Nuffnang Ads

Wednesday, April 23, 2014

Mabul, Syurga Dunia #Part 1

Haish. Envy pula bila tengok En Nyamuk dok trobek gambar-gambar kat instagram trip group dorang pergi Mabul. Gambar cantik-cantik. Almaklumlah, professional photographer la katakan plus dia ni geng #dakdakgopro. Untunglaaa. Wani ni tangkap gambar guna handphone Sony Ericsson jer. Nak nampak macam gopro sikit kena guna fisheye camera ← download free kat apps store. Sadis T_T

Trip ke Mabul ni Wani just gamble plan time Wani book ticket balik kampung and Vietnam (belum ada feel nak story, nanti la ek). Dah beli dua tiket ke dua destinasi, tangan ni macam gatal pula nak cuba-cuba harga ticket. Before tu Ain ada menyuarakan hasrat nak pergi bercuti. Ke pulau katanya. Wani pon teringat pasal tu. Google image sikit (almost everyday actually bhaha) pasal Mabul. Then bagitahu Ain suruh google sendiri (Wani taknak cerita expression Ain after dia google sebab memang boleh gelak pecah perut! Bhahaha. Sorry Ain). Destination locked and Ain pon dah bagi sign 'thumbs up' on selected date. Tumpang AirAsia tengah buat promotion, maka ticket untuk kami berdua telah ditempah dengan jayanya (empat bulan sebelum vacation). Thanks AirAsia. Selalulah buat promotion boleh terbang lagi. Hehe. Harga ticket roundtrip ke Tawau untuk seorang kurang dari RM 200. Murah bai!

Settle ticket, then search pula transportation, accommodation and activities yang boleh kami buat di sana (basically aktiviti laut, snorkeling, berjalan di tepi pantai, berjemur pakai bikini and mandi laut). Wani pilih package dari Uncle Chang. Puas hati and tak rugi langsung. Cost kat sana plus minus RM 500/person untuk 3D2N including meals - breakfast, lunch and dinner. Satu bab lagi selesai. Now tunggu masa nak fly jer. Yeeehhhaaa!!

Lagi dua bulan nak berangkat, perancangan trip kami telah diketahui oleh pihak musuh Eija. Maka datanglah beliau ke workstation Wani di tingkat tiga (workstation Eija di tingkat satu) dengan membawa senjata untuk meyerang sambil berlengang lengok.

"..Wani..nak ikut jugak.." Eija merayu.
"..Eeeee.. tak malu.." jawapan biasa Wani if sesiapa nak ikut trip.
"..Alaaa..nak ikut.." Eija merayu lagi sambil hentak kaki.
"..Bla.. bla.. bla.." perbualan dipendekkan. And finally setelah sebulat suara, Wani berkata kepada Eija,
"..Eija check ticket on that date and book okay, pasal chalet nanti Wani tanya dorang macam mana.." Wani suggest.
"..Thanks darling.." Eija meloncat kegembiraan.

Wani and Ain memang nak Eija ikut sekali sebab baru cukup korum - geng pollcar pergi office, if seorang takder feeling tu lain sikit. Settle lagi satu bab. Horay!! 

Februari 2014, hari yang dinantikan telah tiba, maka dalam pukul 5:00 pagi lebih sikit berangkatlah kami bertiga ke ERL Salak Tinggi. Perjalanan melalui NKVE and Elite mengambil masa 45 minit. Park kereta then naik shuttle bus ke LCCT. Oh nak naik shuttle bus kena beli ticket kat counter RM 5.50/person per trip. If round trip RM 11/person. Sementara tunggu bas nak gerak, kami berborak dengan pakcik bas. Cerita macam-macam dari zaman tadika sampai la zaman dah berkerjaya ← tipu!! Tapi pakcik bas ni best sebab dia tak ambil ticket kami waktu pergi ke LCCT so boleh guna waktu balik nanti. Jimat kos. Hehe.

Macam panjang la pula mengarang. Tapi gambar takder. Hehe saja buat suspense. Tungguuu..

Macam biasa if Wani nak fly, Wani akan check-in seminggu sebelumnya by online web check-in. Senang jer pon and jimat RM 10 compare to check-in kat counter. Nak travel ni memang kena berjimat and well-spend money. If tak memang hancus. Flight pukul 7:15 am tapi 6:50 am masih dalam bas. Dah nampak pintu masuk LCCT tapi tak boleh turun lagi. Kereta berlambak beratur kat depan. Oh damn.  Berdebar weyh time ni takut tertinggal flight. Pakcik bas ni pula parking jauh sampai ke depan nun haaa. Berlari anak la juga kami bertiga ke pintu masuk. Tapi Wani buat muka chill and relax jer. Saja nak tunjuk poyo kat Ain and Eija. Bhahaha. Menyempat lagi pergi ke The Zone beli breakfast. Lepas bayar terus ke security check, masuk ke departure hall. Gate dah buka and orang yang beratur pun dah mula bergerak menuju ke kapal terbang. So tak payah tunggu lama. Hihi. Dalam flight acara wajib dimulakan which is SELFIEEE!
Motif senyum macam tu nak cover mata tak cukup tidur malam before fly
Ain control tahi lalat. Eija tu bagi flying kiss kat saper? errkk!
View 15 000 feet in the sky, bawah tu hamparan awan. Amazing huh!
Speechless
Ni memang lentok habis. Tak sedar langsung pastu ada pulak orang
tolong buat selfie kat kite
Kredit to Ain and Eija untuk gambar selfie ni. Hebat!
Zzzzzz. Separuh perjalan Wani tidur jer la. Sebab malam before fly tak boleh tidur. Memang pe'el macam tu before nak travel. Tak tahu lah kenapa. Boarding almost three hours, seperti yang dijadualkan tepat pukul 10:05 am kapal terbang safely landed at Tawau Airport. Eh, nak pergi Mabul, tapi landed kat Tawau. So how? Continue in Mabul, Syurga Dunia #Part 2.





DAAaa.. ^_^