Nuffnang Ads

Sunday, March 30, 2014

Backpack Thriller – Cameron Highlands #Part 2

Woah! Penatnya semalam. Mata masih mengantuk lagi tapi sebab nak kejar masa ku gagahkan jua untuk menaip. Untuk makluman korang, Wani berpindah tempat kediaman (ayat Bahasa Melayu sangat!) from Subang Impian to Seksyen 7, Shah Alam. Maka mengangkutlah barang-barang Wani satu bilik ke sana ← angkut barang waktu malam sebab maluuu. Nasib baik Ain sampai awal from Melaka. Dia la penyelamat Wani tolong angkat wardrobe, kerusi and meja study, luggage, baju, kotak-kotak kasut and macam-macam lagi. Sebab Wani pindah? Jeng jeng jeng.. Gua dapat kerja baru bro! Alhamdulillaah. Tapi lain bidang sikit lah dari apa yang Wani buat sekarang. Tak apalah for gaining experience kan and better offer juga (kachinggg ← bunyi duit). Nak beli BMW 3 Series katanya ← berangan tak sudah! Tapi tak salah kan simpan angan-angan. Dari angan-angan lah menjadi kenyataan. LOL.

Berbalik kepada tajuk kita hari ini, Wani nak sambung cerita pasal "Backpack Thriller - Cameron Highlands #Part 1". Agak lama tertangguh. Hehehe. To those who missed the story, you can click the link.

Sambungan Episod Satu! ← Tona suara macam cerita Upin&Ipin

Lepas kami berlari ke kereta dalam hujan lebat tu, nak dijadikan cerita, when tutup jer pintu kereta rapat-rapat, hujan pon berhenti. Walawei! ”..Alhamdulillah. Ada chance nak posing Hindustan. Yeah!!“ Wani dalam hati. ← tak habis-habis.

Then next destination, kami pergi ke Taman Rama-rama. Tak jauh pon dari Pasar Siang Brinchang. Ambil jalan menghala ke Gopeng semula. Kira pusing balik la. Well, from our hotel to Pasar Brinchang pon dah memang pusing balik dah pon kan. Hahaha. Itulah, unplanned, memang huru-hara jadinya. Tiket masuk ke Taman Rama-rama berharga RM5/person. Dalam taman tersebut, terdapat satu kawasan khas berjaring (macam bilik) yang menempatkan rama-rama ← nak elak rama-rama terbang bebas pastu lesap entah ke mana. Tak banyak sangat rama-rama time Wani pergi tu. Sedih (mulut muncung itik). Tapi boleh la tengok spesis rama-rama pelbagai warna. Cantik! Siap hinggap kat jari Wani lagi. Manja tau!

Gambar ihsan Instagram/weweynei
Hinggap juga rama-rama kat jari after penat kejar

Selain rama-rama, ada juga dipamerkan pelbagai spesis serangga yang jarang ditemui di rumah. Kebanyakan serangga ini hidup meliar di dalam hutan. Ada juga reptilia seperti katak daripada sekecil duit syiling 10 sen sampai laaa sebesar dua belah tapak tangan Wani! Pelbagai jenis, bentuk, saiz dan warna. Terdapat juga kura-kura dan ular. Kawasan ular dalam aquarium tu memang tak dapat nak tolong. Surrender awal. Wani tak boleh tengok silap haribulan pengsan! Farhan jer yang excited melayan ular-ular melingkar tu. Daripada tengok ciptaan Allah yang satu tu, baik Wani layan squirrels and arnab yang comel-comel tu. Geram nak peluk sebab gemuk and their fur kembang semangkuk. Di sini juga ada pelgai spesis kaktus yang ditanam sebagai landscape. Pandai tuan tanah decorate. Owh anyway Wani and Farhan tak singgah pon di Cactus Farm yang femes tu sebab sesak and bukan tujuan utama ke Cameron Highlands.

Dah puas berjalan dalam Butterfly Farm, kami berpatah balik ke Brinchang menuju ke Tanah Rata. Next activity, strawberry plucking! We guys pergi ke satu kawasan baru. If korang recognize, ada satu kawasan perumahan with Europe architecture kat bahagian kanan atas bukit. Boleh nampak dari jalan utama. Korang boleh singgah at that residential area to take a look of the architecture. Setiap rumah berbeza reka bentuk, warna dan saiz. Di bahagian belakang kawasan perumahan tersebut ada ladang strawberry. Tapi baby-baby lagi. Kecil and tak berapa menarik perhatian Wani.

