Nuffnang Ads

Thursday, June 12, 2014

Chillin' at Chiling Waterfall

Sebenarnya hati ni membuak-buak nak travel overseas. Passport dah bersawang dah. Haha. Tapi apa kan daya ada komitmen yang tak dapat nak dielakkan sekarang. Apa-apa pon tiket ke destinasi menarik pada hujung tahun ini telah di'booked' dengan jayanya. Cuma cuti jer lepas ker tak lepas. Haha. Pandai-pandailah nanti. 

Sebab tak dapat jalan-jalan ke mana-mana, Wani mencadangkan untuk pergi berkelah di Sungai Chiling! Yeah! Memang jenis tak reti duduk diam kan? Haha. Wani pergi dengan classmates UTM. Kebetulan time Wani ajak dorg pergi tu baru lepas habis first paper. Memang cun lah! Btw ktorg tengah final exam ni. Haha. Menyempat jer kan. Hihi. Sungai Chiling ni memang femes lah dikalangan penghuni kota. Cewah! Kota lah sangat kan. Located at Kuala Kubu Bharu. Boleh guna gugel maps untuk ke sana. Wani pon first time terjah ke sini.
Ida dengan rambut K-Pop
Janji pukul 8:30 pagi ada kat Space. Kereta pertama sampai di Space is Wani, Nadiah (my sis) and Leman. Actually Nuril dengan anak dia dah sampai tapi dorg makan kat KFC Ampang Park. So tak dikira. Haha. Kemudian Kak Wanna, pastu Ida, Pak Dogo and Azerol satu kereta. Pastu Pelangi and Syam satu kereta. Participants dah cukup then pukul 9:00 pagi terus gerak. Memang budget tepat! Yeah BIG claps to us!
Pak Dogo, Leman, Azerol and Nuril

Pak Dogo mengusap 'anak' Nuril. haha. Ida kat belakang tuuu tak tahan!
Perjalanan ke Sungai Chiling adalah melalui MRRII kemudian Selayang kemudian Sungai Tua dan lain-lain tempat lagi (tak tahuuu sebab first time pergi) then sampai lah ke Kuala Kubu Bharu pastu sampai ke "Santuari Ikan Sungai Chiling". Yeah! Lompat-lompat!
Gambar pemandangan di sepanjang perjalanan kami ke Sungai Chiling. Cantik sangat! Kehijauan pokok, kebiruan langit, nyamannya udara, indahnya pemandangan! Teruja! Kami berhenti seketika di Empangan Sungai Selangor ataupun Empangan Kuala Kubu Bharu. Kedua-duanya adalah sama (sumber gugel). Berhenti sekejap then snap-snap gambar sikit then terus ke destinasi. Finally sampai lah kami ke Santuari Ikan Sungai Chiling. Waktu kami sampai dah banyak kereta di bahu jalan. Pergh! Parking jauh and menapak lah ke pintu masuk.
"Abang, ayang dah sampai ni! Yeayy! Boleh mandi! Dazaba raseee" 
Azerol, abang sado tapi galas beg sejemput. Aper kes?
Dah sampai kat pintu masuk. So apa lagi, posing lerrr. Hehe.
Tengok la abang-abang sado melenggang. Kakak-kakak tak sedo plak penuh kiri kanan.
Pelangi, Ida, Syam and Azerol

Ida masih dengan rambut K-Popnya
Jalan masuk ke Sungai Chiling
Yeah! Dah nampak air sungai. Time ni memang rasa excited gila Cadbury lah! Tak sabar nak main air.
Peta Air Terjun Sungai Chiling
Dah sampai kena register dulu. Entrance fee RM 1/person.
Entah apa la yang Kak Wanna tengok tu sampai cekak pinggang haaa. Kritikal sangat nampak gayanya
Peserta tersesat! Haha. Orang lain sibuk angkat barang, dia sempat posing pula
Dah register so cari tempat untuk BBQ


