Nuffnang Ads

Thursday, June 5, 2014

The Historical City of Ho Chi Minh City, Vietnam #Part 3

Yeayyy! Pemadam dah jumpa! Tapi sebiji jer. Lagi satu ntah la kat mana. Alahai. First paper dah complete. One more paper to go. McDonald's akan jadi rumah pertama tak lama lagi. Muhaha. Letih gila lately ni. Tak cukup rest agaknya. Ulang alik Shah Alam - KL. Pagi buta baru balik. Weekend ni rasa macam nak qhada' tidur dari pagi sampai ke malam. Tapi apakan daya, Datin Wani sibuk dengan persatuan. Hahaha! Nanti kita cerita pasal 'persatuan' tu okay? Okay jom sambung previous entry. Final entry untuk vacation di Ho Chi Minh. Dari The Historical of Ho Chi Minh City, Vietnam #Part 2

Bangun pagi, breakfast makan pancakes - Kak Akmal prepare. Then siap-siap nak jalan-jalan. Harini Kak Akmal tak dapat temankan sebab ada event. So, lepas hantar Kak Akmal kat District 5 (ingat-ingat lupa), Wani berkesempatan jalan-jalan di sekitar Bandaraya Ho Chi Minh. Tempat pertama yang Wani pergi is Reunification Palace. Dahulunya dikenali sebagai Independence Palace. Bangunan ni macam Dataran Merdeka kat KL tu lah. Ia menjadi saksi kepada kemerdekaan Vietnam daripada jajahan kuasa Amerika dan Perancis. Dibina pada tahun 1960-an dan terletak di District 1. Time Wani datang, tak boleh masuk pula. Apa yang Wani dapat lihat dari luar, ada beberapa peralatan dan kenderaan perang di sekitar bangunan ini.
Then Wani bergelak pula ke Saigon Central Post Office. Pejabat Pos Besar di Ho Chi Minh dan masih menjalankan operasi seperti biasa. Bangunan ini merupakan tinggalan semasa pemerintahan asing di Vietnam. Bercirikan senibina Gothic, ianya  dibina pada pemerintahan Perancis dan arkitek yang design bangunan Pejabat Pos ini adalah sama dengan Menara Eiffel. Di sekitar kawasan dalam bangunan ada kedai-kedai cenderahati yang boleh dikunjungi. Rata-rata menjual barangan sejarah dan yang berkaitan dengan pos contohnya setem, sampul surat, poskad dan lain-lain lagi.
Senibina dalam bangunan
Senibina luar bangunan
Di hadapan Pejabat Pos ini terletak sebuah gereja lama iaitu Notre Dame Catheral yang berketinggian 60 meter. Ianya dibina pada 1863 dan berunsurkan keagamaan. Most of the building components diimport daripada Perancis termasuklah bata merah, wall facing dan lain-lain. Berhadapan dengan gereja ini pula terdapat statue Virgin Mary. Penduduk percaya, patung ini pernah mengeluarkan air mata pada tahun 2005.
Oleh kerana kesuntukan masa, lokasi terakhir yang wani lawati ialah Bitexco Financial Tower. Memang dok usya since kat hotel lagi. Cantik dengan kerlipan lampu di waktu malam. Banguna ini berketinggian 262.5 meter dan mempunyai 68 tingkat. Ia juga merupakan bangunan ke 124 tertinggi di dunia. Mostly pelancong dari Malaysia teruja seketika kerana bentuknya seperti Menara TM di Bangsar tu kan? Hehe.
Masa untuk pulang ke Malaysia telah tiba. Banyak lagi lokasi menarik di Vietnam masih belum dikunjungi. InshaAllah, ada rezeki akan ke sana lagi. Terima kasih to Kak Akmal for the hospitality and so on. Balik then kemas-kemas barang terus ke airport. Sayonara Vietnam!
Berselfie dengan Kak Akmal sebelum pulang





DAAaa.. ^_^