Disebabkan alasan tersebut, kami beralih ke kawasan seterusnya. Wani nak juga petik strawberry dengan tangan sendiri. Then Farhan bawa ke kawasan homestay yang popular di Cameron Highlands (untung ada driver kan? Cakap jer ke mana nak pergi. Mesti dapat. Hahaha ← gelak jahat). Homestay-homestay di sini ada private strawberry farm. So ada chance lah nak pluck strawberry. Homestay terkenal di sini is “Opah Strawberry Farm”. Tapi Wani and Farhan tak singgah situ. Kami lepak kat farm sebelah “Opah Strawberry Farm” sebab tak ramai and for sure there are seats for us to sit sambil makan strawberry ice cream. Tapi when masuk ke strawberry farm, makcik tu cakap 

‘’..Strawberry tinggal yang muda-muda jer dik, yang besar semua dah dipetik pagi tadi..” ← time tu dah almost 4.00pm tapi weather macam bru pukul 11 pagi. Sejuk and redup (baru lepas hujan). Memang tak ada rezeki Wani nak petik sendiri strawberry or nak suruh Wani datang lagi? Hurm.

After finish indulging the strawberry ice cream and baked macaroni, kami menuju ke next destination iaitu “Cameron Bharat Tea Valley” ← sebab tak jumpa/terlepas tempat shooting Ombak Rindu. Anyway kat sini pon cantik juga pemandangan ladang the plus topografi tanah yang berbukit. Hijau! Hilang stress kota!

Gambar ihsan Instagram/weweynei
Sempat posing sambil minum teh background tea estate


Gambar ihsan Widelense
Ladang teh Cameron Bharat Tea Valley
Sila 'click' gambar untuk pemandangan lebih jelas

Nak tengok Wani posing Hindustan kat ladang teh? Boleh click Backpack Thriller - Cameron Highlands #Part 3. Sorry badan letih and tak cukup tidur. Sel-sel otak tak berhubung hari ini. Idea nak menaip sengkek.





DAAaa.. ^_^



Thursday, March 27, 2014

Pelajar Hebat

After more than 20 days plus plus plus plus plus plusssss…baru dapat jengok ke blog semula. Maaf la ye, I am busy doing nothing. Hahaha. Tak ada lah, Wani tengah struggling siapkan assignment. Kejar submission date. Biasalah, bukan student la if tak buat assignment last minutes kan? Korang pon mesti pernah kan?

Cuba ingat balik. Time lecturer mula-mula sekali bagi task. Semangat berkobar-kobar tahap Gunung Kinabalu tingginya. Konon-kononya habis kelas, balik rumah terus nak buat. Siapkan saaaampai habis sebab lepas ni mesti ada lagi task yang lecturer nak bagi lagi. Mesti korang akan fikir macam tu punya lah. Kan..kan..kan? korang jangan tipu okay. Wani tahu semua tu. Hahaha (sambil goyang jari telunjuk kiri kanan kiri kanan)

Gambar ihsan Instagram/weweynei
Taking off yang tak sudah-sudah walaupun bukan seorang QS

Tapi when sampai kat rumah, cerita lain pula jadinya. First-first masuk rumah nampak apa? Ruang tamu kan? Kat ruang tamu ada apa? TV betul? Haaa..

Pitstop pertama : “.. Duduk kejap lah layan tv. Dah lama tak tengok tv ni sampai habuk tebal seinci dah. Apa drama baru ea?.. ” sambil picit-picit remote control tengok kiri kanan. Ruang tamu dekat dengan dapur betul?

Pitstop kedua : “.. Erm lapar la pulak perut ni. Tadi nak beli kat cafĂ© beratur panjang sangat. Diorg masak apa harini?.. “ jalan menuju ke dapur bukak periuk. “.. Wuah!! Ayam masak asam pedas!! “ ← Ain and Faezah selalu masak menu ni. Orang Melaka memang pandai masak asam pedas. Terbaikkk!! Apa lagi, makan sampai perut buncit lah. Dah makan lepas tu kenyang kan? Lepas kenyang, rasa mengantukkan? Bila mengantuk apa jadi? Nak tidur kan? When nak tidur kita pergi mana? Mestilah bilik kan? Hehehe.

