Nuffnang Ads

Thursday, April 24, 2014

Mabul, Syurga Dunia #Part 3

Feeling-feeling nak pergi pulau lagi. That's why rajin jer bercerita pasal experience di Mabul. Amboi rancaknya berjalan. Haha. Tumpang tengah free. After start kerja baru kena 'puasa' enam bulan ← during probation tak boleh ambil cuti -_-". Okay hilang mood sekejap. Tapikan, confirm nanti ada selit-selit juga. Haha.

Sambungan dari Mabul, Syurga Dunia #Part 2.

Balik dari pantai, siap-siap mandi and buat apa yang patut, then pergi dinner. Makanan macam "..eleh, bayar mahal-mahal tapi macam ni jer??". Tapi after dah makan, rasa macam nak tambah lagi! Makan sampai kenyang. Aktiviti malam tu just ambil angin laut depan chalet kami. Tengah syok borak dengan Ain kat bench depan bilik (Eija dah masuk - bergayut) tiba-tiba ada la penghuni chalet sebelah datang menyapa, standard la kan. Cerita pasal experience kat Mabul. Tapi makcik ni over cakap Mabul tak cantik la, kotor la, bla..bla..bla.. ← ada lagi yang tak berapa nak elok yang membuatkan kami rasa annoying sangat. Dalam hati Wani "..lantaklah, cantik ke tak cantik  ke aku peduli apa, janji apa yang aku google tak pernah mengecewakan!". Ain bijak mengundur diri and tinggal la Wani melayan makcik tu berseorangan. Last sekali terpaksa kurang ajar sikit lah. Buat derk jer apa yang dia cakap. Dah tak dilayan, maka makcik tu pon berlalu pergi. Ketenangan kembali. Sungguh! Angin laut, bunyi desiran ombak, diterangi cahaya bulan sayup-sayup, sesekali dengar bunyi enjin bot dari kejauhan. Perghhh! Rindu Mabul like crazy!

Pagi esok seawal 5:00 pagi dah bangun ← dah subuh gajah dah kat Sabah ni! Bhaha. Sementara nak sesuaikan diri. Solat then tidur semula. Letih semalam masih belum recover sepenuhnya. Pukul 8:00 pagi siapkan diri then go for breakfast. Makanan sedap. Nak tambah lagi tapi takut tenggelam pula time berenang nanti. Haha. If tak salah menu pagi tu mee sanggul. Lepas makan terus ke bot untuk aktiviti snorkeling di perairan Pulau Mabul.
On the way untuk aktiviti snorkeling. Posing poyo jer walhal tak
dengar pon instruction dari James - diving instructor

Kat belakang Wani tu Eija, ditemani Budak - instructor (pakai topi Santa) and Lee (rambut blond). Eija and Ain asyik berkepit jer dengan dorang tak lepas-lepas. Tengok Wani ha. Independent. Tak perlu guide pon. Pandai berenang sorang-sorang okay! Tapi pakai life jacket juga. Bhaha.

Gaya mesti ada beb! kuak kupu-kupu
Budak dive ke dasar and pick up starfishes for us. Satu warna
biru (kat tangan Eija), satu lagi warna oren
Wani just sentuh jer starfish ni sebab takut when pegang dia melekat
kat tangan. Haha. Walhal tak pon. Keras macam batu
Muka dah start MERAH! Apsal Wani duduk macam tu eh? (feeling-feling nak kahwin. Hiks)
After more than one hour spending time kat Pulau Mabul kami pulang semula ke Chalet Uncle Chang. Experience of snorkeling tak dapat digambarkan. Best GILERRR! Cantiknya Subhanallah! Tengok dalam gambar kat atas pon dah tau macam manakan? Jealous tak? Hehe. Air jernih menghijau, ikan warna-warni, terumbu karang, landak laut, ish nak ulang lagi, ikan warna-warni, ikan warna-warni, IKAN WARNA-WARNI!!! Pelbagai spesis IKAN WARNA-WARNI (okay, annoying) bebas berenang. Tak dapat nak cerita. Better book Uncle Chang cepat!

