Nuffnang Ads

Wednesday, April 30, 2014

Dunia Tersembunyi Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong

Misi mencari air terjun hujung minggu lepas terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab munasabah. Evidence kukuh tanpa keraguan (eh, macam budak Law la plak hehe). But now Wani nak kongsi experience trekking di Hutan Simpan Ayer Hitam di Puchong yang ktorang pergi past few weeks.

Nak tahu apa yang menarik kat sini? Dalam Hutan Simpan ni ada air terjun best. It's called 'Blue Lagoon'. Macam biasa Wani akan tanya En G dulu. Wuahhh! Jerit lompat-lompat. Then plan macam biasa. Ahli yang menyertai aktiviti bertambah kepada empat orang iaitu Wani, Ain, Eija and Zati ← jealous sebab tak dapat pergi Mabul together. Berkonsepkan potluck tapi macam Wani seorang jer yang masak spagheti -_-". Don't mind. I enjoy cooking. Plan asal nak gerak pukul 8:00 pagi tapi jadi pukul 9:00 pagi sebab Wani baru nak prepare food semua tu and malas mandi pagi. Hehe. Zati sampai ke rumah kami on time. Siap semua, kami bergerak ke lokasi melalui Federal Highway dan juga LDP. Ini kali pertama trekking kat sini so khidmat GPS diberi keutamaan. Banyak kekurangan di entry ini. Harap dimaafkan. Set GPS ke Jalan Wawasan 5/1, Puchong tapi senang jer sebenarnya. If korang dari Sunway, lepas bayar tol korang terus sampai ke simpang highway, ambil laluan ke Putrajaya. Then turun highway korang akan nampak IOI Mall sebelah kanan. Terus lagi sampai jumpa bangunan pencakar langit baru siap PFCC then ambik susur ke sebelah kiri. 

www.google.com/maps
Terus lagi dan naik flyover sampai jumpa bangunan komersial baru and ada Columbia Asia Hospital Puchong sebelah kiri then terus lagi sampai jumpa McDonald sebelah kiri.
www.google.com/maps
www.google.com/maps
Terus lagi sampai simpang, belok kiri then terus sikit jer simpang pertama belok kiri. Then teruuuuuusss sampai jumpa apartmen sebelah kanan. Terus sikit lagi then jumpa shophouse dua tingkat belok kanan. Kat situ dah boleh cari parking and laluan masuk senang sahaja sebab ramai yang keluar masuk ke Hutan Simpan especially Chinese. Dah park kereta and kilik beg and makanan semua maka kami berempat pon memulakan trekking.

First mendaki nampak curam, Eija dah mula semput. Wani, Ain and Zati still okay. Nak taknak Eija teruskan juga pendakian selepas semangat yang padu diberikan. Sampai pitstop pertama korang boleh nampak bandar Puchong (sorry tak ambil banyak gambar sebab first trial, nak enjoy keadaan sekeliling dulu). Selepas berehat and menikmati panorama kami terus mendaki (in between banyak berhenti sebab bagi Eija relax). Then jumpa junction pertama (Wani assume as pitstop kedua). Kami ambil laluan kanan selepas diberitahu laluannya lebih landai. Laluannya juga lebih pendek. Suasana dalam hutan mengagumkan! Rasa macam berada di dunia asing. Sejuk, nyaman, segar. Jalan, panjat, turun bukit, jalan lagi, panjat lagi then sampai la ke pitstop ketiga which is peak of the hill. Ramai juga yang bertegur sapa dengan kami sepanjang perjalanan. Almaklumlah bawa bekal nak pergi berkelah kat air tejun. Rata-rata pengunjung sangat ramah.
Gambar ni paling okay tapi terselit pula additional members
at the back. Huhu
Air terjun yang kami cari bukan berada di pitstop ni. Perlu trekking lebih ke dalam. Ada renjer hutan jaga di kawasan air terjun tersebut ← berdasarkan info dari kumpulan yang terpaksa patah balik. Tapi Wani nak cuba juga. Alang-alang dah sampai. Eija surrender and Zati temankan Eija. Hanya Wani dan Ain meneruskan pencarian air terjun. Beg pakaian and makanan kami tinggal kat Eija and Zati. Untuk ke air terjun perlu menuruni bukit. Laluan samar-samar macam tak ramai yang melalui kawasan ini. Seriously Wani rasa macam dalam hutan avatar. Stamina Ain maintain. Sampai satu tempat ada junction yang mengelirukan - pitstop keempat. Mula-mula masuk ke laluan kanan tapi kami berpatah balik. Laluan nampak scary and tak ramai melaluinya. Then ambil laluan kiri, kena panjat bukit ← air terjun mestilah kat puncak bukit betul?. Frankly speaking laluan ni sangat mencabar. Curam sangat tinggi. Ada tali-tali yang diikat antara pokok-pokok untuk membantu pendakian. Finally sampai juga ke sini
Papan tanda sebagai pitstop ke air terjun. Tapi belum sampai lagi
Ada sungai kecil bertentangan dengan papan tanda ini. Time ni Wani dah macam "..Wuaaahhhh!!" tapi sebenarnya tak nampak lagi air terjunnya. Haha. Kami teruskan perjalanan mengikut arah bertentangan dengan aliran air sungai ← air terjun mestilah kat puncak bukit betul? Jauh jugalah kami berjalan tapi belum jumpa air terjun. 