Pitstop ketiga : Burppp!! ← sendawa keluar bau asam pedas. Jalan semula ke living hall, ambil beg and segala mak nenek bawak balik dari kelas tadi, naik ke bilik. Buka pintu bilik, ada satu bau semacam saja kan? Bau yang akan menarik-narik kita untuk landing atas tilam. Betul? (setiap bilik mesti ada baunya tersendiri lah. Suatu bau yang macam feeeeellll sangat kan..kan..kan??) Tambah pula pagi tadi keluar bilik tak buka curtain. Cahaya sayup-sayup jer kat dalam bilik. Memang mood tidur meningkat drastic sampai Gunung Everest. Lepas letak beg kat study table, terus henyak badan ke tilam (hempas badan gaya macam nak buat bungee jump). Ini memang best! When badan jatuh saja atas tilam, tilam akan bouncing naik turun naik turun. Macam tengah kena dodoi bro!! Layan habis. Kekeke.

Menurut kajian yang telah dibuat (tak tau kat mana entah Wani terbaca) manusia hanya mengambil masa tujuh (7) minit sahaja untuk lena selepas mereka melabuhkan badan ke atas tempat tidur.

In my situation, memang tak sempat sampai tujuh minit Wani dah sampai kat Hong Kong Disneyland. Hahaha. Mana semangat berkobar-kobar nak buat assignment tinggi Gunung Kinabalu tadi? Mana? Mana? Semangat tu akan datang semula bila tinggal tiga hari sahaja lagi nak sampai submission due date kan..kan..kan? Hhaaaa.. Baik korang angguk. Hahaha. Standard student la kan, baru stylo milo neslo. Sep sikit! (buat gaya high five). Lepas submit and present, qada’ tidur lagi sehari sebab malam before submit kena stay up. If submission on Sunday, maka tiadalah Monday blues sebab automatically korang akan pergi klinik ambil MC on that Monday, balik klinik sambung tidur kan..kan..kan? ← senyum gigi sebaris.

Ohh by the way before Wani lupa, last week Wani pergi tracking and hiking. Uji stamina bro. Lama tak buat activity ni. Last skali masa sekolah menengah naik Gunung Jerai. Kat mana lokasi? Pernah dengar Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong tak? Cuba google. Nanti Wani update tapi tak tahu bila masanya nak menaip lagi. Bhahaha. Tapi bro, tempat tu wa cakap lu, terbaik bro! Memang best! Balik rumah tiga hari jalan macam penguin. Ekekeke.


Backpack Thriller - Cameron Highlands #Part 2 sudah di'update'. Jangan marah. Lol! :D






DAAaa.. ^_^

Wednesday, March 5, 2014

Backpack Thriller – Cameron Highlands #Part 1

Harini Wani demam. Meleleh-leleh air hidung (Yek!! Itu pun nak bagitahu ke??) Ambil toilet tissue kat pantry..lap.. ← sadisss

Semua orang tahu yang Wani suka tulis caption panjang-panjang kat Instagram (ehem..ada orang tegur okay). Wani akan describe se”detail” mungkin sampai kadang-kadang tu kena scroll ke bawah dua tiga kali, baru habis (walhal gambarnya satu saja ← kedekut gamaknya..hehe). Masalah betulkan? Blog malas nak update, Instagram pon jeling-jeling je)

Oleh kerana followers kat Instagram dapat notice pasal ‘karangan’ Cikgu Wani and travelling activities yang selalu Wani pergi, suatu hari Ain, (merangkap housemate, merangkap pool car member merangkap personal advisor merangkap bla..bla..bla..) bersuara,

“..Why not Wani active balik blogging. Cerita pasal experience Wani pergi jalan-jalan. Boleh share dengan people out there..” kata Ain. ← buku cerita sangat. Tapi betul okay memang Ain cakap macam tu. Hhee (sengeh gigi sebaris)

Mula-mula malas sangat. Ya lah, dah kerja kan? Plus dah start further study. Bertambah commitment. Mana lah nak ada masa untuk semua tu.  Tapi when rethink about this, best juga idea Ain tu daripada Wani taip tak tentu hala. Besides, Wani nak travel mana-mana pun Wani akan do the same thing (baca blog and get as much information). So dalam hidup ni perlu ada sikap and sifat “give and take”. Tak boleh kedekut. Tak baik nanti Tuhan marah ← bukan menipu je tau.

