Nuffnang Ads

Sunday, June 1, 2014

The Historical City of Ho Chi Minh City, Vietnam #Part 2

Esok final exam dah nak start. Malam tadi sampai kat rumah pukul 3:00am. Study kat McDonald's Subang Jaya. Well, last minutes study. Tak jiwa la study awal-awal kan? Haha. Pastu datang office ting tong. Nak buat apa pon tak ada tujuan. Jadi blurrr. Satu hal lagi, pemadam hilang! Dua biji pulak tu. Dah la baru beli. Brand Faber Castell okay! Saper ambik tolong pulangkan. Tak berkat tau! (walhal tertinggal ntah kat mana-mana. Study berpindah randah. From Space Jln Tun Razak, after pukul 10:00pm move to McDonald's Ampang then McDonald's SS15). Malas nak cakap banyak. Nak cari pemadam. Esok nak exam. Layan jer story and gambar kat bawah ni okay.
 

Hari berikutnya kami ke Sungai Mekong. Copy dari wikipedia;

"..Sungai Mekong adalah sungai ke-12 terpanjang di dunia, ke-10 terbesar dari segi isipadu dan mengeluarkan 475 km padu air setiap tahun. Panjangnya 4880 km dan lembangan Sungai Mekong seluas 812,000 km persegi. Mengalir dari Dataran Tibet di utara mengalir melalui Yunnan di China, Myanmar, Thailand, Laos, kemboja dan Vietnam. Semua negara kecuali China dan Myanmar menyertai Suruhanjaya Sungai Mekong.
Di kawasan ini berlaku perbezaan musim yang ketara dan perubahan aliran yang keterlaluan. Di sepanjang sungai ada jeram dan air terjun dan sangat sukar untuk dimudiki.."

Di Sungai Mekong ini, kami dibawa ke dua pulau dengan menaiki bot. Pulau yang pertama ialah Unicorn Island. Di sini kami dibawa untuk melihat penternakan lebah dan hasil bumi mereka. Kami juga dihidangkan dengan teh panas yang dicampur madu dan sedikit perahan limau. Kemudian kami bergerak pula ke kawasan bersebelahan dan dijamu pula buah-buahan tempatan. Umum tahu tanah di Delta Mekong sangat subur. Pokok-pokok yang ditanam menghasilkan buah-buahan yang besar dan manis. Wani makan sampai kenyang. Sambil-sambil tu ada juga menjengah ke kedai cenderamata yang ada di sekitar kawasan tersebut. Kemudian, kami dibawa untuk menaiki sampan dan menikmati pemandangan pokok-pokok nipah. Naik sampan sampai lah ke muara sepanjang 5 km. Betembung juga lah antara sampan-sampan sebab laluan kecil dan air surut. Then tukar ke bot untuk menuju ke pulau kedua iaitu Coconut Candy Island.
Bot ke Unicorn Island
Kami bertiga saja naik bot ni. VIP gitew :p
Muka cuak! Lebah hidup okay!
Sbelum naik sampan
Dah sampai ke bot, kami dibawa ke pulau seterusnya. Di Coconut Candy Island ni, terdapat perusahaan membuat gula-gula berasaskan kelapa. Kepala diparut dan diperah santannya. Kemudian ia dimasak sehingga menjadi seakan-akan dodol. Adunan kemudiannya di tuang ke dalam acuan khas untuk membentuk gula-gula. Terdapat pelbagai perisa yang diletakkan antaranya perisa durian, perisa coklat dan sebagainya. Selepas itu, kami dibawa mengelilingi perkampungan dengan menaiki KUDA!
At Coconut Candy Island otw naik kuda. Lepas turun jambatan ada orang jual air kelapa
campur dengan nipah. Siap ada buah nipah sekali
Dah habis mengelilingi pulau, hari pon dah menginjak petang dan sudah tiba untuk pulang. Ada lagi dua pulau yang kami tak sempat pergi iaitu Pheonix Island and Turtle Island. Letih juga berjalan walaupun hanya berkesempatan melawat dua pulau. Balik, rest and tidur. Esok hari terakhir di HCM. Wani berkesempatan melawat tempat-tempat bersejarah di sekitar Bandaraya Ho Chi Minh. Ke mana? Sambung The Historical of Ho Chi Minh City, Vietnam #Part 3.




DAAaa.. ^_^