"..Takper kita terus lagi. if lagi 15 minit tak jumpa kita pusing balik.." Wani cakap kat Ain.

Naik fedup juga lah. Dah la penat panjat bukit ← tak expect seteruk tu. Kami berjalan sampai lah berjumpa dengan seorang pengunjung yang tengah bagi ikan makan atas titi kecil. Titi tu comel sangat plus air sungai jernih kehijauan. Nampak ikan berenang-renang. Then bertegur sapa. Rupanya kami tersalah jalan. Sepatutnya kami ikut arus laluan air untuk ke blue lagoon. Sebab dalam kepala air terjun mestilah kat puncak bukit. Tidak sama sekali okay! Beliau berbesar hati mahu tunjukkan kami air terjun tersebut. So, pusing balik! Lalu semula ke papan tanda tadi. Finally sampai and renjer tak ada! Yeehhhaaaa! Dari atas dah dengar deruan air. Time tu jadi gedik kejap. Hehehe. Turun ke bawah and 
Tadaaa! Dah jumpa pon Blue Lagoon. Hiks
Air sejuk sangat. Kat belakang tu ada team yang tegar macam Wani and Ain. Nak juga turun walaupun dah tahu ada renjer. Dorang mandi, berenang kuak lentang bagai. Wani and Ain just snap few pictures. Nak mandi dengan dorang memang tak lah plus beg baju semua ada dengan Eija and Zati. 

Dah habis snap-snap pictures, then kami pon balik. Pemandu arah yang kami jumpa tadi bawa ikut laluan lain dari kami datang tadi. Keluar dari air terjun, belok kiri. Jalan depan sikit then ada laluan sebelah kanan. Rupa-rupanya ini lah laluan yang kami berpatah balik sebelum panjat bukit tu. Jalannya tidak memenatkan dan lebih pendek. Kami sampai semula ke junction tadi - pitstop keempat. Nak balik semula ke pitstop ketiga kena panjat bukit (tadi datang kena turun bukit). Naya! Hahaha. Ain pancit, Wani semput. Air tak bawa. Haus. Tabahkan hati cekalkan kaki. Pemandu arah dah balik sebab kami lambat. Hahaha. Finally sampai juga. Eija and Zati dah turun awal. Rehat sekejap and minum air ← Eija and Zati tinggalkan. Beg dorang dah bawa turun. Untuk perjalanan semula ke luar, kami cuba laluan satu lagi (bukan laluan yang datang tadi). Ya ampun! Curam and berbukit-bukit. naik turun naik turun. Lama and jauh! Sampai satu tempat jadi lost. Ada laluan ke kiri dan ke kanan. Tapi tak dapat instinct which one correct because both look same. Call Zati kat bawah but still Wani tak boleh agak. Gamble, ambil laluan kiri. Then nampak pitstop kedua tadi. Fuhhh! lega. Then kami teruskan perjalanan pulang ke kereta. Roughly sketches macam ni >>>



Hasrat nak mandi air terjun tak tercapai ← perlu repeat. Hehe. Hari dah nak petang. Sebelum balik kami singgah di Masjid As Salam, Puchong. Mandi and buat apa yang patut. Masjid ni femes kat Puchong and from apa yang Wani search, masjid yang paling aktif dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan kerohanian di Selangor.
Masjid As Salam, Puchong
Sebelum balik, singgah dulu ke IOI Mall. Nak menjamu mata konon-kononnya. Tapi semua mengadu sakit kaki. Haha! Then pergi makan kat foodcourt. Urut-urut kaki sekejap. Then balik, pengsan. Esok pergi kerja jalan macam penguin tiga hari. Heksss!






DAAaa.. ^_^