First backpacking (kira start semula lah ni) tahun lepas bulan May tak salah. First nak minta maaf kat Ain sebab tipu. Time tu belum bersedia nak announce perhubungan terlarang Wani and partner. Destination - Cameron Highlands. Ini backpack berani mati punya. Tak digalakkan untuk buat. Sebab apa, cerita dia macam ni;

Weekend tu, Wani lepak dengan classmate UiTM kat Seksyen 7, Shah Alam. Niat nak bermalam kat sana lah, then esoknya balik semula ke rumah Wani. Tengah-tengah lepak kat Pakli Kopitiam dengan Farah, Effy, Farahan, Erry and sorang lagi Wani tak kenal sebab bukan classmate (gila kerek..kenal budak-budak kelas je. Kelas sebelah tak kenal) ← Orang yang betul-betul kenal Wani saja tahu who I am; sambil tunggu Nasi Goreng Ayam Lemon sampai, Wani pun men”whatsapp” Farhan (merangkap soulmate ← hek eleh cakap je la boyfriend kan senang..haha *facepalm) Wani info Farhan yang Wani lepak kat Seksyen 7 then he said,

“..Okay..malam sikit boleh la keluar..” ← cakap je la nak dating-mating.huh -_-“

Gambar ihsan Instagram/weweynei
From left: Effy, Farah, Farahan, Tak kenal, Erry

Bab makan kat Pakli Kopitiam selesai. Balik rumah Farah, mandi, sembahyang then tunggu Farhan pick up. (banyak betul orang sekeliling nama “gembira”; Farah, Farahan, Farhan and adik Wani pun nama Farah juga. Don’t get confused). Before that Wani text Farhan suruh bawak baju spare sebab kami memang unpredictable boleh je jalan-jalan round satu KL and Selangor balik pukul 3-4 pagi then esok pergi kerja. Apa kaitan dengan bawak baju spare? Sebabnya haritu weekend so kebarangkalian untuk balik pukul 3-4 pagi adalah tipis dan destinasinya mungkin lebih jauh.

And yes memang betul! After round KL siap transit kat Wangsamaju makan Burger Bakar Kaw-Kaw bawah pokok tu, kami terus shoot ke Cameron Highlands. Tengah-tengah malam. Eh! Dah lepas pukul 12 malam so our journey started early in the morning. Perjalanan lebih kurang empat jam setengah. Ambil Exit 137 – Simpang Pulai-Batu Gajah. Ikut jalan baru sebab lebih landai dan tak banyak selekoh. Driving waktu pagi memang lah, plus both of us kerja during day tak rest langsung (yes kerja hari Sabtu. Construction kan. What to do). Wani dah mengantuk tahap maksimum dah. Pandangan kabur walaupun mata celik. Tapi cuba juga borak dengan Farhan takut-takut nanti dia terlelap. Memang gigih la kami ni. Dah la sejuk, kabus tebal, dengan tak dapat signal radio lagi ← krik krik krik (bunyi cengkerik)

Gambar ihsan Instagram/weweynei
Exit baru untuk ke Cameron Highlands dah siap. 
Rindu UiTM Seri Iskandar tiba-tiba.

Around 4.30am kami sampai ke Cameron Highlands (fuh..finally!!). Then satu masalah timbul which is “..cari HOTEL!!” Dari Tanah Rata sampai Brinchang pusing dua tiga kali semua hotel fully booked! (over budget) ← datang weekend siapa suruh? Hurmm pasrah. Dalam hati Wani dah fikir, park kereta kat petrol station then tidur (I don’t mind). At last terpaksa juga la ambil bilik yang berapa ratus ntah ← Farhan bayar semua sebab dia tak nak tidur dalam kereta. Hurm orang senang (annoying sikit lah time ni)

*Moral of the story jangan backpack kat tempat famous without proper plan.

Esoknya lepas pukul satu jugak la, Wani siap boleh tengok Melodi kat TV3 lagi sebab tunggu Farhan (lelaki mananya nak bangun awal especially cuti ←plus weather sejuk memang layanlah) Then Wani dah bising lapar bagai dah. Memang jenis perut tak boleh tahan lapar. After check out ← wuah!! Hati gumbira tak terkata sebab nak petik daun teh and posing ala-ala Hindustan kat ladang teh tu nanti. First plannya nak pergi breakfast plus lunch sekali (matahari dah tinggi tapi still sejuk, kan best if kat KL pon macam ni). Okay set, Farhan suggest pergi kat Pasar Brinchang. I followwww wweeee..