Port pon dah dapat, bentang kanvas then bersila. Makanan semua dihidangkan. Tapi Wani tak ambik port sangat sebab air terjun lagi menarik perhatian. So abaikan mereka setup set seketika mari kita ke sungai. Hahaha!
Bonding ayah dengan anak
Abang sado Leman berposing. Sebenarnya ada gambar Leman nak terjatuh tapi tak boleh nak letak kat sini sebab tooooooo censored!
Sejuk gila air sungai! Best sangat. Tak sabar nak berendam. Tapi bila fikirkan dorg kat atas tu antara hidup dan mati nak nyalakan api, so naik la kejap. Konon-konon nak tolong la kan. Haha. Puihhh! 
Preparation of food
Ada juga pengunjung yang tinggal bermalam di sini
Hisyam with the pose sambil hidupkan api. Hurm tak tau lah dengan Pak Dogo. Semua gambar
dalam camera tunjuk bontot dia jer. Muka tak der. Haha
Nampak tak Mak Jemah posing ayu kat situ?
BBQ bermula. Pastu dalam tengah-tengah dok berasap tu, mula la panas. Tak tahan dah. Pastu apa lagi. Sesi berkubang lah! Haha! Sorry terpaksa tinggalkan Pelangi and Nadiah kat atas sebab kami semua nak madi. Dorg jer tanak so jadi jaga barang ktorg lah ea. Huhu.
Klon Zamani
Terkapai-kapai Wani. Dalam juga airnya
Cuba teka siapa ni?
Kak Wanna
Ayah nak juga tangkap gambar dalam air. Nasib baik anak tak diselamkan sekali
Muka Ida terus bertukar macam Fynn Jamal when masuk dalam air. Pergh! Retisss
Pak Dogo
Nak jugak bergambar dalam air!! Hihi
Dah puas berendam, naik atas makan! Sebenarnya banyak lagi gambar best-best tapi bila send thru whatsapp gambar jadi pecah. Tak cantik. Bateri Wani flat. Sobsss. Gambar dalam air tengah mandi snap guna camera Kak Wanna. Lepas makan ktorg (Wani, Leman, Azerol, anak buah En Amin and En Amin) naik ke air terjun kat bahagian atas. Kena rentas lebih kurang enam hingga tujuh crossing untuk sampai. Dah sampai tu memang speechless okay! Air terjun sangat cantik! Flow air turun dari atas tu. Fuhhh! Tak dapat nak described. Tapi itu lah sayangnya sorang pon tak bawa camera naik atas. Rugi nak mampusss!
 
Untuk tebus kekecewaan, ktorg berendam second round lah kat sini. Haha! Lama! Sejuk! And banyak ikan besar! Dah puas mandi and dah nak petang maka beransurlah kami untuk turun semula ke bawah. Otw balik, jumpa Ida, Pak Dogo, Pelangi and Syam baru nak naik ke atas. Dorg bawa camera okay! Part ni memang jeles. When dorg turun show off gila Cadbury kat ktorg sebab ada gambar dengan air terjun. Erghhh! Ni gambar dari camera Pak Dogo. Jeles! Jeles! Jelesssssss! T_T
Ni air terjunnya! Tinggi!
Close-up sikit
Hari pon dah nak malam maka planning seterusnya berendam kat kolam air panas. Before that berhenti dulu kat jambatan snap-snap view. Time berendam air panas takder gambar. Sebab if tangkap gambar pon tak nampak. Gelap! Kami berendam diterangi cahaya bulan jerrr. Then siap-siap tukar baju kat stesen minyak, makan and balik semula ke KL. Pukul 1:30 pagi baru sampai Wangsa Maju. Pergh! Penat tapi puas. Esok tu semua yang pergi pakat mengadu sakit badan. Hahaha! Time tu ada la yang mula mintak minyak panas. Tapi nak bagi macam mana. Semua berada di dalam alam maya. Haha!
 
