info Farhan. Settle bab accomodation.

So when Wani touch down kat airport after balik kampung as usual Farhan akan pick up then terus shoot ke Genting Highlands. Around 1:00 pagi kami sampai. Before sampai betul-betul kat theme park tu ada satu kawasan yang boleh nampak seluruh bangunan di atas puncak. Cantik sangat ditambah dengan cahaya lampu. Macam kita masuk ke suatu lorong gelap and suddenly at the end of the road nampak satu tempat yang indah and bersinar-sinar. Haaa.. Macam tu lah yang Wani rasa. Kagum rugi tak ambil gambar. Dah tu sampai puncak, berpusing la pulak cari hotel. Park kereta then check in. Merata juga cari lift untuk naik ke lobby. Sign board kicik and direction pon tak berapa betul. Tunjuk ke kiri tapi sebenarnya terus (sigh). Mata mengantuk tahap apa lagi rasa macam nak seret beg atas lantai jer ← jenis pukul 10 malam dah membuta. Selalunya Wani boleh jer tidur dalam flight tapi malam tu banyak pulak announcement dari pilot (risau kes MH370 agaknya).

Sampai lobby Wani duduk jer kat kerusi biar Farhan yang settle bilik. Dari jauh Wani tengok dia terpaksa ulang alik dari satu kaunter ke satu kaunter. Dalam hati "..worse management..". After 20 minutes macam tu baru settle. Farhan datang, bagi slot card bilik kat Wani then terus ke lift. Kat First World Hotel ni ada dua menara, Tower 1 dan Tower 2. So if korang pilih untuk menginap di hotel ni, make sure tanya receptionist bilik korang kat tower mana. Hal ni terjadi dekat ktorg. Bilik kat Tower 2 tapi naik lift kat Tower 1. Memang takkan jumpa lah. Dah satu hal kena turun semula ke lobby then menapak ke lift Tower 2. Bilik ktorg jenis World Club Room kat level 27 and bilik Wani menghadap ke theme park. Malam tak nampak apa sebab masih tak tahu keadaan sebenar renovation yang dibuat. Masuk jer bilik, impressed! (ghenyeh keluaq ♥ ♥ kat mata). Sebab interior bilik yang macam "..ah..kalaulah ni bilik aku kat rumah.." tapi sekadar kalaulah.. Haha. And tak tangkap gambar juga sebab badan penat and bateri handphone weak T_T.

Keesokkan harinya selak langsir bilik, opocot! Terkejut baq hang! Genting Highlands dah gondol! Ingatkan renovate kecil-kecil jer rupanya dorg buang habis semua outdoor game.
View from level 27. Kosong yillek!
Kecewa sikit lah sebab tak expect pon sampai macam ni sekali. Hurm main indoor game jer lah. Dah siap mandi bagai as usual memang kena tunggu driver siap baru la boleh gerak. Habis layan cerita The Hangover III kat tv baru la Farhan update dah ready. Then check out letak beg kat kereta. First cari breakfast. If kat Genting ni restoran pilihan tak lain tak bukan Marrybrown jer lah. Haha. Lama juga tak makan kat restoran ni. Wani makan Nasi Ayam Marrybrown and Farhan makan Chickalicious. Habis makan maka berkeliaran lah kami di kawasan indoor game tu. Ingatkan nak main tapi macam tak best jer sebab permainan yang ada pon macam untuk budak-budak sangat. Tak sesuai untuk kami yang muda remaja ni. Then merayau cari baju t-shirt yang tulis "Genting Highlands" tapi takder. Last beli cikedis jer.

iCandy yang sempat grab kat souvenir shop
Boring takder apa yang menarik, Farhan suggest move to Bukit Tinggi. Bagai orang diet tak jadi diberi McD, Wani on jer sebab memang dah lama menyuarakan hasrat nak ke sana tapi tak sampai-sampai. Then keluar dari Genting Highlands, shoot terus ke Bukit Tinggi. Ambil Exit 805-Persimpangan Bukit Tinggi. Jalan naik ke puncak berliku dan kecil. Lama juga lah nak sampai ke atas tu. Dah sampai kat guard then ambil simpang kiri. Kami ke Animal Park dulu. Harga tiket RM 3/person, adult ke children ke sama. Pallet makanan untuk haiwan kat situ RM 3/pack. Ada arnab-arnab yang gebu dan comel rasa macam nak peluk tak nak lepas, ada rusa yang sombong dengan Wani tapi suka sangat sendeng kat Farhan (gatal huh!) and keldai yang sangat nerd jer mukanya. Wani jadi tukang snap gambar sebab geli nak bagi haiwan-haiwan ni makan. Lidah dorang tu macam yek! Hahaha.
Manja sangat dengan Farhan tau. Eeeee
Muka simpati sangat keldai-keldai ni
Dah habis bagi haiwan-haiwan ni makan, kami bergerak ke Japanese Village pula. Oh anyway, gambar dengan arnab tak snap pon sebab dah biasa. Besides, kat rumah pon ada bela arnab. On the way ke Japanese Village, cuaca pula bertukar. Hujan turun renyai-renyai tapi basah juga la skirt kembang Wani time berjalan-jalan dalam perkampungan tu. Next Short Trip - Genting Highlands and Bukit Tinggi, Pahang #Part 2





DAAaa..^_^

Sunday, April 20, 2014

Alor Setar, Bandar Sakura

Dua minggu yang sangat hectic! Mengejar submission tapi malas nak buat assignment (sigh). Ingat tak cerita Pelajar Hebat yang Wani tulis dulu? Situasi berulang kembali. Huhu. Walaupun banyak masa yang boleh diperuntukkan untuk fokus kepada penyiapan assignment tapi dah memang pe’el, esok nak submit harini baru kelam kabut nak buat sampai whatsapp-whatsapp group-group terabai ← statement bajet femes muhaha! In between, menyempat pula balik kampung (sebab dah book flight ticket) and naik Genting Highlands and Bukit Tinggi, Pahang. Hiksss nanti kiter citer okay.