On the way naik ke sana jalan pulak jem!! Hoi la. Perut dah tahap memekik dah ni. ← Sadis okay time ni. If kat rumah bangun-bangun dah ada breakfast and air Milo sejug atas meja. Cari-cari dalam handbag ada apple sebiji ← tak tau bila punya but condition still okay. Share la kami dua orang ← part ni sweet sebab Farhan pakai braces so dia tak boleh gigit buah tu sebijik-sebijik. Wani la yang “cut into pieces” - guna natural knife, my teeth (lantak la..tak nak sudah) But he was cool. Makan je.

Sejam jugak la dalam kereta, baru sampai ke Pasar Siang Brinchang. Park kereta then celapak kami ke gerai-gerai kat situ. Beli nuggets, cendawan celup tepung, frankfurter, strawberry (wajib beli okay!!) 5 boxes, chocolate cair (nak celup dengan strawberry) and air. Banyak okay!! Macam lima orang nak makan ← tahap kebulur. Tak ingat beli air apa sebab kononnya nak minum teh Cameron kat tempat shooting Ombak Rindu tu. Kerlas kau Jijah. Hehe. Dah beli semua makanan then on the way back ke kereta hujan lebat turun tiba-tiba. Ya Tuhan memang dah macam dalam filem Hindustan (tak sempat nak guling-guling kat ladang teh pun lagi). Dalam hati ni “..Jauh lagi weyh nak sampai kat kereta! Lari selaju mungkin. Nak beli payung memang tak mungkin lah sebab semuanya corak strawberry. Imagine Wani and Farhan bawah satu payung STRAWBERRY dalam hujan. Hahaha. Boleh pecah perut!!

Banyak lagi cerita thriller tapi have to be continued dalam Backpack Thriller - Cameron Highlands #Part 2




DAAaa.. ^_^

Tuesday, March 4, 2014

Tak Baik Tipu Tuhan Marah

Previous entri Wani cakap kengkonon nak update blog selalu.. Tapi hampeh.. Piiiiiiiirrraaaaahhh!! Cakap jer lebih, eksyen tarak (sambil tangan buat macam yillekk) ← pandai-pandai la korang bayangkan okay. Huhu.

Wani mintak maaf okay pasal tu. Actually Wani dah start sem baru. So dah kena attend classes and automatically dah start la esaimen-esaimen kan. Luckily Wani ambil dua subjek saja untuk semester ni. Even though dua subjek pon  kena pecah lagi dua sebab ada dua lecturers yang mengajar untuk satu subjek. So banyak la esaimennyer. Hurmm (tak baik mengeluh Wani. It’s for your future jugak kan??)

Wani dah tukar layout blog, bagi standard saja sebab senang nak cari apa yang Wani coretkan by tahun. And inshaAllah Wani cuba make improvement dari hari ke hari. Tahun-tahun yang lepas tu, sorry once again la ea, penulisan macam budak-budak sikit, belum matang. Banyaknya berkaitan dengan hati dan perasaan yang perasaan.. Hehe.. Satu saja yang belum Wani letak which is iklan from “nuffnang” tu. Wani dah register semua dah cuma belum sempat nak letak kat setting saja ← office block nuffnang okay!! Kat rumah Wani tak berapa nak sempat because mostly after balik office, sembahyang Maghrib and terus tidur.

Sambil-sambil blogwalking, banyak juga info yang Wani dapat. Wani tertarik dengan blog kakiberangan.blogspot.com (info untuk traveller and backpacker) sebab cara penyampaian mudah bagi Wani faham nak ke mana and bagaimana cara ke sana. Blog kawan baik Wani during matriculation dulu pon best juga nameeroslan.blogspot.com (info pasal beauty products, tips untuk yang tu dan yang ni.. Macam-macamlah) then fieyahmads.blogspot.com studiomate Wani. Blog dia banyak give motivation untuk jadi lebih berjaya. And blog “kunfayakun” (farahinlee.blogspot.com) Sungguh!! Kadang-kadang sebak ketika baca. Rasa kerdilnya diri ini Ya Tuhan. Ada juga Wani baca pasal Saidatina Aisyah r.a yang diberi gelaran “as-Siddiqah” When baca terus teringat janji-janji pelsu yang Wani pernah taburkan tapi tak ditunaikan. Itu dikira menipu lah kan? Wani minta ampun ya. Sungguh!