Balik ke chalet, makan-makan sikit. Discuss dengan Ain and Eija either nak pergi ke Pulau Kapalai ke tak. Green light yeah! Nak ke Pulau Kapalai ada additional cost. Dah alang-alang datang, kami sebat jer. Ambil purse, pergi kaunter then terus bayar. Anyway, google untuk snorkeling kena sewa (total cost still under RM 500) and tak payah gedik sangat lah nak sewa fin bagai. Bukan nak diving pon kan. Huhu. Then bergeraklah kami ke Pulau Kapalai.
This is Kapalai!
Pulau Kapalai merupakan pulau persendirian. Harga penginapan untuk satu malam boleh mencecah ribuan ringgit. Corals kat sini memang terbaik. Waktu berenang kena hati-hati takut luka atau gatal bila kulit tersentuh dengannya. Kaki kite luke kene karang T_T ← kesian la pleaseee. Huhu. Ikan lagi banyak! Cantik warna-warni, LAGI WARNA-WARNI! 
'Blusher' semulajadi. Panas weyh!
Lama juga berenang menikmati keindahan laut di sini. Balik semula ke chalet untuk lunch. Lepas lunch rehat sekejap then sambung snorkeling lagi kat perairan Pulau Mabul. Tapi bukan kat tempat tadi. Oh lupa nak bagitahu. Makcik malam tadi pon join kami ke Kapalai. Terngiang di telinga Wani apa yang dia cakap semalam "..Mabul tak canti, nak pergi snorkeling guna private bot.. bla.. bla.. bla.." Ergh! Annoying. Just nak pesan to all of you, jangan cakap sombong kat tempat orang sebab kita tak ada apa-apa kat sini. If tempat sendiri boleh juga start engine lari sembunyi malu. Huh.

Petang seperti yang dijanjikan, kami dibawa pula ke satu lagi perairan di sekitar Pulau Mabul. Private beach! Kat sini corals tak banyak sebab laut dalam. Tapi masih boleh nampak beberapa terumbu tiruan yang ditenggelamkan dalam laut. Ikan bersaiz besar berkumpulan. Air sedikit keruh but still tak mengecewakan. Tak snap gambar berenang sebab boat berhenti agak jauh and boleh kurus swimming dari boat ke tempat snorkeling and return. Private beach lah katakan. Huhu. On the way balik kami dapat lihat perkampungan Bajau Laut yang hidup di dalam bot. Kesian pula. Rasa bersyukur dengan kehidupan sekarang ni. Tapi Tuhan  Maha Adil. Walaupun tak diberikan kesenangan harta benda tapi mereka hidup dalam 'kesenangan' yang lain. Laut tuuu. Jealous! 
Rumah bot
And kami dapat lihat penyu-penyu berenang juga. Comel siot! Dah sampai ke chalet, Budak, Lee and Sisal mempelawa kami untuk menikmati environment malam di Pulau Mabul. Dorang bawa kami mengelilingi pulau dengan private bot. Okay set! Balik bilik, mandi and tunggu after dinner. Yeehaa!
Sunset view. Gambar sedikit kabur, terpaksa di'compress'kan. If tak compress lagi cantik!
Click gambar untuk view yang lebih jelas
Malam tu kami disajikan dengan nasi putih berlaukkan ikan masak lada sweet-sweet. Ada buah and sayur juga rasanya. Tak ingat. Makan sampai kenyang lagi. Siap makan, Budak, Lee and Sisal tunjuk signal "..jom gerak.." ke arah kami ← faham okay signal dorang. Haha. So bergeraklah kami berenam ke persisiran pantai untuk naik private bot mengelilingi pulau. Nak to be continued in Mabul, Syurga Dunia #Part 4 boleh? Sakit jari kite menaip ni ha. Haha.




DAAaa.. ^_^