Nuffnang Ads

Saturday, May 3, 2014

Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Kepong

Kunjungan ke Forest Research Institute (FRIM), adalah di sebabkan hajat untuk mandi air terjun di Blue Lagoon, Puchong tempoh hari tidak kesampaian. Google tentang FRIM and dapat beberapa informasi then perancangan tentang trekking kali ini dihantar ke whatsapp group as usual. Berkelah sambil main air terjun. Hureyyy! Perjalanan dari Subang Impian hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit (guna khidmat GPS) melalui Sungai Buloh. Ingatkan jauh la ha Kepong tu dengan rumah kami. Rupanya sejengkal jer. Chaittt! Usually nak ke sebelah sana tu Wani akan masuk Jalan Duta lah then masuk DUKE terus ke MRRII. Kos minyak and tol tuh! 

Pukul 8:00 pagi dah gerak dari rumah. Bukan apa, based on research if pergi lambat nanti terlepas naik ke canopy walk. For info, seramai 250 orang pelawat sahaja yang dibenarkan untuk menaiki canopy walk untuk satu hari dan dibuka dari 9:00 pagi sehingga 1:00 petang sahaja. Tak susah untuk mencari jalan ke FRIM ini. Banyak signboard tunjukkan arah ke sini tapi sesat juga sampai ke Bandar Manjalara. Bayaran masuk RM 5 dikenakan untuk sebuah kereta termasuk pemandu dan RM 1 dikenakan untuk setiap penumpang di dalam kereta. Wani pergi dengan Ain satu kereta. So, RM 6 dikenakan. Zati kena bayar RM 5 sebab dia dari Melawati.
Dah sampai. Yeayyy!
Because of this is our first time kami datang ke sini, so no ideas where the canopy walk is. Tanya guard. Dah dapat info kami teruskan perjalanan. Masuk sahaja ke dalam kawasan FRIM kami dihujani dengan pemandangan HIJAU! Sangat cantik! Di kiri dan kanan bahu jalan, terdapat ramai pengunjung melakukan aktiviti riadah. Ada yang berjalan kaki, berjogging mahupun berbasikal. Banyak aktiviti yang boleh dibuat di sini. Kami meneruskan perjalanan sampailah ke Zone D di mana tempat menjual tiket ke canopy walk di jual. Park kereta kat kawasan berdekatan then  kena menapak sedikit ke bangunan jualan tiket (bangunan satu tingkat and it's souvenir shop too). Kaunter dibuka pada pukul 9:00 pagi. Oleh kerana kami sampai awal, kami ke tasik bersebelahan dengan bangunan jual tiket. Apa yang menarik di tasik tersebut ialah terdapat tiga ekor ikan arapaima gigas. BESAR!
Drive sampai jumpa Zone D and cari parking. Tempat jualan ticket kat sebelah orang baju merah tu
Kolam Ikan Arapaima Gigas
Ikan ni malu nak tunjuk muka kena tepuk tangan dulu baru dia keluar. Dapat snap ekor jer
Tengok ikan and compare dengan bayang-bayang kami. Besarkan? 2 metres okay!
Dah pukul 9:00 pagi, office pon dah buka. Then beli ticket untuk naik ke canopy walk. Harga untuk dewasa RM 5/person and RM 3/person. Ticket Wani berharga RM 3 sebab Wani bawa student card and Ain pula RM 5, Zati tak naik. Lepas beli tiket, drive semula kereta ke kawasan masjid. Cari parking kat area situ sebab laluan untuk trekking and naik ke canopy walk ada di belakang kawasan masjid tersebut.

Entrance untuk trekking dan ke canopy walk
Trek yang luas
Berjalan sampai jumpa signboard ni
Trek menuju ke canopy walk
Untuk ke canopy walk, perlu melalui trek seperti di atas. Agak licin dan curam. Di sesetengah tempat, kami terpaksa melalui batu-batu besar dan akar-akar pokok. Naik semput jugak la. Huhu. Berhenti kat beberapa tempat untuk berehat walaupun trek hanya sepanjang 300 meter. Huhu. Agak curam. Tapi bagi yang dah biasa it just a small the matter jer. Ada sorang kakak tu bertabah panjat sambil dukung anak buah dia. If masih kecil okay lah tapi budak tu dah pandai bersembang dah pon. Dah sekolah rasanya. Pergh! Kental!
Finally sampai. Ni la kakak kental dukung anak buah dia tu. Kecil jer
badan dia tapi kuat! Minum Milo agaknya
Ain dengan muka kepenatan tapi masih tersenyum maniiiisss :) 
Canopy Walk!
Canopy Walk ini merupakan laluan gantung berketinggian 30 meter dan sepanjang 150 meter serta mempunyai tiga tempat berhenti. Kami berkesempatan menikmati panorama seluruh hutan dan juga bandar Kepong. Orang kata boleh nampak KLCC tapi Wani tak nampak pon. Mungkin cuaca yang sedikit jerebu. Kami mula bergelak ke bawah iaitu tempat berkelah. Laluan licin, berbatu, sedikit sempit dan banyak akar pokok. Jadi setiap langkah perlu berhati-hati (untuk yang first time macam kami ni). Huhu. Then berjalan sampai lah jumpa penunjuk arah ke 'picnic area'.
Ambil ke kanan dan turun ke bawah. Sampai jumpa air terjun yang pertama. Ada kawasan lapang. Tapi belum sampai lagi ke tempat berkelah. Untuk ke kawasan itu, kami terpaksa melalui laluan yang agak mencabar - Wani tergelincir T_T. Laluan mengikuti paip air, berbatu-batu dan memang tak rata. Then sampai la ke air terjun kedua tapi tak mandi kat sini.


After few minutes menyusuri gigian air terjun, maka sampai lah kami ke kawasan berkelah. Di sana Zati dah menunggu. Rest kejap, makan nasi berlaukkan sambal telur and sambal tempe Zati masak plus air jambu letak asam. Thanks Zati! Really appreciate it! (mata ke atas) Haha. Sebelah tempat kami duduk tu ada sekumpulan pengunjung datang celebrate birthday. So rezeki kami, dapat seorang satu slice cheese cake. Yummeh! After makan, Wani and Ain turun mandi air terjun. Air terjun jatuh ke badan macam kena massage. Sedap baq hang! Zati landing, tidur.
The 'Kami' before Zati tidur
Dapat port baik punyer!
Tengah-tengah sedap mandi, tiba-tiba ada la datang satu group ni. Dok usya-usya port kami mandi tu. Cara dorang tengok tu macam "..udah-udah le mandi tu, bagi kami pula..". Tapi Wani and Ain buat jahat. Kami mandi LAMAAA kat situ. Sampai menggigil. Hahaha. Dah puas mandi, pergi cari tempat persalinan. Berkunci! Pastu kena pergi kat toilet. Toilet well-maintain actually but maybe ramai orang berkunjung pada hari tersebut. Tak salin baju, terus jalan ke tempat letak kereta. Dah sampai, baju pon dah kering then terus balik. Hahaha! 

Banyak lagi yang belum kami terokai di FRIM antaranya terlepas peluang tengok 'crown shyness', cycling, melawat animal park dan lain-lain lagi. Repeat, repeat, repeat yeah!




DAAaa.. ^_^