Nuffnang Ads

Sunday, April 27, 2014

Mabul, Syurga Dunia #Part 4

Final entry untuk Mabul, sedih rasanya. Tak puas bercuti di sana. Repeat mungkin entah bila. Wani dapat tahu James dan Budak sudah tidak bekerja dengan Uncle Chang lagi. Sisal dan Lee mungkin masih di sana. Wani tak ada Facebook untuk berhubung dengan mereka. Hanya dengar khabar dari Ain dan Eija. InshaAllah ada jodoh kita ketemu kembali.

Sambungan dari Mabul, Syurga Dunia #Part 3 ¬ Click link to read :)

Selesai makan malam, kami mulakan langkah dengan berjalan di persisiran pantai. Budak, Lee dan Sisal menemani kami. Keriuhan mereka bertiga sangat menghiburkan. Dalam hati Wani, "..alangkah bahagianya hidup seperti mereka, tak perlu fikir masalah-masalah seperti Wani. Agak-agak stress, terjun ke laut. Tenang.." Mereka bertiga merupakan staff Uncle Chang yang sangat happening and menceriakan pelancong-pelancong di Chalet Uncle Chang (banyak kali dah promote, agak-agak bila boleh bagi free package? haha). Begitu juga dengan James. Tapi James ni agak berumur so tak geng sangat la. Haha.

Untung Wani, Ain dan Eija berkepit dengan dorang time snorkeling tadi. So dapat la berjalan-jalan mengelilingi satu pulau free. Mereka membawa kami singgah di chalet-chalet yang ada di tepian pulau. Antaranya Sipadan Water Village. Di sini kami boleh lihat ikan-ikan di laut tanpa perlu snorkeling. Pembukaan, kami disambut oleh sekumpulan ikan bilis. Sebenarnya warna ikan bilis adalah biru sewaktu hidup di dalam air tetapi bertukar putih apabila keluar dari air laut. And sewaktu di dalam Sipadan Water Village, kami dapat lihat ikan pari, dragon fish and macam-macam lagi tanpa perlu snorkeling.

Sekumpulan ikan bilis menyambut kedatangan. Naik geli 
tengok. Banyak sangat!

Antara hidupan yang dapat di lihat
Dari kiri: Sisal, Lee and Budak
Wani belum ready lah!
Bergambar kenangan bersama. Takder tripod, takder monopod, takder pole. Lee jadi tukang ambil
gambar. Nak suruh staff kat situ kerek semacam jer. Ain tengah buat apa tu? Haha :D
Then berjalan lagi sampai la ke Sipadan Mabul Resort - tempat kami snorkeling petang tadi. Cantik bai! Memang betul-betul private lah. Kat sini Budak cerita pasal hantu and nenek moyang dorang, nanti laluan nak balik kena lalu kubur lah.. bla.. bla.. bla.. Terus bangun nak balik. Terpaksa juga lalu kubur sebab Budak cakap nanti kalau jumpa apa-apa dia akan minta tolong nenek moyang dia jaga. On the way balik, kami melalui perkampungan dorang. Rumah kecil-kecil and comel-comel. Rata-rata penduduk menjalankan aktiviti peruncitan. Ramai kanak-kanak masih leka bermain tanpa sebarang gangguan. Tak perlu risau keselamatan mereka. Tiada jenayah seperti di semenanjung. (Pasal lalu kubur tu, Wani dah balik semenanjung baru dapat tau lokasi kat mana and memang kami melalui kawasan tersebut. And baru Wani teringat ada satu tempat tu dorang bertiga diam tak bercakap meaning, tengah berjalan di kawasan perkuburan!). Singgah kat satu kedai, beli ABC. Ingatkan macam kat semenanjung. Wani dah terbayang cendol, jagung, kacang and isi-isi yang biasa ada dalam ABC tu. Seronok lah sekejap. But when tukang kedai tu datang, dia hidangkan kami sirap bandung. Pelik kejap. Actually, it's their ABC. Haha. Terkena! Harga satu cawan RM 1. Minum sampai perut kembung. Then balik ke chalet. Tidur. Ada bunyi something malam tu yang agak mengganggu tidur. Nak tahu, kena tunggu Wani beli iPhone 6 dulu. Hehe.

Bangun pagi, kemas barang nak check-out. Berat rasanya nak meninggalkan Mabul. Baju lipat slow-slow. Mandi pon lambat-lambat. Tapi bila fikirkan kena balik naik flight, gagah juga repacking. If naik bas, mahu minta unpaid leave ni. Haha. 


View pagi. Bot menanti untuk pulang ke Semporna
Click gambar untuk view lebih jelas
Selamat tinggal Mabul. Sehingga berjumpa lagi
Sampai Semporna, beli souvenir sikit (keychain and fridge magnet jer pon) then Din hantar semula ke airport. Flight pukul 2:00 petang, pukul 1:30 boleh order nasi goreng kat cafe lagi. Hebat kan? Dalam flight memang membuta (and takder orang berani nak snap picture Wani tidur lagi hehe). Letih tapi seronok, enjoy. Dah sampai LCCT, semua diam tak bersuara sebab terpaksa balik ke kehidupan nyata. 

Mabul - Pulau yang cukup indah, menyimpan berjuta kenangan, mengajar erti kehidupan, makna sebuah persahabatan. Memori yang takkan dilupakan sampai bila-bila.




DAAaa.. ^_^