Nuffnang Ads

Tuesday, April 22, 2014

Short Trip - Genting Highlands and Bukit Tinggi, Pahang #Part 2

Wuahhh. Rajin pula menaip sekarang ni. Almost everyday ada entry baru, idea nak mengarang pon banyak. Time tak busy, memang free goyang kaki jer. Tapi bila ada task memang tak menang tangan (eleh macam buat kerja jer kat office). Okay lah sementara ada ruang untuk berceloteh ni, Wani nak sambung Short Trip - Genting Highlands and Bukit Tinggi, Pahang #Part 1

On the way ke Japanese Village, hujan mulai turun. Tapi gagah jua kami tempuhi. Sampai tempat parking macam pelik sikit sebab ada tangga tinggi naik ke atas pastu siap ada macam tempat sembahyang Buddha jer banyak pulak macamnya. Wani tengok Farhan, Farhan tengok Wani jatuh cinta garu kepala, confuse. Pusing satu round dekat parking nak tanya guard tapi belum sempat tanya dah ternampak signboard kicik terpampang Japanese Village. Park kereta then mencanak lah kami naik tangga. Lepas tu kena jalan lagi mendaki curam. Bagi Wani jauh juga la maybe sebab pakai skirt meleret dengan hujan bagai. Jalan punya jalan sambil tercungap-cungap finally sampai juga ke pintu masuk perkampungan Jepun ni. Cantik menghijau, sejuk dan tenang. Landscape memang superb! Plus elemen air terjun and ikan koi berenang - renang dalam kolam. Nak rumah macam ni please!

Pintu masuk ke perkampungan Jepun. Pengembaraan bermula!
Melting tengok air terjun ni. I want this!
And this too!
Rumah Jepun ada kimono boleh cuba tapi dah hujan plus tourist dalam tu lama nak mapoih!
Next time pula (nak suruh repeat letew. Hihi)
Model Perodua

Tenang sangat!
Signboard yang melegakan hati and gambar ni telah membuktikan bahawa
Wani berjaya naikkan lagi berat badan. Sigh T_T
Dah tawaf Japanese Village, kami berpindah pula ke Colmar Tropicale. Turun dari Japanese Village, jumpa simpang tiga belok kiri. Jumpa post guard bayar RM 12/person. Then parking kat bangunan The Chateau Spa and Organic Wellness Resort  Carpark bersebelahan dengan kawasan Colmar Tropicale. Sebab memang kat situ jer yang boleh parking. Then menapak la ke dalam kawasan ala-ala Europe ni.
Pintu masuk penjalan kaki
View from the bridge. White and black swans
Nak tengok view keseluruhan bandar Eropah ni kena naik ke menara tinjau. Lokasinya di hujung kawasan hotel-hotel dan cafe-cafe dalam bandar ni. Lift rosak so kena panjat tangga sampai tingkat tiga ke empat entah tapi tingkat paling atas lah.
View keseluruhan bandar Colmar Tropicale
After turun, kami melepak di cafe La Boulangerie. Self service, customer service 3/5. Dia buat layan tak layan jer walhal tak ramai pon kat cafe tu. Order coffee semua takder. Ada yang biasa-biasa sahaja. Minum coffee and have some biscuits (nasib baik sedap) sambil tengok acrobatic performance kat stage sebelah cafe. Ada orang snap wedding pictures juga. Tengok teletah dorang sampai naik bosan (jealous). Dah petang, kami beransur pulang ke Shah Alam. Apa-apa pon it is a nice place to visit especially yang nak honeymoon. Kita bila lagi? T_T 




DAAaa.. ^_^