Nuffnang Ads

Monday, April 28, 2014

Sadao - Hatyai - Samila Beach, Thailand

Planning untuk ke Koh Lipe, Thailand tak jadi. Cadangnya nak gerak ke sana penghujung April tapi on April, 25th masih tiada khabar berita. Mungkin next year pula sebab nak ke Koh Lipe ni perlu ikut jadual perjalanan - berdasarkan keadaan air laut. Last year (2013), Wani ada berkunjung ke beberapa tempat di selatan Thailand. Pergi balik hari jer tapi bukan dari Kuala Lumpur. Wani pergi after raya Aidilfitri. Ambil cuti lebih sikit. Pergi dengan abang Wani sekeluarga.

Mula-mula balik kampung dulu di Perlis, time tu macam jadi tak jadi jer. Balik dari Perlis dah penat and Wani rasa macam malas sangat nak berjalan mana-mana plus Wani fikir, balik ke Kuala Lumpur nanti kena drive dari Alor Setar. Sorang-sorang pula. Hurm. Bangun esok pagi, abang Wani tanya sekali lagi nak pergi ke tak. Nekad, pergi! sebab dok terbayang pantai Samila. Packing baju, mandi.

Kami masuk ke Songkhla melalui Bukit Kayu Hitam. Sampai Imigresen, cop passport. Masuk ke Dannok. Sepanjang perjalanan boleh lihat patung-patung Buddha besar di kiri dan kanan jalan. Jalan lancar tak banyak kereta seperti di Malaysia. Banyak juga kedai Tesco di sini. Kedai? Yup kedai! Saiz Tesco di sini ada sekecil booth McDonald's kat KL Sentral tu sampai la sebesar Tesco Extra di Malaysia. 

Pekan Dannok
Abg, Rayyan, Kak Eni and Wani. Aleesa demam takder mood nak bergambar
Aleesa only play with her tab. tak senyum langsung!

Perjalanan ke Hatyai perlu melalui Dannok dan Sadao. Dannok macam pekan sikit. Sadao macam kampung sikit. Kami tak singgah mana-mana di Sadao hanya sekadar melaluinya. Tiada tol dikenalkan sepanjang perjalanan. Merentasi Sadao suatu pengalaman yang menyeronokkan. Anginnya, cuacanya ← tempat orang memang lain suasananya. Almost one hour to two hours, kami sampai di Hatyai. Tempat first kami tuju is Plaza Bazar - bazar femes. Ramai orang Malaysia datang membeli belah di sini. Tengok baju pon murah-murah tapi tak beli. Budget raya lari. Huhu.  

The Badri's
Tuk-tuk moden. Ada tv and boleh karaoke. Pengangkutan utama di Hatyai
Tuk-tuk. Sorry gambar blur sebab guna front camera
Dah puas di pekan Hatyai, kami ke Hatyai Municipal Park untuk makan dan minum since dari pagi alas perut kat Malaysia ← ayat tak boleh blah. Haha. Di Hatyai Municipal Park ni ada Ice Room. Macam kat i-City tu juga la kot. Kami tak masuk. Ada beberapa tempat permainan di dalam taman ini. Tak salah, basikal air pon ada. Kami tak ambil port sangat kat bawah. Terus shoot ke puncak bukit where cable car is located.  Jalan kecil and berliku ala-ala nak ke Cameron Highlands melalui Tapah. When sampai, hujan pula.


Kami sekadar berjalan-jalan di sekitar kawasan ini. Tak naik cable car sebab ramai. Jaraknya terlalu dekat. Jambatan Sunway Lagoon lagi panjang okay! Untuk sesiapa yang nak naik, harga untuk dewasa RM 20/trip. Di sini boleh tengok pemandangan seluruh Hatyai sehingga boleh nampak persisiran pantai.
Tempat beribadat penganut Buddha
Hujan di sebahagian kawasan Hatyai

Hujan sudah berhenti. Perjalanan diteruskan ke Pulau Samila dan mengambil masa lebih kurang satu jam. Untuk sampai ke Pantai Samila boleh melalui dua cara sama ada dengan menaiki bot ataupun memandu terus dengan kereta. Abang Bad pilih untuk menaiki bot. Bayaran hanya RM 2 sekali naik. Dengan adanya perkhidmatan bot, masa untuk tiba di pantai adalah lebih singkat. 
Kereta, pickup, motosikal, motosikal roda empat pon ada!
Sesampainya kami di Pantai Samila, memang teruja sangat! Pantai kan. Wani and Rayyan nombor satu lah. Huhu. Mulanya jalan-jalan dulu di sekitar kawasan pantai. Ramai peniaga berniaga makanan, pakaian, cenderahati, Keychain, baju, permainan kanak-kanak dan banyak lagi. Ada beberapa gerai yang kami singgah antaranya kedai menjual makanan 'cucuk-cucuk'. Uniknya di dalam sosej goreng, terdapat pulut! Pulut merupakan makanan utama masyarakat Thailand. Wani beli sotong goreng celup tepung, besar dan segar. Makanan kat sini murah dan banyak. Sedap-sedap belaka. And yang paling specialnya di Thailand mestilah coconut ice cream. Jika berkesempatan ke Thailand, jangan lupa untuk mencuba!
The foods!
Coconut ice cream. Melting!
Souvenir shops

The beach
Jalan, jalan, jalan and sampai la ke hujung di mana terletaknya patung ikan duyung. Nak ambil gambar tapi manusia penuh kat situ. Malas nak queue so snap dari jauh jer. Nampak patung tu samar-samar jer. Yang lebihnya manusia. Huhu.
Inter-frame muka sikit. Hehe. Panas sampai tak boleh buka mata. Belakang tu ada
patung ikan duyung emas. Ramai sangat manusia tengah bergambar
Geram pula tengok pantai. Nak mandi ke tak nak mandi? Then abang Wani bawa ke beach yang kurang ramai pengunjung. Apa lagi, tukar baju then terus menyelam lah!
Oh syurga! Eh, abang kite tengah buat apa tu? (baju kuning). Korek hidung eh?
Lepas puas mandi, kami berpatah balik ke pekan Hatyai. Tengok suasana malam di sana. Lepas puas round-round, then balik ke Malaysia semula. Tapi sebelum tu singgah di pekan Dannok dulu makan daging bakar. Memang umph! Daging bakar  atau daging salai sangat popular di pekan Dannok. Juicy habis. Jangan risau, inshaAllah halal kerana masyarakat Dannok majoriti penduduk Islam dan menyediakan hidangan ini sebagai mata pencarian mereka.

Malam di Hatyai lebih meriah
Indulging the daging bakar
Dah makan kenyang siap bungkus bagai then balik. Dah nak pukul 12:00 tengah malam. Kena cepat nanti pintu Imigresen tutup. Kena tidur kat Thailand nanti ha. Nangis tak berlagu. Esok kena balik KL. Tak balik nanti boss marah. Heh.




DAAaa.. ^_^