Lagi satu nak bagitau, entri pasal first activity backpacking Wani dah almost siap. InshaAllah soon Wani akan post. Wani letak gambar sekali untuk tatapan korang (lambat nak post sebab belum transfer gambar ke laptop lagi.. Ya ampun malasnya!!) and few tips dos and donts yang Wani identify during my travelling period.

*ceywah!!dah pandai letak link la..heksss!! malu titew (senyum tutup mulut)




DAAaa.. ^_^

Saturday, March 1, 2014

Budak Baru Nak “Up”

Actually (word yang selalu Wani guna sehingga menimbulkan kontroversi kat college suatu ketika dulu ¬ nanti citer okay!) blog Wani ni dah establish since 2009 lg if I’m not mistaken. At the beginning saja-saja gedik buat sebab orang lain ada blog, kita pun nak jugak..gedik kan?? gedik kan??

Basically Wani tulis pasal what had happen in my life (wuahhh!! macam diary gitew). Sesi meluahkan perasaan semua ada la kan. Kalimah-kalimah cintan cintun pun ada okay ¬ zaman tak berapa busy or still full-time belajar macam tu lah..dah tak ingat sangat. Then after dah masuk alam pekerjaan (matured sangat rasa) update sikit-sikit jer..lambat-lambat. Dua tiga kali draft baru post (itu pun kalau betul click kt post, if tak memang save kat dalam draft jer la).

Then lately ni Wani dah start semula activity yang Wani suka which is travelling or lebih ‘adventure’nya backpacking (ayat nak cakap diri ni independent sangat la kan walhal sebab malas nak tarik beg troli bagai). Tak kiralah dalam Malaysia ataupun luar Negara (lagi sekali ayat poyo budget orang kaya..bhahaha). So proses sebelum travel tu kena la google dulu..ya lah nak tau tempat tu how does it looks like kan (betul ke tak grammar aku ntah la). Nak survive kat tempat orang bukan senang wey!! Especially kat country with different language and culture. Kena betul-betul have enough information and knowledge okay!! Nanti dah sampai kat airport tak tau pulak nak menghala ke mana. End up tidur kat airport sampai la tarikh ticket balik ke Malaysia semula. Kan membazir jer tapi okay la if orang tanya


“..eh, kau pernah pergi United Kingdom tak??” ¬ UK okay!! Then boleh la korang jawab 


“..mesti la pernah..” (sambil buat muka poyo) Walhal stay kt airport berhari-hari sebab tak tau nk direct ke mana. Bahasa Inggeris pon tak tentu hala dah nak communicate dengan people tak confident pulak.

Back to the story, when dok google-google tu baru Wani realize banyak juga blog yang menyajikan (wuahh..ayat!!) maklumat-maklumat penting. Tak kisah la tentang travelling ke, shopping ke, cooking and recipe ke..ishh banyak lah. Dalam fikiran Wani dulu la (dulu okay) blogging ni macam syok sendiri pun ada..poyo sebab nak femes story pasal our life kat orang ¬ narrow minded sangat kan. walhal Wani sendiri pon sama..kehkehkeh. But now, all change!!

From blogs la Wani dapat travel pergi and balik dengan selamat. Dapat pergi tempat-tempat menarik, tempat-tempat yang cantik, tengok ciptaan Tuhan. Besides, banyak juga resepi yang Wani dah try masak and somehow from that recipe Wani boleh add on ikut cita rasa Wani sendiri (see, daripada tak tau masak, dah boleh create resepi sendiri lagi)

Blog Wani memang tak banyak gambar. Bukan tak nak letak tapi kemalasan yang teramat sangat nak transfer gambar from handphone to laptop. Usually Wani letak link direct to instagram Wani. So if nak tengok gambar yang boleh dikatakan menarik jugak la korang boleh click link tu okay. Tak pon cari “weweynei”.

After this Wani dah berazam nak continue blogging. Nak update and share apa yang patut. Nak kena belajar banyak lagi tentang iklan-iklan kat blog, apps itu la apps ini la..tu churpchurp tu pun macam best gak..hehe.. nanti la google macam mana nak buat menatang kejadah tu. Hope dah tak ralat dengan blogging ni and I’ll share as much information as I could with all of you guys!! Yang penting kena support each other okay!!




DAAaa.. ^_^