Balik kampung untuk tiga hari. Lama sikit dari kebiasaan sebab nak habiskan cuti sebelum kerja kat tempat baru. Korang tau kampung Wani kat mana? Tak bagitahu mana lah nak tahu kan? (tepuk dahi). Kita tahu kita blogger tak femes T_T. Haha. Anyway, currently parents Wani menetap di Alor Setar, Kedah Darul Aman ← tempat asal usul abah Wani, and mungkin kami sekeluarga tidak akan berpindah ke mana-mana lagi. Every month, Wani akan balik ke sana (maklumlah hidup merantau) and few weeks before, dah bising-bising pasal “Fenomena Bunga Sakura” di Alor Setar sampaikan ada keluar statement kiamat dah dekat bagai ← mentality sesetengah manusia berfikiran luar batasan. Benci tau.

Actually, fenomena bunga sakura ni memang dah sebati since dulu lagi di bandaraya Alor Setar. It is because pokok tabebuia atau pokok tecoma yang bercambah bunga selepas musim kemarau. Pokok ini ditanam di kebanyakkan kawasan bandaraya dan sepanjang jalan negeri. So bagi kami penduduk Alor Setar, memang dah biasa environment Korea ni. Hehe. Dengar kata kerajaan negeri nak jadikan "musim bunga sakura" sebagai tarikan pelancongan baru di Kedah.
Posing kerrrlass kau. Siap pakai shades gitew. Lol!
Dah alang-alang di Alor Setar ni, meh Wani tunjukkan tempat-tempat menarik yang ada di sekitar bandaraya. First place yang korang should visit is Menara Alor Setar. Located at the centre of the city, menara ini menjadi mercu tanda bandaraya Alor Setar dan juga Negeri Kedah. Ia sebenarnya sebuah menara telekomunikasi yang kedua di Malaysia yang berketinggian 165.5 meter. Terdapat dek tinjau, pejabat dan juga restoran berputar pada tingkat paling atas ← macam konsep KL Tower juga lah. Adik beradik katakan. Hiksss.
Pemandangan Menara Alor Setar ketika waktu malam
Second place is Masjid Zahir. Masjid negeri dan juga masjid diraja Kedah. Lokasinya berhampiran dengan Menara Alor Setar (20 minit berjalan kaki). Di sekitar kawasan masjid ada Dataran Alor Setar dan juga bangunan bersejarah seperti Balai Nobat, Menara Jam dan juga balai besar (currently known as Galeri Sultan Abdul Halim Muadzam Shah). Pada waktu malam, kawasan ini akan diterangi dengan lampu neon dan lagu reggey. So nampak macam mini i-city plus ada replika Pintu Gerbang Istana Kota Tengah. Cun baq hang! ← loghat utagha sikit. Huhu.
Driver sepanjang balik kampung. Thank you twins !!
And di bandaraya Alor Setar juga ada Kompleks Perniagaan Pekan Rabu ← macam Pasar Payang, Terengganu dan Pasar Siti Khadijah, Kelantan. Tarikan pelancong luar dan dalam negeri juga sebab di sini tempat paling senang nak cari kuih muih tradisional, kain baju dan juga telekung sembahyang. Setiap kali nak raya puasa, ramai peniaga akan menjual kuih dan biskut raya di sepanjang kaki lima kompleks. Wani tak pernah terlepas peluang setiap kali malam raya. Pukul 2, 3 pagi pun sanggup keluar datang ke sini sebab suasana tika itu memang meriah semacam. Syok ooooo!!
Pintu masuk utama ke Pekan Rabu
Ada lagi tempat menarik yang ada berdekatan dengan pusat bandar Alor Setar. Nak tahu boleh click kat SINI hehe. Nak tengok backyard view rumah abah Wani tak? Tadaaa..
Musim menuai padi so tak dapat la gambar sawah menghijau terbentang luas
Cantikkan? If musim semai padi lagi cantik, nampak macam satu hamparan hijau yang sangat luas terbentang. Tenang dan nyaman (macam tengok pokok teh kat Cameron Highlands tu ← nak repeat lagi!). Gunung Keriang merupakan tempat rekreasi dan beriadah. Banyak aktiviti boleh dibuat di sini contohnya berbasikal, berjoging dan juga memanjat. Gunung Keriang terkenal dengan proses penghasilan semulajadi batu kristal (dalam gua). Dah habis membebel pasal negeri kesayangan. Nanti update pasal bercuti di Genting Highlands dan Bukit Tinggi, Pahang pula.




DAAaa.. ^_^