Dua
minggu yang sangat hectic! Mengejar submission tapi malas nak buat assignment
(sigh). Ingat tak cerita Pelajar Hebat yang Wani tulis dulu? Situasi berulang
kembali. Huhu. Walaupun banyak masa yang boleh diperuntukkan untuk fokus kepada
penyiapan assignment tapi dah memang pe’el, esok nak submit harini baru kelam
kabut nak buat sampai whatsapp-whatsapp group-group terabai ← statement bajet
femes muhaha! In between, menyempat pula balik kampung (sebab dah book flight
ticket) and naik Genting Highlands and Bukit Tinggi, Pahang. Hiksss nanti kiter
citer okay.
Balik
kampung untuk tiga hari. Lama sikit dari kebiasaan sebab nak habiskan cuti
sebelum kerja kat tempat baru. Korang tau kampung Wani kat mana? Tak bagitahu
mana lah nak tahu kan? (tepuk dahi). Kita tahu kita blogger tak
femes T_T. Haha. Anyway,
currently parents Wani menetap di Alor Setar, Kedah Darul Aman ← tempat asal
usul abah Wani, and mungkin kami sekeluarga tidak akan berpindah ke mana-mana
lagi. Every month, Wani akan balik ke sana (maklumlah hidup merantau) and few
weeks before, dah bising-bising pasal “Fenomena
Bunga Sakura” di
Alor Setar sampaikan ada keluar statement kiamat dah dekat bagai ← mentality sesetengah
manusia berfikiran luar batasan. Benci tau.
Actually, fenomena bunga sakura ni memang dah sebati since dulu lagi di bandaraya Alor Setar. It is because pokok tabebuia atau pokok tecoma yang bercambah bunga selepas musim kemarau. Pokok ini ditanam di kebanyakkan kawasan bandaraya dan sepanjang jalan negeri. So bagi kami penduduk Alor Setar, memang dah biasa environment Korea ni. Hehe. Dengar kata kerajaan negeri nak jadikan "musim bunga sakura" sebagai tarikan pelancongan baru di Kedah.
|
Posing kerrrlass kau. Siap pakai shades gitew. Lol! |
Dah alang-alang di Alor Setar ni, meh Wani tunjukkan tempat-tempat menarik yang ada di sekitar bandaraya. First place yang korang should visit is Menara Alor Setar. Located at the centre of the city, menara ini menjadi mercu tanda bandaraya Alor Setar dan juga Negeri Kedah. Ia sebenarnya sebuah menara telekomunikasi yang kedua di Malaysia yang berketinggian 165.5 meter. Terdapat dek tinjau, pejabat dan juga restoran berputar pada tingkat paling atas ← macam konsep KL Tower juga lah. Adik beradik katakan. Hiksss.
|
Pemandangan Menara Alor Setar ketika waktu malam |
Second place is Masjid Zahir. Masjid negeri dan juga masjid diraja Kedah. Lokasinya berhampiran dengan Menara Alor Setar (20 minit berjalan kaki). Di sekitar kawasan masjid ada Dataran Alor Setar dan juga bangunan bersejarah seperti Balai Nobat, Menara Jam dan juga balai besar (currently known as Galeri Sultan Abdul Halim Muadzam Shah). Pada waktu malam, kawasan ini akan diterangi dengan lampu neon dan lagu reggey. So nampak macam mini i-city plus ada replika Pintu Gerbang Istana Kota Tengah. Cun baq hang! ← loghat utagha sikit. Huhu.
|
Driver sepanjang balik kampung. Thank you twins !! |
And di bandaraya Alor Setar juga ada Kompleks Perniagaan Pekan Rabu ← macam Pasar Payang, Terengganu dan Pasar Siti Khadijah, Kelantan. Tarikan pelancong luar dan dalam negeri juga sebab di sini tempat paling senang nak cari kuih muih tradisional, kain baju dan juga telekung sembahyang. Setiap kali nak raya puasa, ramai peniaga akan menjual kuih dan biskut raya di sepanjang kaki lima kompleks. Wani tak pernah terlepas peluang setiap kali malam raya. Pukul 2, 3 pagi pun sanggup keluar datang ke sini sebab suasana tika itu memang meriah semacam. Syok ooooo!!
|
Pintu masuk utama ke Pekan Rabu |
Ada lagi tempat menarik yang ada berdekatan dengan pusat bandar Alor Setar. Nak tahu boleh click kat SINI hehe. Nak tengok backyard view rumah abah Wani tak? Tadaaa..
|
Musim menuai padi so tak dapat la gambar sawah menghijau terbentang luas |
Cantikkan? If musim semai padi lagi cantik, nampak macam satu hamparan hijau yang sangat luas terbentang. Tenang dan nyaman (macam tengok pokok teh kat Cameron Highlands tu ← nak repeat lagi!). Gunung Keriang merupakan tempat rekreasi dan beriadah. Banyak aktiviti boleh dibuat di sini contohnya berbasikal, berjoging dan juga memanjat. Gunung Keriang terkenal dengan proses penghasilan semulajadi batu kristal (dalam gua). Dah habis membebel pasal negeri kesayangan. Nanti update pasal bercuti di Genting Highlands dan Bukit Tinggi, Pahang pula.
DAAaa.. ^_^