Nuffnang Ads

Monday, May 26, 2014

The Historical City of Ho Chi Minh City, Vietnam #Part 1

Hurm. Dah lama sangat simpan dalam draft wakaka. Besides lately ni busy establish career and study. Taufan melanda dalam hidup. Ombak tinggi and ganas menghempas bertalu-talu. Nasib baik rumah tidak dibadai. Haha. Apa yang Wani merapu ni? Tak ada idea (sambil letak simbol L kat dahi) Sedikit intro sadis. Nak kongsi pasal travelling Wani ke Ho Chi Minh City. Layannn.

Percutian di Ho Chi Minh City, Vietnam pada December 2013 selama 4D3N adalah di atas pelawaan Kak Akmal yang menetap di sana. Wani kenal Kak Akmal ketika zamam praktikal diploma. Sudah beberapa kali dia ajak since dia berada di Jakarta lagi tapi kekangan keadaan terpaksa postpone. So when Kak Akmal dah pindah ke HCM and Wani pon dah free so after 'chit-chat's ('s' menunjukkan gandaan kekerapan) maka ticket ke sana ditempah melalui penerbangan AirAsia. Sampai tarikh, maka berlepas lah Wani ke sana. Jadual penerbangan Wani adalah pada waktu petang and in the morning, Wani still kerja. Rushing juga lah ke LCCT. Nasib baik ada perkhidmatan ERL dan juga shuttle bus yang konsisten. Perjalanan mengambil masa selama dua jam lebih. Sampai ke Tan Son Nhat International Airport, Kak Akmal dah tunggu. Teksi pon banyak di sini. Prefer perkhidmatan dari Vinasun ← advice dari Kak Akmal.
Sayonara Malaysia
Puas cari tempat nak tangkap gambar. Takder signboard besar stated
"This is 
Tan Son Nhat International Airport"
Before keluar dari arrival hall, ada pelbagai booth telekomunikasi untuk pelancong menukar talian mereka disediakan. Wani pilih perkhidmatan dari Vettel (selepas membuat research tentang service dan package yang ditawarkan). Harga simcard di airport lebih mahal berbanding di kedai-kedai luar airport. After salam peluk cium, kami terus ke Ben Thanh untuk mencari hotel. Banyak jer hotel di kawasan ni. Petik jer. Lagipon Ben Thanh memang terkenal dikalangan pelancong luar terutamanya dari Malaysia dan Indonesia. So rasa lebih selamat. Wani menginap di Mai Gia Huy Hotel. Satu malam USD30. Selesa, bersih, ada tv, internet free tapi if nak iron baju, ada extra charge.

Lepas dah tengok and berpuas hati dengan bilik, Kami terus pergi ke Ben Thanh Market. Di situ ada pasar malam yang menjual pelbagai jenis barangan dan harganya jauh lebih murah daripada barangan di dalam Pasar Ben Thanh. Hehe.
With Kak Akmal at Ben Thanh Night Market
Lepas berjalan-jalan di sekitar pasar malam, Wani pulang ke hotel dan Kak Akmal bersama keluarga pulang ke rumah. Seharian bekerja, mengejar flight, travel and membeli-belah, kaki dah letih, badan pon penat, landing jer badan atas tilam, terus lenyap dari dunia. Haha. Esok pagi, Kak Akmal datang then bawa jalan-jalan, makan and shopping di sekitar HCM. Di sebelah pagi kami pergi ke kedai kawan Kak Akmal. Sempat juga Wani beberapa pasang kain cotton untuk dibawa pulang ke Malaysia. Harga memang murah jika dibandingkan dengan kain yang dibawa masuk ke Malaysia. Ye lah, plus tambang flight, luggage lagi. So berbaloi lah harga yang ditawarkan di Malaysia. Betul tak? Nak murah, kena datang beli sendiri. Shopping di Ben Thanh sampai malam.
Pelancong dari Malaysia yang menginap di hotel yang sama dengan Wani
Berlatar belakangkan bangunan Bitexco Financial Tower. Macam Menara TM di Bangsar kan?
Mercu tanda Bandaraya Ben Thanh
Aktiviti berikutnya bersambung dalam The Historical City of Ho Chi Minh City, Vietnam #Part 2.




DAAaa.. ^_^