Nuffnang Ads

Thursday, April 24, 2014

Mabul, Syurga Dunia #Part 2

Wani tengah planning dengan kawan-kawan when I was studied in UiTM, Seri Iskandar untuk mengulangi aktiviti tahunan ber'BBQ' kami. Last year senang, dorang arrange, cukup time Wani sampai. Tak involve in any preparation pon. Bhaha. Sorry guys time tu memang busy handing over kerja ← tukar kerja lagi. Hehe. This year macam susah sikit sebab masing-masing dah habis study and dah kerja. Tempat kerja pula ada yang luar dari Klang Valley. Hopefully jadilah walaupun hakikatnya tak semua yang dapat join. Lokasi BBQ bukan di Shah Alam seperti tahun lepas dan juga bukan di Klang Valley. Nak tahu di mana? Tunggu.

Enough for intro. Kita sambung cerita Mabul, Syurga Dunia #Part 1 ← boleh 'click' link untuk sesiapa yang terlepas.

Sesampainya di Tawau Airport, ketibaan kami sudah ditunggu oleh staff Uncle Chang. Cost transportation ke Semporna termasuk sekali dengan package yang kami book tempoh hari. Nak emphasize lagi sekali total cost dekat Uncle Chang less than RM 500/person for 3D2N. Before bergerak ke Semporna or lebih tepat still dalam flight tapi flight dah berhenti sesi tangkap gambar dimulakan. Tapi yang tinggal hanyalah gambar airport jer. Yang lain entah ke mana dah delete menyemak memori sebab tak cantik.

Lapangan Terbang Tawau. Kecil jer macam Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim juga
Nasib baik ada juga gambar ni. Berangan nak posing habis ber'background'kan tulisan TAWAU tu tapi hampeh. Staff AirAsia (perempuan) dah menjerit-jerit siap tiup wisel lagi suruh masuk ke arrival hall. Chill la babe, bukan selalu datang ← pihak airport mohon pertimbangan. Lagipun kapal terbang yang kitorg naik tu jer the only flight yang ada time tu. Hurm. Biarkanlah hal tadi tu. Then check-out kat counter. Situasi macam nak check-in or check-out ke obersi. For domestic travel (Malaysian) tunjukkan IC then nanti officer akan bagi sekeping kertas kecil sebagai passport untuk stay di Sabah valid selama 90 hari. Jangan hilangkan! Sebab nanti nak balik dorang akan minta semula. Keluar dari airport, sesi suai kenal dengan staff Uncle Chang bermula. Namanya Din, baik, banyak kongsi info tentang Sabah, tempat-tempat menarik yang dia pernah diving and story Shamsul Yusoff nak kahwin dengan Siti Sara. Sepanjang perjalanan memang takder mood nak ambil gambar sebab nak menikmati kehijauan pokok-pokok di kiri and kanan jalan, ladang kelapa sawit and perkampungan masyarakat Tawau. Cantik, tenang, tak jem walaupun jalan raya reserve untuk satu kereta sahaja and takder traffic light. Perjalanan ke Semporna mengambil masa satu jam dengan menaiki kereta. 

Dah sampai Semporna check in kat office Uncle Chang. Pastu kena tunggu boat pukul 2:30 petang. Sementara menunggu kami pergi makan dulu kat restoran hujung jeti. Restoran atas air boleh nampak ikan berenang-renang kat bawah. Air jenih siot!
Pintu masuk ke restoran, jalan terus sampai lepas kedai cenderahati
then belok kanan. Pelayan pakai tudung tapi ada jual beer
If tak nak stay di Mabul, di Semporna juga ada chalet untuk disewa
Sesi meng'update' status di laman sosial. Balas dendam snap gambar candid dorang
Hahahahaha. Eija! Ain! Wani letak gambar ni! Buekkk! Pukul 2:30 petang boat dah nak gerak. Service Uncle Chang setakat ni tiptop. Masa tepat, nice and friendly customer service. Semua info di'update' dengan teliti and bagus. Perjalanan ke Pulau Mabul mengambil masa lebih kurang satu jam dengan menaik speed boat.

Tengah-tengah syok layan angin laut, tiba-tiba bot berhenti. Tekejut den! Panic sekejap. Rupanya pemandu bot berhenti kat tempat penternakan rumpai laut ternak ke? Banyak lah botol-botol kosong terapung. Ingatkan sampah. Haha. Bot berhenti selama lebih kurang lima minit. Dapat juga melihat masyarakat Bajau Laut yang menaiki bot-bot kecil (macam sampan kat Sg Mekong tapi lagi kecil) menjalankan aktiviti harian mereka. Mood nak ambil gambar alam sekeliling kureng time ni sebab perasaan nak balas dendam tangkap gambar Eija and Ain tengah ralit dibuai angin laut lebih tinggi. Bhaha.
Trio-selfie dulu satu kali!
On the way nak sampai ke Pulau Mabul, ada pulau-pulau kecil lain disepanjang laluan kami. Juga terdapat perkampungan laut dan perkampungan di tengah laut. Macam mana dorang buat piling pon tak tahu lah. Tapi kagum! Selepas almost satu jam, maka sampai lah kami ke Chalet Uncle Chang. Cantik! Sebiji macam dalam gambar yang tengok dalam internet.
Yeay! Dah sampai!
Dah check-in ambil kunci bilik, terus ke chalet. Condition okay, bilik air tu mula-mula macam tak best sangat tapi lama-lama used to it. Air paip rasa masin sedikit sebab dorang pam air dari dalam tanah bawah laut. Backpacker kental kena adapt semua benda ni! Tapi tak kental mana pon. Beli juga air mineral kat kedai untuk buat cuci muka and berus gigi. Aktiviti hari ini just jalan-jalan tepi pantai sambil tengok matahari terbenam sebab bekalan elektrik hanya beroperasi dari pukul 5.00 petang sampai 8:00 pagi sahaja. On the way ke pantai singgah beli air kelapa RM 2 sebiji and pisang goreng RM 1/10 pieces kat perkampungan masyarakat Mabul. Kat KL mana nak dapat harga macam ni T_T.
Chalet yang kami duduk. Comelkan?
Air kelapa sebiji duehengget!
Air jernih sampai nampak dasar. Boleh tengok terumbu karang and ikan berenang bebas di laut
Lepak pantai sampai nak masuk maghrib then balik ke chalet  before that singgah beli air mineral RM 2/bottle sebab harga air kat chalet RM 7/bottle and jajansss sebagai bekalan untuk mengunyah waktu malam ← chalet takder tv T_T. Tak sabar nak tunggu esok. Nak pergi snorkeling. 
Pasir lembut memutih
Yeahhh!! Nak tengok gambar cantik time snorkeling, tunggu Mabul, Syurga Dunia #Part 3. Entry yang penuh dengan gambar photographer professional ni. Hehe.


Model tudung Saripah Markonah @nawbywizawahab. Do visit her instashop. Bhaha




DAAaa.. ^_^