 
 
 
 
DAAaa.. ^_^
 
 
 
 

 
 
 


Thursday, June 5, 2014

The Historical City of Ho Chi Minh City, Vietnam #Part 3

Yeayyy! Pemadam dah jumpa! Tapi sebiji jer. Lagi satu ntah la kat mana. Alahai. First paper dah complete. One more paper to go. McDonald's akan jadi rumah pertama tak lama lagi. Muhaha. Letih gila lately ni. Tak cukup rest agaknya. Ulang alik Shah Alam - KL. Pagi buta baru balik. Weekend ni rasa macam nak qhada' tidur dari pagi sampai ke malam. Tapi apakan daya, Datin Wani sibuk dengan persatuan. Hahaha! Nanti kita cerita pasal 'persatuan' tu okay? Okay jom sambung previous entry. Final entry untuk vacation di Ho Chi Minh. Dari The Historical of Ho Chi Minh City, Vietnam #Part 2

Bangun pagi, breakfast makan pancakes - Kak Akmal prepare. Then siap-siap nak jalan-jalan. Harini Kak Akmal tak dapat temankan sebab ada event. So, lepas hantar Kak Akmal kat District 5 (ingat-ingat lupa), Wani berkesempatan jalan-jalan di sekitar Bandaraya Ho Chi Minh. Tempat pertama yang Wani pergi is Reunification Palace. Dahulunya dikenali sebagai Independence Palace. Bangunan ni macam Dataran Merdeka kat KL tu lah. Ia menjadi saksi kepada kemerdekaan Vietnam daripada jajahan kuasa Amerika dan Perancis. Dibina pada tahun 1960-an dan terletak di District 1. Time Wani datang, tak boleh masuk pula. Apa yang Wani dapat lihat dari luar, ada beberapa peralatan dan kenderaan perang di sekitar bangunan ini.
Then Wani bergelak pula ke Saigon Central Post Office. Pejabat Pos Besar di Ho Chi Minh dan masih menjalankan operasi seperti biasa. Bangunan ini merupakan tinggalan semasa pemerintahan asing di Vietnam. Bercirikan senibina Gothic, ianya  dibina pada pemerintahan Perancis dan arkitek yang design bangunan Pejabat Pos ini adalah sama dengan Menara Eiffel. Di sekitar kawasan dalam bangunan ada kedai-kedai cenderahati yang boleh dikunjungi. Rata-rata menjual barangan sejarah dan yang berkaitan dengan pos contohnya setem, sampul surat, poskad dan lain-lain lagi.
Senibina dalam bangunan
Senibina luar bangunan
Di hadapan Pejabat Pos ini terletak sebuah gereja lama iaitu Notre Dame Catheral yang berketinggian 60 meter. Ianya dibina pada 1863 dan berunsurkan keagamaan. Most of the building components diimport daripada Perancis termasuklah bata merah, wall facing dan lain-lain. Berhadapan dengan gereja ini pula terdapat statue Virgin Mary. Penduduk percaya, patung ini pernah mengeluarkan air mata pada tahun 2005.
Oleh kerana kesuntukan masa, lokasi terakhir yang wani lawati ialah Bitexco Financial Tower. Memang dok usya since kat hotel lagi. Cantik dengan kerlipan lampu di waktu malam. Banguna ini berketinggian 262.5 meter dan mempunyai 68 tingkat. Ia juga merupakan bangunan ke 124 tertinggi di dunia. Mostly pelancong dari Malaysia teruja seketika kerana bentuknya seperti Menara TM di Bangsar tu kan? Hehe.
Masa untuk pulang ke Malaysia telah tiba. Banyak lagi lokasi menarik di Vietnam masih belum dikunjungi. InshaAllah, ada rezeki akan ke sana lagi. Terima kasih to Kak Akmal for the hospitality and so on. Balik then kemas-kemas barang terus ke airport. Sayonara Vietnam!
Berselfie dengan Kak Akmal sebelum pulang





DAAaa.. ^_^